Tahun 6 : Kertas Soalan Objektif
(Masa
dicadangkan: 50 minit)
Isi
tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1
Hartawan itu _____ apabila semua barang berharga di rumahnya hilang
setelah dimasuki pencuri.
A
sampai hati C pilih kasih
B putih
mata D salah urat
2
Jangan mudah terpedaya dengan ayat-ayat manis pemuda yang ______ itu.
A lidah
bercabang C curi tulang
B pisau
cukur D mati kutu
3 Sikap
manusia yang tidak bertanggungjawab telah menjadikan ______ itu
sebagai tempat pembuangan sampah.
A pisau
cukur C otak udang
B
lintah darat D perigi buta
4
Fatimah hanya ______ apabila dipuji oleh suami dan anak-anaknya.
A putih
mata C telinga nipis
B
senyum simpul D telinga kuali
5 Emak
selalu menegur sikap abang yang ______ itu.
A
langkah kanan C berat tulang
B rabun
ayam D berat hati
6 Kakak
saya ______ dengan Syarikat Jati sejak 10 tahun yang lalu.
A berat
sebelah C orang dalam
B
ringan tulang D makan gaji
7 Sikap
Markiah yang suka ______ urusan orang lain tidak disenangi oleh
jiran-jirannya.
A
campur tangan C ganti tikar
B ambil
angin D batu api
8 Rajan
______ setelah mengecap kemewahan hidup sehingga tidak mempedulikan
keluarganya lagi.
A makan
angin C berat tulang
B lupa
daratan D buruk siku
9 Anita
sangat ______ sehingga sanggup menganiaya ahli keluarga sendiri.
A hisap
darah C busuk hati
B cakar
ayam D suka hati
10
Penduduk kampung itu menerima kunjungan Perdana Menteri dengan ______
pada hujung minggu yang lalu.
A besar
kepala C geli hati
B besar
hati D isi hati
Soalan
11 berdasarkan gambar di bawah.
11 Alice
tidak tahan melihat ibu dan ayahnya yang selalu ______ setiap kali
bertemu.
A
berpeluk tubuh C kepala batu
B
bertikam lidah D habis jodoh
12
Remaja yang diculik itu ditemui sedang bersembunyi ketakutan di
______ kampung itu.
A jalan
belakang C gigi hutan
B
hilang akal D jejak bara
Soalan
13 berdasarkan gambar di bawah.
13 Kaki
Ramli luka terkena serpihan paku akibat ber _______ semasa bermain di
padang.
A mulu
tempayan C gigi hutan
B kaki
ayam D jejak bara
14 Mak
Esah tidak disukai oelh orang kampung kerana sikapnya yang suka
______ tentang keburukan orang lain.
A
tangan kanan C buta huruf
B bawa
mulut D alas perut
15 Emak
membebel sebab emak ______ tentang hidup kamu. Emak sayang kamu,
Eja.
A ambil
berat C cari salah
B cari
makan D ambil hati
16
Mulut pelakon itu ______ menghafal skrip sebelum penggambaran
dijalankan.
A
comot-momot C simpang-siur
B
kumat-kamit D kusut-masai
17
Lori yang ________ di kawasan perumahan saya telah mengakibatkan
kerosakan jalan yang teruk.
A
bengkang-bengkok C simpang-siur
B
mundar-mandir D lalu-lalang
Soalan
18 berdasarkan gambar di bawah.
18
Halina bukan sahaja pandai menjahit malah mahir membuat _______
tradisional.
A
rempah-ratus C sayur-mayur
B
tanah-tanih D kuih-muih
Soalan
19 berdasarkan gambar di bawah.
19
Persiapan majlis perkahwinan anak Encik Harun dan Puan Tina akan
dilakukan secara ______.
A
gotong-royong C riuh-rendah
B
lintang-pukang D hiruk-pikuk
20
Rumah saya menjadi _________ apabila bekalan elektrik terputus
secara tiba-tiba.
A
terang-benderang C kacau-bilau
B
gelap-gelita D hiruk-pikuk
21
Pujian yang ______ kadangkala boleh membuatkan seseorang mudah lupa
diri.
A
melampau-lampau C berdekah-dekah
B
berdozen-dozen D menderu-deru
22
Mila menyampaikan berita sedih itu dengan suara yang _____.
A
tersengguk-sengguk C teresak-esak
B
tersekat-sekat D terjerit-jerit
23
Isan sering _____ pertolongan yang pernah dihulurkan kepada rakannya
itu.
A
mengangguk-angguk C mengungkit-ungkit
B
menggeleng-geleng D menggapai-gapai
Soalan
24 berdasarkan gambar di bawah.
24
Jason bermain papan luncur sambil _____ di taman rekreasi itu.
A
berhenti-henti C bersiul-siul
B
berjalan-jalan D berlari-lari
25
Puncak gunung itu keliahtan _____ kerana diselaputi kabus.
A
bertingkat-tingkat C berwarna-warni
B
berbalam-balam D berlapis-lapis
26 Harga kain songket itu mencecah
ribuan tinggit kerana kehalusan buatannya dan corak yang menarik.
Bidalan
yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A ada sampan hendak berenang
B adat juara kalah menang
C ada rupa ada harga
D ada gula ada semut
27 Kamisah dan kawan-kawannya bekerja
sambilan di kilang kasut sementara menunggu keputusan Sijil Pelajaran
Malaysia.
Bidalan
yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A baik berjagung-jagung sementara
padi belum masak
B belakang parang kalau diasah akan
tajam jua
C cacing hendak menjadi naga
D didengar ada dipakai tidak
28 Mak Tijah tidak menduga anaknya
yang lemah dalam pelajaran dahulu kini bergelar siswazah.
Bidalan
yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A belakang parang sekali pun kalau
diasah akan tajam juga
B yang dikejar tak dapat yang
dikendong berciciran
C genggam bara api biar sampai jadi
arang
D biar putih tulang jangan putih mata
29 Cik Xing selalu menyamar menjadi
orang kaya untuk menipu, sedangakan dia hanya seorang suri rumah.
Bidalan
yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A jauhari yang mengenal manikam
B cacing hendak menjadi naga
C alah sabung menang sorak
D air digenggam tiada tiris
30 Saya akan memakai kasut sekolah
yang lama ini sementara menunggu ayah membeli kasut yang baharu.
Tidak mengapalah, ____________________juga.
A ingat sebelum kena, jimat sebelum
habis
B berani kerana benar, takut kerana
salah
C kecil tapak tangan nyiru ditadahkan
D kalau tiada rotan akar pun berguna
31 Ke mana-mana sahaja Encik Johan
pergi, dia dihormati dan disayangi.
Bidalan
yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A kalau asal benih yang baik, jatuh
ke laut menjadi pulau
B malas menggerit, perut perit
C hari tidak selamanya panas
D indah khabar daripada rupa
32 Ban
Seng memang panas baran. Sikapnya itu tidak ubah seperti sikap
bapanya.
Pepatah
yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A
jerata tidak lupa akan penduduk, tetapi pelanduk lupa akan jerat
B
baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang
C
bagaimana acuan begitulah kuihnya
D
kalah jadi abu menang jadi arang
33
Izwan telah menolak tawaran bekerja di Kuala Lumpur kerana menunggu
tawaran daripada sebuah syarikat di Johor.
Pepatah
yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A
gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah
B
harapkan guruh di langit, air tempayan dicurahkan
C
kais pagi makan pagi kais petang makan petang
D
carik-carik b ulu ayam akhirnya bercantum juga
34
Walapun wanita Inggeris itu baru sahaja tinggal di Malaysia, dia
sudah pandai makan sambal belacan.
Pepatah
yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A
hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
B
ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
C
di mana buni dipijak, di situ langit dijunjung
D
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
35
Kami bersusah payah menyiapkan tugasan yang diberikan, tetapi Sazali
yang tidak menyumbang apa-apa pula yang mendapat nama.
Pepatah
yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A
orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa
B
lembu punya susu, sapi dapat nama
C
rambut sama hitam, hati lain-lain
D
ringan tulang berat perut
36
Banyak anak dan duri yang terpaksa kita tempuh sebelum mencapai
kejayaan.
Pepatah
yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A
laut mana yang tidak bergelora, bumi mana yang tidak ditimpa hujan
B
kecil api menjadi kawan, besar menjadi lawan
C
naik seperti semut, turun seperti ribut
D
ke tengah boleh, ke tepi pun boleh
37
Sarimah menulis novel pada waktu malam kerana dia sibuk bekerja di
siang hari.
A
yang dikejar tidak dapaat, yang dikendong berciciran
B
sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain
C
untung sabut timbul, untung batu tenggelam
D
tegak sama tinggi, duduk sama rendah
38
Gunalan tiba-tiba berasa resah dan berpeluh-peluh apabila kami
memperkatakan tentang kehilangan jam tangan Devi.
A
siapa yang makan cili, dialah yang terasa pedasnya
B
terapung sama hanyut, terendam sama basah
C
berdiri sama tinggi, duduk sama rendah
D
sekali air bah sekali pantai berubah
39
Penat lelah Mak Kiah membersarkan anaknya selama ini berbayar kerana
semua anaknya telah berjawatan tinggi.
Pepatah
yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A
berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian,
B
kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya
C
diam-diam ubi berisi, diam besi berkarat
D
bagaimana acuan begitulah kuihnya
40
Puan Rosma menjemput kami makan di rumahnya sebagai menghargai
pertolongan kami.
Pepatah
yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A
orang berbudi kita bahasa, orang memberi kita merasa
B
lembu punya susu sapi dapat nama
C
pahit dahulu manis kemudian
D
ringan tulang berat perut
Jawapan
1C
2B
3A
4D
5C
6D
7A
8B
9C
10B
11B
12C
13B
14B
15A
16B
17D
18D
19A
20B
21A
22B
23C
24C
25B
26C
27A
28A
29B
30D
31A
32C
33B
34C
35B
36A
37B
38A
39A
40A