Latihan Sistem Bahasa 11 - Soalan Kata Ganda
Latihan Berformat UPSR ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman dan kemahiran murid-murid dalam soalan kata ganda berentak.
Isi
tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1
Saya berasa pening kepala apabila melalui jalan yang _________ itu.
A
bengkang-bengkok C batu-batan
B
kacau-bilau D haru-hiru
2
Kaki Bali _______ oleh kesan cakaran kucing peliharaannya.
A
punah-ranah C robak-rabik
B
lekuk-kekak D calar-balar
3
Badan saya terasa _______ setelah mandi air perigi yang sejuk itu.
A
tawar-hambar C kusut-masai
B
comot-momot D segar-bugar
4
Encik Lokman mengawasi anak-anaknya yang sedang asyik ________ di
pantai itu.
A
mandi-manda C riuh-rendah
B
mundar-mandir D kacau-bilau
5
Sifat ________ yang ditunjukkan oleh tuan rumah menyenangkan hati
para tetamu.
A
remeh-temeh C kelam-kabut
B
ramah-tamah D keluh-kesah
6
Rambut Wenday _______ setelah bangun daripada tidur.
A
compang-camping C robak-rabik
B
kusut-masai D huru-hara
7
Guru besar mengambil tindakan tatatertib _____ terhadap murid yang
terlibat dengan kes buli itu.
A
porak-peranda C lambat-laun
B
remeh-temeh D serta-merta
8
Pak Dolah tahu ______ tentang isu politik negara walaupun dia
tinggal di kawasan pedalaman.
A
lenggak-lenggok C serba-serbi
B
simpang-siur D hiruk-pikuk
9
Musim kemarau telah menyebabkan kawasan tadahan air itu _______.
A
gembar-gembur C serba-serbi
B
gundah-gulana D remuk-redam
10
Rumah Nenek Zaharah _______ dengan suara cucu-cucunya yang baru tiba
dari Kuala Lumpur.
A
tunggang-langgang C riuh-rendah
B
punah-ranah D calar-balar
11
Rendang itu sangat sedap kerana dimasak menggunakan _____ yang
istimewa.
A
rempah-ratus C lauk-pauk
B
sayur-mayur D saki-baki
12
Majlis itu dihadiri oleh semua rakan daan _____ terdekat Puan
Dalila.
A
saudara-mara C corat-coret
B
limpah-ruah D kuih-muih
13
Keadaan ______ di Mesir menyebabkan semua pelajar Malaysia yang
menuntut di sana pulang ke tanah air.
A
tunggang-langgang C riuh-rendah
B
kacau-bilau D hiruk-pikuk
14
Hati Mei Ling _______ apabila mendapati komputer ribanya hilang.
A
compang-camping C remuk-rendam
B
porak-peranda D kusut-masai
15
_______ ayng terhidang di atas meja itu sungguh menyelerakan.
A
Rempah-ratus C Lauk-pauk
B
Batu-batan D Saki-baki
16
Mulut pelakon itu ______ menghafal skrip sebelum penggambaran
dijalankan.
A
comot-momot C simpang-siur
B
kumat-kamit D kusut-masai
17
Lori yang ________ di kawasan perumahan saya telah mengakibatkan
kerosakan jalan yang teruk.
A
bengkang-bengkok C simpang-siur
B
mundar-mandir D lalu-lalang
18
Halina bukan sahaja pandai menjahit malah mahir membuat _______
tradisional.
A
rempah-ratus C sayur-mayur
B
tanah-tanih D kuih-muih
19
Persiapan majlis perkahwinan anak Encik Harun dan Puan Tina akan
dilakukan secara ______.
A
gotong-royong C riuh-rendah
B
lintang-pukang D hiruk-pikuk
20
Rumah saya menjadi _________ apabila bekalan elektrik terputus
secara tiba-tiba.
A
terang-benderang C kacau-bilau
B
gelap-gelita D hiruk-pikuk
21
Puan Salina memerhati dua orang anaknya yang sedang bermain
________.
A
jongkang-jongket C riuh-rendah
B
tanah-tanih D sorak-sorai
22
Pokok padi itu ________apabila ditiup angin.
A
bengkang-bengkok C simpang-siur
B
lenggak-lenggok D liang-liuk
23
Nasi itu _______ kerana api dapur terlalu besar.
A
hangit-pengit C gelap-gelita
B
hancur-lebur D haru-biru
24
Penjaja tanpa lesen itu lari _______ apabila diserbu oleh pihak
berkuasa.
A
lintang-pukang C kucar-kacir
B
simpang-siur D huru-hara
25
_________ para penyokong menaikkan lagi semangat pemain-pemain bola
sepak untuk menjaringkan gol.
A
Sorak-sorai C Riuh-rendah
B
Hiruk-pikuk D Jerah-jerih
26
Jason berasa curiga melihat seorang pemuda yang berjalan ________ di
hadapan rumah jirannya.
A
lenggang-lenggok C mundar-mandir
B
lintang-pukang D simpang-siur
27
Anita tidak _______ menceritakan rahsia peribadinya kepada Jessica.
A
selang-seli C lambat-laun
B
segan-silu D teka-teki
28
Kamil mempelajari _______ perniagaan daripada ayahnya yang lebih
berpengalaman.
A
lenggak-lenggok C serba-serbi
B
lintang-pukang D selok-belok
29
Sesiapa yang dapat menjawab ________ itu akan diberi hadiah oleh
Cikgu Rahman.
A
lekak-lekuk C selang-seli
B
kotak-katik D teka-teki
30
Cikgu Nadia menegur pakaian Anand yang ________.
A
lintang-pukang C punah-ranah
B
serbah-serbih D kusut-masai
31
Keadaan di dalam kedai runcit itu ________ setelah dimasuki pencuri
pada malam tadi.
A
tunggang-langgang C riuh-rendah
B
kelam-kabut D hiruk-pikuk
32
Dalam keadaan _________, Rajesh terlupa untuk memakai stoking
semasa ke sekolah.
A
tunggang-langgang C kelam-kabut
B
lintang-pukang D kacau-bilau
33
Khemah itu akan disewa oleh penduduk kampung setiap kali ________
diadakan.
A
kenduri-kendara C sorak-sorai
B
kering-kontang D beli-belah
34
“Ketumbuhan ini jika dibiarkan _________ akan menjadi kanser,”
kata Doktor Idayu kepada pesakitnya.
A
umbang-ambing C keluh-kesah
B
lambat-laun D dolak-dalih
35
Keadaan menjadi semakin _______ apabila penunjuk perasan merusuh di
tempat-tempat awam.
A
tunggang-langgang C riuh-rendah
B
lintang-pukang D huru-hara
36
Bintang yang berkerdipan pada waktu malam menjadikan langit _______.
A
terang-benderang C warna-warni
B
senang-lenang D gelap-gelita
37
Salah satu tanda keracunan makanan ialah pesakit akan mengalami
________.
A
kusut-masai C huru-hara
B
calar-balar D cirit-birit
38
Pendatang tanpa izin itu menyamar sebagai pengemis dengan pakaian
_________.
A
tanggang-langgang C warna-warni
B
compang-camping D kusut-masai
39
Bunyi jantungnya _________ sewaktu hendak mengambil keputusan
peperiksaan itu.
A
lentang-lentung C riuh-rendah
B
degap-degup D liang-liuk
40
Walaupun usahawan itu _______ namun dia tidak sombong.
A
kelam-kabut C kaya-raya
B
kucar-kacir D hina-dina
Jawapan
1A
2D
3D
4A
5B
6B
7D
8C
9C
10C
11A
12A
13B
14C
15C
16B
17D
18D
19A
20B
21A
22D
23A
24A
25A
26C
27B
28D
29D
30B
31A
32C
33A
34B
35D
36A
37D
38B
39B
40C