Latihan Sistem Bahasa 10-Soalan Kata Ganda Penuh
LATIHAN INI ADALAH UNTUK
MENINKATKAN KEMAHIRAN MURID-MURID DALAM PENGUNAAN KATA GANDA PENUH
Isi tempat kosong denga jawapan yang paling
sesuai.
1 Ivy, Mirrah dan Dewi merupakan _________
saya semasa menuntut di Universiti Putra Malaysia dahulu.
A kakak-kakak C guru-guru
B rakan-rakan D jiran-jiran
2 Saya sentiasa berdoa ________ Mak Cik Jinah
sembuh daripada penyakitnya.
A cukup-cukup C moga-moga
B tegap-tegap D kuat-kuat
3 Adik makan asikrim secara ________ kerana
takut dimarahi oleh ibu.
A sembunyi-sembunyi C sekat-sekat
B gelap-gelap D jauh-jauh
4 Usia Nirmala ________ 12 tahun pada tahun
April nanti.
A padat-padat C genap-genap
B nyaris-nyaris D bulat-bulat
5 ________ kaum ibu di kampung ini mahir
menganyam tikar.
A Macam-macam C Siapa-siapa
B Masing-masing D Rata-rata
6 Buku yang dimiliki oleh Kok Seng
______belaka.
A keras-keras C tebal-tebal
B kasar-kasar D nipis-nipis
7 Badan saya _______ setelah mendaki Gunung
Kinabalu yang tinggi itu.
A lembik-lembik C carik-carik
B gemuk-gemuk D sakit-sakit
8 Dia menatap gambar ibu yang dirindui itu
_______.
A lambat-lambat C lama-lama
B hampir-hampir D jelas-jelas
9 Saya ______ untuk membuat kuih tradisional
itu tetapi tidak menjadi.
A susah-susah C agak-agak
B takut-takut D cuba-cuba
10 Kuih karipap yang baru lepas digoreng itu
______ belaka.
A comel-comel C cantik-cantik
B panas-panas D pahit-pahit
11 ______ petang mereka berlatih bermain bola
sepak di padang.
A Siang-siang C Tahu-tahu
B Asyik-asyik D Tiap-tiap
12 Harga telefon bimbit itu masih tidak
_______ walaupun telah lama berada di pasaran.
A sedikit-sedikit C nipis-nipis
B turun-turun D laris-laris
13 Pembedahan pintasan jantung itu dilakukan
oleh ______ perubatan di Institut Jantung Negara.
A pakar-pakar C handal-handal
B hebat-hebat D wakil-wakil
14 “ ________ dia anak orang kaya, dia tidak
mahu berkawan dengan kita,” kata Farid kepada Kelvin.
A Mentang-mentang C Harap-harap
B Kadang-kadang D Moga-moga
15 Cikgu Linda menulis _______ karangan yang
perlu dibuat oleh murid-muridnya di papan hitam.
A gambar-gambar C tajuk-tajuk
B abjad-abjad D kira-kira
16 Di dalam cahaya yang ______ itu, dia
melihat seseorang cuba membuka pintu pagar rumahnya.
A sedikit-sedikit C pudar-pudar
B samar-samar D kelip-kelip
17 Penyanyi itu menyampaikan lagu yang ______
untuk menghiburkan para penonton.
A rendah-rendah C terang-terang
B rancak-rancak D pelik-pelik
18 Isteri nelayan menjemur ikan di atas ______
yang dibina di halaman rumahnya.
A papan-papan C para-para
B ruang-ruang D rak-rak
19 Tok Guru memilih pesilat yang _____ untuk
menyertai pertandingan silat pada bulan hadapan.
A garang-garang C kasar-kasar
B lincah-lincah D licin-licin
20 Qistina tidak mampu membeli pakaian di
butik itu kerana semuanya _______.
A murah-murah C mahal-mahal
B cantik-cantik D baru-baru
21 _______ yang ditunjukkan oleh peserta
gimrama itu sungguh mengagumkan.
A Mana-mana C Cara-cara
B Siapa-siapa D Aksi-aksi
22 Dalam _______ , rupa-rupanya Adli membeli
sebuah rumah banglo untuk keluarganya.
A dengar-dengar C malu-malu
B dekat-dekat D diam-diam
23 Pak Husin memesan air kopi yang _______
apabila dia minum di warung itu.
A mentah-mentah C pekat-pekat
B masam-masam D cantik-cantik
24 Buah-buahan mengandungi _______ yang
penting kepada tubuh badan kita.
A langkah-langkah C ciri-ciri
B wakil-wakil D zat-zat
25 _______ yang dijual di pasar borong itu
murah dan segar.
A Buku-buku C Lauk-lauk
B kuih-kuih D Ikan-ikan
26 Saya berasa kasihan melihat kebanyakan
mangsa peperangan yang ______ itu.
A kurus-kurus C sihat-sihat
B bulat-bulat D nipis-nipis
Jawapan
1B 2 C 3A 4C 5D 6C 7D 8C 9D 10B 11D 12B 13A 14A
15C 16B 17C 18B 19B 20C 21D 22D 23C 24D 25D 26A