Latihan Sistem bahasa 14 -Soalan Kata Ganda Berimbuhan
Latihan Berformat UPSR ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman dan kemahiran murid-murid dalam soalan kata ganda berentak.
Isi
tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1
Penjenayah yang dikejar oleh polis itu ________ ke dalam rumah
kosong itu.
A
susur-galur C susup-sasap
B suku-sakat D kusut-masai
B suku-sakat D kusut-masai
2
________ penyanyi pujaan ramai itu menjadi ikutan para peminatnya.
A
Lintang-pukang C Susur-galur
B
Tindak-tanduk D Selok-belok
3
Rumah yang kami diami sekarang adalah pusaka ________ keluarga ayah.
A
turun-temurun C susur-galur
B
pindah-randah D selang-seli
4
_______ yang digunakan untuk mengikat kapal itu sangat tahan lama.
A
Jongkang-jongket C Umbang-ambing
B
Bengkang-bengkok D Tali-temali
5
________ Tok Malim terkenal dengan sifat berhemah tinggi dan
disenangi oleh ramai orang.
A
Turun-temurun C Corat-coret
B
Susur-galur D Anak-pinak
6
Kolam itu dihiasi dengan ______ yang cantik dan unik.
A
tanah-tanih C batu-batan
B
bukit-bukau D tali-temali
7
Encik Razif memotong _________ yang panjang di belakang rumahnya.
A
rumput-rumpai C batu-batan
B
sayur-mayur D tali-temali
8
________ Adila menaiki komuter ke tempat kerja untuk mengelakkan
kesesakan jalan raya.
A
Lintang-pukang C Sekali-sekala
B
Kelam-kabut D Huru-hara
9
Kuih lapis yang ibu buat ______ dengan warna merah dan putih.
A
warna-warni C selang-seli
B
lekak-lekuk D corat-coret
10
Saya sukar mempercayai kerana dia sering bercakap _______.
A
lenggang-lenggok C bolak-balik
B
riuh-rendah D liang-liuk
11
Ahli payung terjun yang berani itu terapung-apung di _______.
A
awang-gemawang C bukit-bukau
B
gunung-ganang D tanah-tanih
12
______bunyi mercun semasa sambutan Tahun Baru jelas kedengaran dari
rumah saya.
A
Dentam-dentum C Desas-desus
B
Degap-degup D Detik-detak
13
Puan Amani ______ dari rumahnya ke tempat kerja sejauh 25 kilometer
pada setiap hari.
A
umbang-ambing C ulang-alik
B
lenggak-lenggok D huru-hara
14
Badan Danial ______ setelah makan makanan laut kerana dia mengalami
masalah alahan.
A
kembang-kempis C degap-degup
B
bengkak-bengkil D calar-balar
15
Sup sayur itu _______ kerana mangkuknya terlalu kecil.
A
tunggang-langgang C comot-momot
B
tumpah-ruah D serbah-serbih
16
Halina ada ________ dengan pemimpin yang disegani itu.
A
turun-temurun C kacau-bilau
B
desas-desus D kait-paut
17
Anak anak ayam itu _______ setiap kali nenek memberi makan.
A
riuh-rendah C hiruk-pikuk
B
sorak-sorai D ciak-ciap
18
Ibu meletakkan sekeping kertas tebal sebagai alas kaki alamari yang
______ itu.
A
tunggang-langgang C incang-incut
B
lenggang-lenggok D liang-liuk
19
Bunyi ______ tin minuman kosong yang terjatuh ke lantai telah
membuat ibu terkejut.
A
kelentang-kelentung C degap-degup
B
dentam-dentum D riuh-rendah
20
_______ di kawasan itu subur dan sesuai untuk pelbagai jenis
tanaman.
A
Sayur-mayur C Kayu-kayan
B
Tanah-tanih D Batu-batan
21
Surat khabar lama itu __________ kerana dicakar kucing peliharaan
abang.
A
lintang-pukang C robak-rabik
B
kusut-masai D haru-biru
22
Gadis itu dihormati kerana dia sentiasa memelihara ______ dalam
pergaulan.
A
lenggang-lengguk C basa-basi
B
suku-sakat D liang-liuk
23
Basikal tua datuk saya berbunyi ________ apabila dikayuh.
A
kelentang-kelentung C kerak-keruk
B
keriang-keriut D kerap-kerup
24
Bau _______ begitu menusuk dihung apabila saya melalui tapak
pelupusan sampah itu.
A
busuk-bangar C hiruk-pikuk
B
hingar-bingar D huru-hara
25
Kita tidak sepatutnya bercakap _________ walaupun sedang marah.
A
porak-peranda C lekak-lekuk
B
carut-marut D selang-seli
Jawapan
1C
2B
3A
4D
5D
6C
7A
8C
9C
10C
11A
12A
13C
14B
15B
16D
17D
18C
19A
20B
21C
22C
23B
24A
25B