Memaparkan catatan dengan label Soalan Peribahasa Melayu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Soalan Peribahasa Melayu. Papar semua catatan

Latihan Tatabahasa - Soalan Peribahasa Melayu

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Hartawan itu _____ apabila semua barang berharga di rumahnya hilang setelah dimasuki pencuri.
A sampai hati C pilih kasih
B putih mata D salah urat

2 Jangan mudah terpedaya dengan ayat-ayat manis pemuda yang ______ itu.
A lidah bercabang C curi tulang
B pisau cukur D mati kutu

3 Sikap manusia yang tidak bertanggungjawab telah menjadikan ______ itu sebagai tempat pembuangan sampah.
A pisau cukur C otak udang
B lintah darat D perigi buta

4 Fatimah hanya ______ apabila dipuji oleh suami dan anak-anaknya.
A putih mata C telinga nipis
B senyum simpul D telinga kuali

5 Emak selalu menegur sikap abang yang ______ itu.
A langkah kanan C berat tulang
B rabun ayam D berat hati

6 Kakak saya ______ dengan Syarikat Jati sejak 10 tahun yang lalu.
A berat sebelah C orang dalam
B ringan tulang D makan gaji

7 Sikap Markiah yang suka ______ urusan orang lain tidak disenangi oleh jiran-jirannya.
A campur tangan C ganti tikar
B ambil angin D batu api

8 Rajan ______ setelah mengecap kemewahan hidup sehingga tidak mempedulikan keluarganya lagi.
A makan angin C berat tulang
B lupa daratan D buruk siku

9 Anita sangat ______ sehingga sanggup menganiaya ahli keluarga sendiri.
A hisap darah C busuk hati
B cakar ayam D suka hati

10 Penduduk kampung itu menerima kunjungan Perdana Menteri pada hujung minggu yang lalu.
A besar kepala C geli hati
B besar hati D isi hati

11 Swee Ling tidak tahan melihat ibu dan ayahnya yang selalu ______ setiap kali bertemu.
A berpeluk tubuh C kepala batu
B bertikam lidah D habis jodoh

12 Remaja yang diculik itu ditemui sedang bersembunyi ketakutan di ______ kampung itu.
A jalan belakang C gigi hutan
B hilang akal D jejak bara

13 Kaki Ramli luka terkena serpihan paku akibat ber _______ semasa bermain di padang.
A mulu tempayan C gigi hutan
B kaki ayam D jejak bara

14 Mak Esah tidak disukai oelh orang kampung kerana sikapnya yang suka ______ tentang keburukan orang lain.
A tangan kanan C buta huruf
B bawa mulut D alas perut

15 Emak membebel sebab emak ______ tentang hidup kamu. Emak sayang kamu, Eja.
A ambil berat C cari salah
B cari makan D ambil hati

16 Mulut pelakon itu ______ menghafal skrip sebelum penggambaran dijalankan.
A comot-momot C simpang-siur
B kumat-kamit D kusut-masai

17 Lori yang ________ di kawasan perumahan saya telah mengakibatkan kerosakan jalan yang teruk.
A bengkang-bengkok C simpang-siur
B mundar-mandir D lalu-lalang

18 Halina bukan sahaja pandai menjahit malah mahir membuat _______ tradisional.
A rempah-ratus C sayur-mayur
B tanah-tanih D kuih-muih

19 Persiapan majlis perkahwinan anak Encik Harun dan Puan Tina akan dilakukan secara ______.
A gotong-royong C riuh-rendah
B lintang-pukang D hiruk-pikuk

20 Rumah saya menjadi _________ apabila bekalan elektrik terputus secara tiba-tiba.
A terang-benderang C kacau-bilau
B gelap-gelita D hiruk-pikuk

21 Pujian yang ______ kadangkala boleh membuatkan seseorang mudah lupa diri.
A melampau-lampau C berdekah-dekah
B berdozen-dozen D menderu-deru

22 Mila menyampaikan berita sedih itu dengan suara yang _____.
A tersengguk-sengguk C teresak-esak
B tersekat-sekat D terjerit-jerit

23 Isan sering _____ pertolongan yang pernah dihulurkan kepada rakannya itu.
A mengangguk-angguk C mengungkit-ungkit
B menggeleng-geleng D menggapai-gapai

24 Jason bermain papan luncur sambil _____ di taman rekreasi itu.
A berhenti-henti C bersiul-siul
B berjalan-jalan D berlari-lari

25 Puncak gunung itu keliahtan _____ kerana diselaputi kabus.
A bertingkat-tingkat C berwarna-warni
B berbalam-balam D berlapis-lapis

26 Harga kain songket itu mencecah ribuan tinggit kerana kehalusan buatannya dan corak yang menarik.
Bidalan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A ada sampan hendak berenang
B adat juara kalah menang
C ada rupa ada harga
D ada gula ada semut

27 Kamisah dan kawan-kawannya bekerja sambilan di kilang kasut sementara menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia.
Bidalan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A baik berjagung-jagung sementara padi belum masak
B belakang parang kalau diasah akan tajam jua
C cacing hendak menjadi naga
D didengar ada dipakai tidak

28 Mak Tijah tidak menduga anaknya yang lemah dalam pelajaran dahulu kini bergelar siswazah.
Bidalan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A belakang parang sekali pun kalau diasah akan tajam juga
B yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran
C genggam bara api biar sampai jadi arang
D biar putih tulang jangan putih mata

29 Cik Xing selalu menyamar menjadi orang kaya untuk menipu, sedangakan dia hanya seorang suri rumah.
Bidalan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A jauhari yang mengenal manikam
B cacing hendak menjadi naga
C alah sabung menang sorak
D air digenggam tiada tiris

30 Saya akan memakai kasut sekolah yang lama ini sementara menunggu ayah membeli kasut yang baharu. Tidak mengapalah, ____________________juga.
A ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
B berani kerana benar, takut kerana salah
C kecil tapak tangan nyiru ditadahkan
D kalau tiada rotan akar pun berguna

31 Ke mana-mana sahaja Encik Johan pergi, dia dihormati dan disayangi.
Bidalan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau
B malas menggerit, perut perit
C hari tidak selamanya panas
D indah khabar daripada rupa

32 Ban Seng memang panas baran. Sikapnya itu tidak ubah seperti sikap bapanya.
Pepatah yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A jerata tidak lupa akan penduduk, tetapi pelanduk lupa akan jerat
B baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang
C bagaimana acuan begitulah kuihnya
D kalah jadi abu menang jadi arang

33 Izwan telah menolak tawaran bekerja di Kuala Lumpur kerana menunggu tawaran daripada sebuah syarikat di Johor.
Pepatah yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah
B harapkan guruh di langit, air tempayan dicurahkan
C kais pagi makan pagi kais petang makan petang
D carik-carik b ulu ayam akhirnya bercantum juga

34 Walapun wanita Inggeris itu baru sahaja tinggal di Malaysia, dia sudah pandai makan sambal belacan.
Pepatah yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
B ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
C di mana buni dipijak, di situ langit dijunjung
D di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

35 Kami bersusah payah menyiapkan tugasan yang diberikan, tetapi Sazali yang tidak menyumbang apa-apa pula yang mendapat nama.
Pepatah yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa
B lembu punya susu, sapi dapat nama
C rambut sama hitam, hati lain-lain
D ringan tulang berat perut

36 Banyak anak dan duri yang terpaksa kita tempuh sebelum mencapai kejayaan.
Pepatah yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A laut mana yang tidak bergelora, bumi mana yang tidak ditimpa hujan
B kecil api menjadi kawan, besar menjadi lawan
C naik seperti semut, turun seperti ribut
D ke tengah boleh, ke tepi pun boleh

37 Sarimah menulis novel pada waktu malam kerana dia sibuk bekerja di siang hari.
A yang dikejar tidak dapaat, yang dikendong berciciran
B sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain
C untung sabut timbul, untung batu tenggelam
D tegak sama tinggi, duduk sama rendah

38 Gunalan tiba-tiba berasa resah dan berpeluh-peluh apabila kami memperkatakan tentang kehilangan jam tangan Devi.
A siapa yang makan cili, dialah yang terasa pedasnya
B terapung sama hanyut, terendam sama basah
C berdiri sama tinggi, duduk sama rendah
D sekali air bah sekali pantai berubah

39 Penat lelah Mak Kiah membersarkan anaknya selama ini berbayar kerana semua anaknya telah berjawatan tinggi.
Pepatah yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian,
B kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya
C diam-diam ubi berisi, diam besi berkarat
D bagaimana acuan begitulah kuihnya

40 Puan Rosma menjemput kami makan di rumahnya sebagai mengahargai pertolongan kami.
Pepatah yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A orang berbudi kita bahasa, orang memberi kita merasa
B lembu punya susu sapi dapat nama
C pahit dahulu manis kemudian
D ringan tulang berat perut



Jawapan
1C
2B
3A
4D
5C
6D
7A
8B
9C
10B
11B
12C
13B
14B
15A
16B
17D
18D
19A
20B
21A
22B
23C
24C
25B
26C
27A
28A
29B
30D
31A
32C
33B
34C
35B
36A
37B
38A
39A
40A







Peribahasa Melayu untuk Tingkatan I - V, UPSR Tahun 6, PMR Ting. 3, SPM Ting 5

1.  ABU DAJAL               :  Orang jahat yang suka mengganggu orang lain.
2. ABU JAHAL                :  Orang yang suka membuat kacau dan mengganggu sesuatu kerja baik.
3. ABU NAWAS             : Orang yang pandai melepaskan diri dari sebarang bencana dengan helah akalnya jua.
4. ADA ANGIN               :  Orang yang mempunyai sikap yang tidak tetap.
5. ADA HATI                   : Menaruh keinginan kepada sesuatu.
6. AIR MUKA                  : Maruah atau rupa seseorang.
7. AJAK-AJAK AYAM    : Ajakan tanpa kesungguhan.
8. ALAS CAKAP             :  i) Penjelasan yang dibuat bagi menguatkan sesuatu kenyataan.
                                            ii) Percakapan yang tertertib.
9.  ALAS PERUT             : i) Makan sedikit supaya tidak lapar.
                                          ii) Sarapan pagi.
10. ALIM KUCING        :  Orang yang berpura-pura baik.
11. AMBIL ADA             : Kerja yang dibuat dengan tidak bersungguh-sungguh.
12. AMBIL ANGIN        : Bersiar-siar di tempat yang nyaman udaranya.
13. AMBIL BERAT         : Beri perhatian.
14.AMBIL HATI             : i) Menarik perhatian seseorang supaya yakin kepadanya.
                                          ii) perubahan sikap kerana perasaan tersinggung.
15. ANAK ANGKAT      : Anak orang lain yang diambil dan dijadikan anak sendiri.
16. ANAK BAPA             : Seseorang yang berani atau handal.
17. ANAK BUAH            : Orang yang termasuk di dalam satu keluarga atau kumpulan.
18. ANAK BULAN          : Bulan baru; satu haribulan hijrah.
19. ANAK DARA            : Anak perempuan yang belum kahwin ; gadis.
20. ANAK EMAS             : Anak yang sangat disayangi.
21. ANAK GAMBING     : Anak yang tidak tentu bapa.
22. ANAK JANTAN       : Orang berani.
23. ANAK KANDUNG   : Anak Sendiri.
24. ANAK KAPAL          : Kelasi-kelasi sebuah kapal.
25. ANAK MATA           : Bulatan di tengah mata.
26. ANAK NEGERI         : Rakyat sebuah negeri.
27.ANAK SUNGAI          : Sungai kecil yang mengalir ke dalam sebuah sungai yang lebih besar.
28. ANAK TANGGA       : Tempat berpijak pada sesebuah tangga.
29. ANAK TIRI                : Bukan anak kandung ; seorang anak yang kematian ayah atau ibunya, kemudian ibu atau ayahnya itu berkahwin lain.  Anak itu akan menjadi anak tiri kepada ayah atau ibunya yang baru itu.
30. ANAK TUT                : Anak orang lain dipelihara seperti anak sebenar.
31. ANAK YATIM            : Anak yang kematian ayah atau ibunya.
32. ANAK YATIM PIATU: Anak yang sudah kematian ayah dan ibunya dan tidak mempunyai saudara mara.
33. ANGIN-ANGIN           : Khabar yang belum dapat dibuktikan.
34. ANGKAT BAKUL       :  Sifat seseorang yang suka memuji diri sendiri.
35. ANGKAT KAKI          : Cabut atau pergi dengan segera.
36. ANGKAT MATA         : i) Berani melawan atau menentang.
                                             ii) Selesai dari membuat kerja berat.
37. ANGKAT MUKA        : Seseorang yang berperasaan megah dan sombong kerana kelebihan yang diperolehinya.
38. ASAM GARAM           : Susah senang dalam kehidupan.
39. ATAS ANGIN              : Negeri-negeri di sebelah barat termasuk Asia Barat.
40. ATAS PAGAR              : i) berkecuali ; neutral
                                             ii) Tidak masuk campur.
41. AYAM TAMBATAN   : Orang harapan dalam sesuatu pertarungan.
42. BAHASA DALAM       : Bahasa Istana.
43. BAHASA KESAT         : Kata-kata yang kasar.
44. BAHASA PASAR         :  i) Bahasa yang tidak menurut tatabahasanya.
                                              ii) Bahasa basahan.
45. BANGKAI BERNYAWA: Orang yang tidak berguna.
46. BANYAK LEMAK      : Orang yang banyak cerewat.
47. BANYAK MULUT       : Suka bercakap, termasuk perkataan yang tidak patut dipercakapkan.
48. BARANG KEMAS       : Alat perhiasan perempuan yang berharga seperti emas , intan dan sebagainya.
49. BATU API                     : Penghasut.
50. BATU LONCATAN      : Orang atau tempat yang dijadikan sebagai alat untuk mencapai sesuatu yang lebih tinggi.
51. BAU KACANG            : Hubungan persaudaraan yang jauh
52. BAWA KETENGAH    : Kemuka atau laporkan kepada pihak yang berkuasa.
53. BAWAH ANGIN          : Negara-negara di sebelah timur.
54. BEKAS TANGAN        : Hasil usaha seseorang yang masih kekal.
55. BENDERA PUTIH        : Tanda kalah.
56. BERAT BADAN           : Malas.
57. BERAT MULUT           : Malas bercakap.
58. BERAT SEBELAH        : Tidak adil ; memihak ke satu pihak sahaja.
59. BERAT TANGAN         : Tidak suka menolong orang; malas.
60. BERAT TULANG         : Malas berusaha atau malas membuat kerja.
61. BERBULAN MADU     : Pengantin baru pergi makan angin.
62. BERGANTI TIKAR      : Orang yang kahwin dengan adik isterinya yang sudah meninggal.
63. BERGOLOK BERGADAI   : Sanggup berhabisan harta benda kerana hendak mendapatkan hajat yang tertentu.
64. BERI JALAN               : Beri petunjuk.
65. BERI MUKA               : Beri peluang atau kesempatan yang berlebihan.
66. BERMAIN KAYU TIGA : Orang yang tidak jujur.
67. BERMASAM MUKA      : Tidak ada kemesraan antara dua pihak disebabkan oleh perbalahan.
68. BERMUKA-MUKA        :  Berpura-pura baik terhadap seseorang.
69. BERPALING TADAH     :  Menukar pendirian lalu memihak kepada musuh.
70. BERPELUK TUBUH       :  Tiada ambil peduli.
71. BERAKSI KELULUT      :  Saudara mara dijadikan saksi.
72. BERTALI ARUS              :  Tak putus-putus orang lalu.
73. BERTEGANG LEHER     :  Bertengkar.
74. BERTEGANG URAT       :  Bertengkar.
75. BERTIKAM LIDAH        :   Berdebat atau berbahas.
76. BESAR DIRI                    :   Bongkak atau sombong.
77. BESAR HATI                   :   Bangga, megah atau gembira.
78. BESAR KEPALA             :  Keras kepala, bengal, bongkak atau sombong.
79. BIDAN TERJUN              :  Orang yang disuruh membuat satu pekerjaan dengan tiba-tiba.
80. BINTANG TERBANG     :  Orang yang nasibnya baik.
81. BODOH-BODOH SEPAT :  Pura-pura bodoh.
82. BOLEH TAHAN               : Tidak buruk sangat; boleh pakai.
83. BONGKAK SABUT         : Bongkak badan yang sedikit sahaja.
84. BONGKAK UDANG       :  Badan yang bongkok.
85. BUAH FIKIRAN              :  Pendapat.
86. BUAH HATI                     :  Orang yang dikasihi.
87. BUAH MULUT                :   Percakapan orang ramai.
88. BUAH PENA                    :  Karya ( tulisan ).
89. BUAH TANGAN              : i) Oleh-oleh.
                                                 ii)  Hasil pekerjaan.
90. BUANG AIR                    :  Kencing atau berak.
91. BUAT BODOH                :  Berpura-pura macam orang tidak tahu.
92. BUAT DUIT                     :  Berusaha mencari keuntungan.
93. BUAT HELAH                 :  Berdalih.
94. BUAYA DARAT              :  Penipu; orang yang selalu menunggu peluang yang baik untuk mendapatkan wang daripada orang lain dengan cara menipu.
95. BUDAK MENTAH          :  Orang yang masih muda umurnya untuk membuat sesuatu pekerjaan.
96. BUDI BAHASA               :  Kelakuan dan petuturan ( baik atau buruk )
97. BULAT FIKIRAN           :  Teguh atau tetap fikiran.
98. BUKA TEMBELANG     :  Mendedahkan rahsia keburukan seseorang.
99. BUKA MATA                  :  Timbul kesedaran.
100. BUKA MAIN                 :  Tersangat ; sungguh.
101. BUKU LIMA                 :   Tinju; penumbuk.
102. BUNGA DEDAP           :   Perempuan yang rupanya sahaja cantik tetapi perangainya buruk.
103. BUNGA WANG            :   Faedah yang diperolehi dari wang yang dipinjamkan atau disimpan dalam bank.
104. BURUK MAKAN         :  Orang yang gelojoh atau lahap makannya.
105. BURUK PENANGAN  :  Akibat buruk atau tidak baik.
106. BURUK SIKU               :  Meminta semula yang telah diberi.
107. BUTA  HATI                 :  Tidak dapat mengenali di antara baik dengan buruk.
108. BUTA HURUF              :  Tidak tahu membaca atau menulis.
109. BUTA KAYU                :  Tiada berpelajaran.
110. BUTA LARANGAN     :   Tidak dapat melihat jauh.
111. CACING KEPANASAN : Orang yang tidak mahu diam ; gelisah.
112. CAKAP ANGIN              :  Percakapan yang tidak menentu.
113. CAKAP BESAR              :   Mengeluarkan cakap yang meninggi dan membesarkan diri sendiri.
114. CAKAR AYAM              :   Tulisan tangan yang sangat buruk.
115. CANGKUL ANGIN        :   Melakukan kerja yang sia-sia.
116. CAMPUR TANGAN       :   Ambil tahu.
117. CARI AKAL                    :   Mencari ikhtiar ; mencari jalan.
118. CARI JALAN                  :    Berikhtiar berbagai-bagai cara.
119. CEPAT TANGAN           :    Pandai dan suka mencari.
120. CENCARU MAKAN PETANG :  Pekerjaan yang lambat tetapi hasilnya memuaskan.
121. CINA BUTA                   :    Muhalil.
122. CURI TULANG              :    Malas bekerja.
123. DALAM TANGAN         :   Sudah tentu boleh diperolehi.
124. DAPAT TERPIJAK         :   Mendapat sesuatu denegan mudah.
125. DARAH DAGING           :   i) Perangai yang sudah sebati dengan jiwa.
                                                    ii) Kaum kerabat yang rapat.
126. DARAH MUDA              :   Semangat muda.
127. DIAM PENGGALI         :   Orang bodoh.
128. DIAM UBI                      :   Orang yang berusaha secara senyap.
129. DUIT TEH                       :   Wang sagu hati.
130. DURIAN RUNTUH        :   Mendapat keuntungan dengan tidak disangka-sangka dan diterima sekaligus.
131. DUNIA TERBAIK          :   Ganjil.
132. GAJAH GULUNG          :   Perhiasan sanggul dengan dua untai bunga melati.
133. GAJI BUTA                    :    Gaji yang didapati tanpa bekerja keras.
134. GANTI RUGI                  :    Bayaran yang dibuat kerana sesuatu kerugian atas kerosakan.
135. GELAP HATI                  :    Sukar belajar.
136 .GELAP MATA               :    Mengamuk atau marah macam orang gila.
137. GELEGAR BULUH        :    Cakap besar tetapi kosong sahaja.
138. GELI HATI                     :   Rasa hendak ketawa.
139. GENDANG BESAR       :  Orang yang suka bercakap besar tetapi percakapannya semua kosong.
140. GERGAJI DUA              : Orang yang menerima keuntungan dari dua pihak.
141. GERTAK KELING        :  Ugutan yang tidak serius.
142. GILA BAHASA             : Orang yang tidak panjang fikirannya.
143. GOLOK KAYU             : Pengetahuan yang tidak mencukupi ; tidak ada gunanya.
144. HARGA DIRI                 : Moral ; maruah.
145. HARGA POKOK          : Modal atau harga belian.
146. HARGA MATI               : HARGA TETAP
147. HANCUR HATI             : Kecewa.
148. HARI TUA                      : Masa kita sudah tua dan tidak berdaya.
149. HATI BATU                   : Bantah ; degil ; tak mendengar cakap.
150. HATI TIKUS                  : Pengecut ; penakut.