Memaparkan catatan dengan label latihan simpulan bahasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label latihan simpulan bahasa. Papar semua catatan

Latihan Sistem Bahasa 22- Soalan-soalan Simpulan Bahasa

Latihan Sistem Bahasa 22- Soalan-soalan Simpulan Bahasa

Simpulan Bahasa


Latihan berformat KBSR ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran para pelajar dalam menjawab soalan-soalan peribahasa.

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Cikgu Tan mudah mengajar Kelas 5 Gigih kerana murid-muridnya _______
A rambang mata C tajam akal
B otak udang D tanda mata

2 Bacaan ayat-ayat suci al-Quran menajdi _____ Hani di tengah malam yang sunyi.
A halwa telinga C hati terbuka
B telinga kuali D lapik perut

3 Emak membuat agar-agar sebagai ______ untuk kami selepas makan.
A mulut tempayan C banyak mulut
B pembasuh D mulut murai

4 Kasim tidak _______ meninggalkan emak dan ayahnya di kampung untuk berjijrah ke bandar.
A sampai hati C sagu hati
B makan hati D sakit hati

5 Azizah _______ membantu ibunya menyiapkan pakaian yang ditempah pelanggan.
A bersengkang mata C tebal telinga
B sekangkang kera D berat mata

6 Budak kecil ini ______ menjadi pemimpin negara yang disegani suatu hari nanti.
A buah fikiran C gerak hati
b ada bakat D ada angin

7 Mageswari ______ apabila melihat tangan anaknya yang luka parah itu.
A mabuk selasih C ikat perut
B mabuk darah D geli hati

8 Pembunuhan kejam itu telah menjadi _______ semua rakyat di Malaysia.
A bauh fikiran C curi tulang
B buah mulut D curi hati

9 “Kamu mestilah kawal pemakanan kamu, sikap _______ kamu itu akan mengundang penyakit,” tegur ibu.
A telinga tempayan C telinga kuali
B buruk selera D buruk siku

10 Setelah kematian kedua-dua ibu bapanya Rahul _____ ke luar negara.
A mandi mawar C mandi peluh
B bawah angin D bawa diri

11 Swee Ling tidak tahan melihat ibu dan ayahnya yang selalu ______ setiap kali bertemu.
A berpeluk tubuh C kepala batu
B bertikam lidah D habis jodoh

12 Remaja yang diculik itu ditemui sedang bersembunyi ketakutan di ______ kampung itu.
A jalan belakang C gigi hutan
B hilang akal D jejak bara

13 Kaki Ramli luka terkena serpihan paku akibat ber _______ semasa bermain di padang.
A mulu tempayan C gigi hutan
B kaki ayam D jejak bara

14 Mak Esah tidak disukai oelh orang kampung kerana sikapnya yang suka ______ tentang keburukan orang lain.
A tangan kanan C buta huruf
B bawa mulut D alas perut

15 Emak membebel sebab emak ______ tentang hidup kamu. Emak sayang kamu, Eja.
A ambil berat C cari salah
B cari makan D ambil hati

16 Mak Minah ______ untuk mencari duit demi perbelanjaan sekolah anaknya.
A diam ubi C habis akal
B hilang akal D makan duit

17 Encik Chan berjaya menangkap pekerjanya yang ______ syarikat dan tindakan tatatertib telah dilakukan.
A mabuk selasih C makan angin
B mabuk darah D makan duit

18 Encik Linggam ______ apabila mendapati cermin keretanya pecah.
A naik darah C kera sumbang
B diam ubi D lipas kudung

19 Saya kasihan melihat emak yang ______dengan perbuatan ayah yang berkahwin lain itu.
A rambang mata C tebal telinga
B panjang akal D makan hati

20 Mak Munah _______ apabila anak-anaknya sudah lama tidak pulang menjenguknya.
A jatuh hati C jalan buntu
B jauh hati D berat sebelah

21 Jikalau mahu berjaya, berusahalah bersungguh-sungguh, jangan jadi seperti ______ yang penuh dengan angan-angan.
A Abu Nawas C Abu Jahal
B raja sehari D Mat Jenin

22 Masalah pecah rumah yang semakin menjadi-jadi di kampung itu menjadi _______ penduduk kanpung itu.
A buah mulut C bahasa pasar
B darah daging D cangkul angin

23 Setiap hujung minggu, panggung wayang mula dipenuhi dengan ______ yang tidak mahu ketinggalan menonton cerita terbaharu.
A kaki wayang C kaki ayam
B kaki bangku D kaki botol

24 Saya tidak mahu menegur Shima yang ______ itu kerana dia akan melenting sesuka hatinya.
A berat sebelah C ambil angin
B kepala angin D tin kosong

25 Ayah selalu bangun awal pagi dan keluar bekerja sebelum ______
A fajar menyinsing C durian runtuh
B embun jantan D hilang akal

26 Dia lulus dalam ujian memandu kerana menggunakan _______
A jalan belakang C jalan damai
B jalan tengah D jalan buntu

27 Dani ______ setelah perniagaan yang diusahakan selama 10 tahun itu musnah akibat sikapnya yang asyik berjudi.
A mabuk darah C mati kutu
B jatuh melarat D jatuh hati

28 Saya kasiha melihat Azman yang ______ oleh ayahnya kerana gagal dalam peperiksaan.
A kena tangan C mata duitan
B kusut fikiran D kutu embun

29 “Bila kamu hendak mencari kerja, Amir? Hendak tunggu sampai _____ baru ehndak berubah?” soal Mak Pah.
A kucing bertanduk C telinga kuali
B kambinh hitam D lintah darat

30 Jangan ______ sangat, kamu harus lebih tegas dalam membuat keputusan.
A campur tangan C betul bendul
B bongkok sabut D buah fikiran

31 Mia tidak menyenangi sikap Wati yang suka _____ dan sering menceritakan kemewahannya itu.
A angkat senjata C bekas tangan
B batu loncatan D angkat diri

32 Mila ______ sehingga tidak dapat menumpukan perhatian dalam pelajaran kerana tidak tidur semalaman.
A hilang nyawa C hilang akal
B berat mata D berat hati

33 Hakimi ______ dengan mengahwini adik iparnya setelah isterinya meninggal dunia akibat barah otak.
A gelap mata C ganti tikar
B harga mati D hati batu

34 Sarimah ______ menyiapkan latihan yang diberikan oleh gurunya.
A mandi peluh C memerah keringat
B mencuci mata D memeras otak

35 Vince telah dijatuhkan hukuman penjara atas tuduhan ______
A titik peluh C makan suap
B telinga kuali D minta diri

36 _____ ibu Shah apabila mendapat tahu dia terlibat dengan najis dadah itu.
A Hidung tinggi C Hancur hati
B Iri hati D Besar hati

37 Mariam _____ sejak kematian seluruh ahli keluarganya dalam kemalangan itu.
A titik peluh C makan diri
B mandi kerbau D hilang akal

38 Eza ______ ayahnya menjadi seorang pensyarah.
A anak tunggal C bulat hati
B anak angkat D ikut jejak

39 Walaupun Jong Ai Berharta, tetapi dia _____ dan tidak mahu menghulurkan bantuan kewangan kepaa adik-beradiknya yang susah.
A sampah masyarakat C tangkai jering
B senyum kambing D tali barut

40 Izat ______ untuk membantu ibunya mengemas rumah.
A berat tulang C alas perut
B cari jalan D senang hati

41 Basri kecewa kerana tidak dapat mendekati anak Mak Cik Ramlah yang ______ itu.
A jinak-jinak merpati C ajak-ajak ayam
B tidur-tidur ayam D hidung belang

42 Ayah _____ bekerja di sawah demi mencari sesuap nasi.
A membuka jalan C mati katak
B memeras keringat D memeras ugut

43 Sikap Syafiah yang sering berlembut dengan adik-adiknya me______nya apabila dia dihalau dari rumah.
A makan garam C makan duit
B makan gaji D makan diri

44 Sikap Lia yang suka _____ itu menyebabkan Cindy dan Liza bergaduh.
A mencuit hati C mengambil berat
B mencuci mata D mengadu domba

45 Latifiah tidak tahan dengan sikap suaminya yang _____ dan suka berfoya-foya.
A hidung belang C kaki bangku
B gulung tikar D harga diri

46 Pemuda-pemuda itu ber_____ semasa menyiapkan kerja-kerja menanam di ladang kelapa sawit.
A langkah kanan C mandi peluh
B pekak badak D ketam batu

47 Amira menyediakan bebrapa keping roti untuk anaknya sebagai ______ sebelum ke sekolah.
A kaki bangku C hisap darah
B kutu embun D lapik perut

48 Dia segera ______ apabila rancangan merompak bank itu diketahui oleh pihk polis.
A besar kepala C buah pena
B cuci tangan D curi tulang

49 Gajah itu ______ apabila mendapati anak kesayangannya hilang.
A naik minyak C untung batu
B patah arang D ubat hati

50 Tina tidak suka bercerita apa-apa kepada Julia yang terkenal sebagai _______ itu.
A mulut tempayan C kaki ayam
B kutu embun D pekak badak

51 Harga barang-barang yang dijual di pasar raya itu ______ dan tidak boleh dirunding lagi.
A hisap darah C paku belanda
B makan duit D tangkai jering

Jawapan
1C
2A
3B
4A
5A
6B
7B
8B
9B
10D
11B
12C
13B
14B
15A
16C
17D
18A
19D
20B
21D
22A
23A
24B
25A
26A
27B
28A
29A
30C
31D
32B
33C
34D
35C
36D
37D
38D
39C
40A
41A
42B
43D
44D
45A
46C
47D
48B
49A
50A
51C























Latihan Sistem Bahasa 21-Soalan-soalan simpulan Bahasa

Latihan Sistem Bahasa 21-Soalan-soalan simpulan Bahasa

Simpulan Bahasa 


Latihan berformat KBSR ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran para pelajar dalam menjawab soalan-soalan peribahasa.

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Pemuda-pemuda yang menjadi _____ Inggeris amat dibenci oleh orang kampung.
A kaki wayang C orang gaji
B bidan terjun D tali barut

2 Sikap Ah Meng yang pelik itu menyebabkan kami ______ terhadapnya.
A buruk sangka C gelap mata
B gelap fikiran D buruk siku

3 Jangan selalu ______ kepada budak-budak itu, nanati mereka manja dan tidak mahu mendengar kata.
A senyum simpul C tajam akal
B bawa mulut D beri muka

4 Pihak lawan telah mengibarkan _______ sebagai tanda mengundurkan diri.
A bendera putih C putih mata
B buku lima D duit kopi

5 Sejak kematian kedua-dua ibu bapa kami, abang memikul segala tanggungjawab dan menjadi _____ keluarga.
A tulang belakang C teman hidup
B mata keranjang D orang dalam

6 Malisarah sentiasa memastikan setiap tulisannya diselitkan ______ untuk menambahkan pengetahuan pembacanya.
A lidah bercabang C lidah biawak
B lidah pendeta D lintah darat

7 Aku akan membalas dendam atas perbuatannya terhadap keluarga aku kerana ______ mesti dibayar darah.
A hutang darah C hangat hati
B bunga dedap D salah urat

8 Anita sungguh bertuah kerana dia berpeluang mengikut keluarganya melancong ke negeri ______.
A paku Belanda C makan angin
B bawah angin D orang halus

9 Budak yang ______ itu akhirnya pandai membaca dan mengira setelah diasuh dengan gigih.
A gila bayang C otak udang
B habis bulan D paku mati

10 Datuk Kerol dan Datin Kiah mengambil ______ untuk menghantar ibu bapa mereka menuaikan haji pada tahun hadapan.
A kambing hitam C lidah pendeta
B bintang terang D kata putus

11 Nancy sekadar ______ sahaja semasa menjaga ibunya yang sakit di hospital.
A nyawa-nyawa ikan C gila-gila bahasa
B tidur-tidur ayam D tua-tau keladi

12 Walapun mata anak perempuan Mak jah ______, tetapi wajah mereka sangat cantik.
A rabun ayam C bintang terang
B lintah darat D juling air

13 Rumah Imam Sahak menjadi pusat ______ berkumpul untuk belajar agama pada setiap hujung minggu.
A hilang semangat C bunga dedap
B saudara baru D ibu kandung

14 Artis wanita yang popular itu menerima _______ sebanyak RM 20 000 daripada suaminya.
A wang hantaran C wang muka
B wang hangus D wang kopi

15 Murid yang ______ itu dirotan di hadapan semua murid di dalam perhimpunan.
A cuci mata C cepat tangan
B lintah darat D rabun ayam

16 Setelah penat bekerja, Silva ______ di kawasan tasik berhampiran rumahnya.
A berta tulang C ambil berat
B ambil angin D gerak hati

17 Aku tahu dia hanya ______, sebab itulah aku tidak mahu mengikutnya.
A nyawa-nyawa ikan C ajak-ajak ayam
B tidur-tidur ayam D tua-tua keladi

18 Kamisah menemui _____ dalam usaha untuk menyelesaikan masalah kewangannya.
A lidang bercabang C jalan tengah
B untung sabut D jalan buntu

19 Ingatlah pesan ibu supaya menjaga _____ walau di mana sahaja kamu berada.
A kampung halaman C lidah pendeta
B kera sumbang D harga diri

20 Cikgu Besah memandang kami yang datang lewat ke kelasnya dengan _____ sahaja.
A gerak badan C beri muka
B ekor mata D ada angin

21 “Tolonglah beredar dari tempat kami ______ ini'” rayu emak Tai Thong kepada ahli kongsi gelap yang mengganggu mereka.
A mandi kerbau C cari makan
B cepat tangan D main mata

22 Berubah ______ Seroja apabila dimarahi oleh Encik Aiman di hadapan rakan sekerjanya.
A langkah tangan C telinga nipis
B kepala angin D air muka

23 Kami membawa ______ semasa menziarahi ibu Malek yang terlantar sakit di rumahnya.
A buah tangan C buah pena
B buah mulut D buah hati

24 Sarah terpaksa menjadi _______ menggantikan seorang pengadil yang jatuh sakit dalam pertandingan syarahan itu.
A bongkok udang C besar kepala
B adik kandung D bidan terjun

25 Dengarlah nasihat ibu dan bapa kamu kerana mereka lebih dahulu ______ daripada kita.
A makan garam C kaki bangku
B makan angin D kaki lima

26 Sejak peristiwa seram itu, ramai _____ tidak berani keluar pada waktu malam lagi.
A kusut fikiran C kutu embun
B lintah darat D kaki ayam

27 Usahakan perniagaan kamu sehingga berjaya dan janganlah sekadar ______ sahaja.
A hangat-hangat tahi ayam C ajak-ajak ayam
B tidur-tidur ayam D rabun ayam

28 Ziana ______ sehingga sanggup menghalau ibunya dari rumah.
A hidung belang C telinga kuali
B buta hati D buta huruf

29 Murid yang _____ itu engggan berkawan dnegan kami yang dianggapnya tidak setaraf dengannya.
A mulut tempayan C hidung tinggi
B hidung belang D telinga kuali

30 Wanita _____ itu hanya ingin berkawan dengan lelaki yang kaya sahaja.
A lupa daratan C pisau cukur
B gulungan tikar D ambil berat

31 Pengunjung yang berkelah di tepi sungai itu terkejut dengan kehadiran beberapa ekor _____ yang tenggelam timbul di permukaan sungai.
A harimau berantai C bunga dedap
B buaya tembaga D buaya darat

32 Semua _______ memberikan perkhidmatan yang terbaik dan melayan penumpang dengan ramah.
A mulut tempayan C mulut murai
B anak angkat D anak kapal

33 Oleh sebab Malek ______, maka dia hanya menonton perlawanan bola sepak yang diadakan di padang sekolahnya.
A kaki bangku C mulut murai
B telinga kuali D kaki judi

34 Berhati-hati apabila bercakap dengan nenek kerana dia amat mudah ______jika kita bersalah cakap.
A mabuk darah C pekak badak
B keras kepala D kecil hati

35 Jejaka yang _____ itu sememangnya kacak dan berjaya mencuri hati ramai anak gadis di syarikatanya.
A lidah bercabang C langkah kanan
B bongkok sabut D kera sumbang

36 Johan sering terkenangkan akan ______nya yang sudah lama ditinggalkan sejak dia berhijrah ke luar negara.
A kampung halaman C kambing hitam
B senyum kambing D lintah darat

37 Maria memuji bibir Siew Ling yang merah bak _______
A delima merekah C senyum kambing
B tangaki jering D kaki botol

38 Saya membayar ________ sebanyak sepuluh peratus daripada harga kereta yang hendak dibeli.
A wnag hangus C darah putih
B wang muka D emas putih

39 “Cermin mata ini sesuai dengan bentuk muka puan yang ______ dan putih melepak,” kata jurujual itu kepada Puan Lorina.
A hidung tinggi C bujur sirih
B cakar ayam D tahi lalat

40 Lelaki ayng ______ itu sering mengganggu dan memerhatikan gerak-geri bekas isterinya.
A gila-gila bahasa C buah hati
B gila bayang D jatuh hati

41 Anak gadia Pak Jenal memang jelita ddan manis, apatah lagi ditambah dengan _____ di tepi bibirnya yang comel itu.
A telinga kuali C mata petai
B mulut murai D tahi lalat

42 Ramesh budak yang _____ kerana tidak mahu langsung mendengar nasihat orang lain.
A khabar angin C geli hati
B kepala batu D buah hati

43 Amran _______ apabila ditawarkan sejumlah wang yang banyak untuk memalsukan dokumen itu.
A langkah kiri C gelap mata
B langkah kanan D mata petai

44 kejayaan atlet Paralimpik berjaya ________ banyak pihak yang selama ini memandang rendah keupayaan mereka.
A membuka tembelang C membuka mata
B membuka mulut D memberi muka

45 Muka pencuri itu seperti _____ apabila terserempak dengan dua orang anggota polis yang meronda di situ.
A bulan kesiangan C lidah kambing
B mulut tempayan D kambing hitam

46 Jamal terlalu boros dalam berbelanja dan akibatnya dia terpaksa menanggung hutang yang _______
A sehelai sepinggang C dalam tangan
B keliling pinggang D kusut fikiran

47 Nani berasa lega setelah meluahkan _______nya pada guru kaunseling di sekolah.
A buah hati C isi hati
B jatuh hati D iri hati

48 Peserta larian desa itu masih meneruskan larian walaupun ______ mulai turun.
A embun jantan C delima merekah
B emas putih D durian runtuh

49 “Puan Siti, saya _______ dahulu kerana hari pun sudah lewat petang,” kata Puan Jaya.
A hilang semangat C cakap besar
B pasang badan D minta diri

50 Rupa-rupanya dialah ______ yang dicari selama ini, yang menyebabkan syarikat kita jatuh muflis.
A musuh dalam selimut C nyawa-nyawa ikan
B Nujum Pak Belalang D jinak-jinak merpati

Jawapan
1D
2A
3D
4A
5A
6B
7A
8B
9C
10D
11B
12A
13B
14A
15C
16B
17C
18D
19D
20B
21C
22D
23A
24D
25A
26C
27A
28B
29C
30C
31B
32D
33A
34D
35B
36A
37A
38B
39C
40B
41D
42B
43C
44C
45A
46B
47C
48A
49D
50A


Latihan Sistem Bahasa 20- Soalan-soalan Simpulan Bahasa

Latihan Sistem Bahasa 20- Soalan-soalan Simpulan Bahasa

Simpulan Bahasa


Latihan berformat KBSR ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran para pelajar dalam menjawab soalan-soalan peribahasa.

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Pekerja syarikat itu menerima ______ setelah dibayar bonus selama enam bulan oelh majikan mereka.
A durian runtuh C mata duitan
B mahkota hati D buah fikiran

2 Charles memang pandai bercakap, tetapi ibarat _____ sahaja kerana dia tidak tahu membuat apa-apa kerja pun.
A perut kosong C gelap mata
B tulang hitam D tin kosong

3 Remaja itu gelisah bagai _____ apabila rahsianya yang merokok telah diketahui oleh keluarga.
A cacing kepanasan C gila bayang
B kaki bangku D otak udang

4 Walaupun hidup sederhana, Nadia _______ dan sering membantu orang miskin dan fakir.
A mulut tempayan C murah hati
B baik sangka D pilih kasih

5 Mangsa-mangsa kebakaran itu hanya tinggal ____ kerana harta benda mereka semua musnah dalam kebakaran itu.
A sehelai sepinggang C kacang hantu
B saudara kandung D kata putus

6 Setiap bulan Muirah akan ______ untuk mencantikkan dan mewangikan tubuh badannya.
A mandi bunga C pasang tangan
B mandi peluh D cuci tangan

7 Amiah dan ibunya berkebun sayur di atas tanah yang _____ di belakang rumah mereka.
A sekangkang kera C setengah tiang
B kucing bertanduk D jalan tengah

8 Encik Jaya sudah mengenal pasti pekerjanya yang selalu makan _____ semasa di pejabat.
A banyak akal C gaji pokok
B lintah darat D gaji buta

9 Dia _______ apabila semua rakannya pulang ke kampung semasa cuti sekolah.
A berpeluk tubuh C putih tulang
B makan suap D mati kuku

10 Sarimah sudah pandai ______ apabila keluar rumah.
A pasang badan C naik minyak
B perang mulut D berat tulang

11 Maria ______ apabila mendapati bajunya yang dijemur di ampaian telah hilang.
A separuh mati C naik angin
B putih tulang D ada angin

12 Encik Rahman selalu memuji ______nya yang pandai memasak pelbagai jenis makanan.
A orang dalam C ibu angkat
B orang dapur D ibu keladi

13 Kelvin sanggup menjadi ______ dalam kes pecah amanah itu kerana dia dibayar dengan sejumlah wang yang sangat lumayan.
A kambing hitam C lintah darat
B pekak badak D mata petai

14 Suhana berasa sangat gembira kerana ditemukan dengan ______ yang bertanggungjawab.
A bunga dedap C buaya darat
B teman hidup D kaki bangku

15 Penangih dadah ibarat ______ yang tidak membawa sebarang faedah kepada masyarakat.
A patung bernyawa C kerang busuk
B kera sumbang D telinga kuali

16 ______ itu tidur di stesen bas dengan botol-botol arak yang bergelimpangan sehingga mengganggu orang yang lalu-lalang di situ.
A Kaki bangku C Kaki botol
B Kaki ayam D Kaki lima

17 Wong Chai mahu mengikut _______ ibu dan ayahnya untuk menjadi seorang peguam yang berdedikasi dan bertanggungjawab.
A jejak langkah C jalan buntu
B jalan tengah D jejak bara

18 Ali dan Ramu membuka ________ apabila dikejar anjing liar dalam perjalanan pulang ke rumah.
A langkah seribu C serkap jarang
B cangkul angin D lintah darat

19 Kami merasa lega mendengar berita tentang kemalangan yang menimpa keluarga Sarah cuma _____ sahaja.
A lidah pendeta C cakap besar
B khabar angin D kata putus

20 Maria dikatakan ______ kerana tidak tahan cuaca yang panas.
A keras hati C mulut tempayan
B batu api D puteri lilin

21 Ramli _______ pada guru wanita yang baru bertugas di sekolahnya.
A Separuh mati C jatuh hati
B jatuh sakit D tali barut

22 Mangsa kemalangan itu tinggal ______ dan dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
A nyawa-nyawa ikan C darah daging
B malu-malu kucing D mandi darah

23 _______ penduduk kampung itu ialah dengan menangkap hasil laut.
A Mata pencarian C mta duitan
B Titik peluh D Mata keranjang

24 “maaf puan, semua barang dijual di sini ______, tidak boleh dikurangkan lagi,” kata peniaga itu.
A emas putih C harga diri
B harga mati D duit kopi

25 Banyak sungguh bangunan ______ yang dibina di kawasan Kuala lumpur ini.
A sekangkang kera C dalam tangan
B pencakar langit D cari makan

26 Gadis manis itu ibarat _____ kerana tidak berbudi bahasa dan sombong.
A lidah pendeta C lipas kudung
B bunga dedap D batu api

27 Penagih dadah ibarat ______ dan tidak mendatangkan faedah kepada negara.
A ayam tambatan C kambing hitam
B orang bawahan D bangkai bernyawa

28 Puan Chong ______ melihat anak-anaknya bermain hujan dan tidak mendengar nasihatnya.
A lepas tangan C panas hati
B melut murai D minta diri

29 Aini mengambil kursus penulis itu sebagai _____ untuk menjadi seorang penulis.
A bekas tangan C batu loncatan
B durian runtuh D buah fikiran

30 Peragut itu menerima ______ daripada Ah Chong semasa cuba melarikan diri.
A mandi kerbau C buku lima
B mandi peluh D kaki lima

31 Walaupun ______ Mona kecil, tetapi elaun bulanan yang diterimanya sangat lumayan.
A mulut tempayan C gaji pokok
B mulut mandi D gaji buta

32 Janganlah mudah berputus asa jika gagal dalam peperiksaan kerana masih _____ untuk mendapat kejayaan.
A cangkul angin C ada jalan
B berat tulang D ada hati

33 Sherry dikatakan _____ setelah meminta semula baju yang diberikannya kepada Zila.
A omong kosong C buruk siku
B iri hati D bidan terjun

34 Adik tidak berani pergi ke tengah sungai, tetapi hanya bermain di ______ sahaja.
A mulut tempayan C kaki lika
B perigi buta D gigi air

35 Encik Kamal sanggup ______ menyelamatkan anaknya yang terjatuh ke dalam sungai itu.
A berputih mata C bergadai nyawa
B makan diri D bidan terjun

36 Janganlah kita suka menyalahkan orang lain kerana sikap begitu hanya akan me_____ sendiri.
A makan suap C tajam akal
B makan diri D cari akal

37 Walaupun tidak memenangi hadiah utama dalam pertandingan melukis itu, Amirul tetap mendapat hadiah ______.
A durian runtuh C ganti tikar
B telinga kuali D sagu hati

38 Mak Limah _____ kerana tidak tahu untuk membuat apa apabila dudduk di rumah anaknya di bandar.
A telinga lintah C mulut murai
B hisap darah D mati kutu

39 Murad ______ apabila pergaduhan antara Karim dan Dolah semakin mendarat.
A kaki botol C kaki ayam
B kaki bangku D angkat kaki

40 Amran tidak sedar apabila rumahnya dipecah masuk oleh pencuri semalam kerana dia _______
A lidah bercabang C tidur ayam
B lintah darat D tidur mati

41 Malim sering menghalang aktiviti-aktiviti kemasyarakatan di kampung itu, sikapnya seperti _______
A Mat Jenin C Abu Nawas
B Abu Jahal D Pak Pandir

42 Sikap Dayah yang suka _______ itu menyebabkan Era dan Julie bergaduh.
A alim kucing C buruk siku
B adu domba D bidan terjun

43 Firdaus berjaya melepaskan diri daripada dihukum oleh guru disiplin kerana dia mempunyai ______
A alim kucing C hati tikus
B akal kancil D geli hati

44 Kebanyakan _______ terlibat dengan perusahaan desa itu.
A anak gahara C anak negeri
B anak kandung D anak air

45 Walaupun ______, nenek masih kuat berjalan.
A mongkok udang C berat tulang
B bidan terjun D besar kepala

46 Gadis yang jelita di kampung itu telah berjaya men______ Azman.
A curi hati C dalam tangan
B cuci tangan D cakap besar

47 Kadir ______ berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan.
A gaji buta C cakap besar
B cuci mata D bulat hati

48 “Kamu haruslah membuat latihan itu bersungguh-sungguh, jangan ______,” kata Cikgu Yap.
A cuci mata C cuci tangan
B isi hati D hentam keromo

49 Suraya ______ dan tidak mahu mengaku kesalahannya selepas memecahkan pasu bunga milik ibunya.
A lepas tangan C angkat diri
B kepala batu D ganti tikar

50 Mak Limah bergaya seperti _____ apabila memakai kebaya ketat.
A ibu kandung C ibu keladi
B ibu angkat D ibu tiri

Jawapan
1A
2D
3A
4C
5A
6A
7A
8D
9D
10A
11C
12B
13A
14B
15A
16C
17A
18A
19B
20D
21C
22A
23A
24B
25B
26B
27D
28C
29C
30C
31C
32C
33C
34D
35C
36B
37D
38D
39D
40D
41B
42B
43B
44C
45A
46A
47D
48D
49A
50C






Latihan Sistem Bahasa 19-Soalan-soalan Simpulan Bahasa

Latihan Sistem Bahasa 19-Soalan-soalan Simpulan Bahasa

Simpulan Bahasa 


Latihan berformat KBSR ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran para pelajar dalam menjawab soalan-soalan peribahasa.

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Penduduk kampung terpaksa membeli barang di kedai runcit itu walaupun peniaga itu.
A otak udang C lintah darat
B makan hati D kaki ayam

2 Siew Moi menjadi ______ sebaik sahaja tiba di pasar raya itu.
A rambang mata C kutu embun
B mata duitan D bulat hati

3 Badan Tong Kong berbau busuk kerana dia ____ akibat bangunlewat.
A mandi kerbau C tidur-tidur ayam
B kaki bangku D buruk siku

4 Remaja yang suka melepak di simpang jalan itu dipanggil ____ kerana sering mengganggu orang yang lalu-lalang.
A harimau berantai C kaki bangku
B kacang hantu D otak udang

5 “Kamu _____ pada gadis yang baru pindah ke kampung kita itu?”
A makan hati C hati batu
B bulat hati D ada hati

6 Walaupun baru berumur lima tahun, Farza _____ menipu emaknya.
A ada bakat C ada gaya
B ada angin D ada akal

7 Dalam pergaduhan dua orang sahabat baik itu, Kok Meng dituduh menjadi _____nya.
A batu loncatan C beri muka
B berat sebelah D batu api

8 Kamisah sungguh tidak menyangka Cikgu Nor ada _____ dengan suaminya.
A jinak-jinak merpati C tulang belakang
B bau-bau kacang D buah hati

9 Aliah tidak suka keluar pada waktu malam kerana dia _____.
A rambang mata C rabun ayam
B ringan tulang D putih mata

10 Pada waktu rehat Karim dan Ravi akan membaca dan meminjam buku di perpustakaan kerana mereka _____.
A embun jantan C rabun ayam
B pisau cukur D ulat buku

11 Ayah membawa kami sekeluarga ______ di kawasan peranginan itu semasa cuti sekolah.
A makan angin C puteri lilin
B pisau cukur D ulat buku

12 Siva berasa _____ apabila basikalnya dicuri.
A telinga kuali C besar hati
B putih tulang D sakit hati

13 Jika kita hanya _____ semua kerja tidak akan menjadi.
A berpeluk tubuh C naik darah
B kaki wayang D beri muka

14 Encik Wong amat gembira dengan tugas-tugas pembantu rumahnya yang rajin bekerja seperti _______ itu.
A saudara kandung C lipas kudung
B panjang tangan D lintah darat

15 Cikgu selalu menegur tulisan Salmi yang _____ itu kerana sukar dibaca.
A mulut tempayan C mata lembu
B cakar ayam D mulut murai

16 Salmah berasa ______ hendak melepaskan anaknya belajar di luar negara.
A banyak akal C buah fikiran
B baik sangka D berat hati

17 Wardiah menasihati anaknya supaya berhati-hati dengan Kelvin yang dikenali sebagai ______ itu.
A buaya darat C lintah darat
B otak udang D mata petai

18 Kami tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil yang _____ itu.
A berat sebelah C berat mata
B panjang akal D mati kuku

19 Sikap Murad yang _____ itu tidak disenangi oelh rakan-rakan sekelasnya.
A patung bernyawa C peluk tubuh
B panjang tangan D patah hati

20 Piala Suzuki itu sudah berada _______ pasukan Harimau Malaya kerana mereka telah menang pada pusingan pertama.
A dalam tangan C orang dalam
B jejak langkah D harga diri

21 Encik Mail menerima kedatangan kami dengan _____ walaupun belum pernah bertemu.
A tangan terbuka C cuci tangan
B gelap fikiran D tangkai hati

22 Najihah rela _____ untuk membeli kereta idamannya itu.
A gerak badan C hancur hati
B banyak akal D ikat perut

23 Jangan _______ menuduh orang lain kalau tidak ada bukti yang kukuh.
A diam-diam ubi C angkat muka
B serkap jarang D curi tulang

24 Semua pekerja diminta memberi ______ masing-masing dalam perbincangan meja bulat itu.
A buah fikiran C bauh pena
B bauh mulut D buah hati

25 Apabila sudah berjaya, Kok Meng menjadi _____ dan tidak mahu mendengar pendapat orang lain.
A bongkok udang C besar kepala
B darah daging D kaki bangku

26 Park Jung merupakan _______ sekolah kami kerana dia sering mengharumkan nama sekolah dalam pertandingan pidato dan badminton.
A anak kandung C anak emas
B anak angkat D anak buah

27 Setiap hari Ahad, Cikgu Selvi akan mengajar anak-anak penduduk kampung itu yang tidak tahu mengira dan ______
A mata duitan C kaki ayam
B busuk hati D buta huruf

28 Saya berasa _______ melihat telatah pelawak-pelawak di kaca televisyen itu.
A busuk hati C geli hati
B buah hati D iri hati

29 Pihak penguat kuaasa menahan warga asing yang berniaga di _______ bangunan itu.
A kaki bangku C kaki botol
B kaki ayam D kaki lima

30 Ramli sering menggunakan _______nya untuk menipu guru apabila tidak siap kerja sekolah.
A lidah bercabang C buta huruf
B tangkai jering D akal belut

31 Samat suka _____ tentang kejayaan anak-anaknya.
A kerang busuk C cuci tangan
B cakap besar D busuk hati

32 Sikap Wok Lan yang menyendiri seperti ______ itu menyebabkan rakan-rakannya memulaukannya.
A kambing hitam C lipas kudung
B kera sumbang D patah hati

33 Maria sangat gembira menyambut kelahiran ______ sulungnya.
A cahaya mata C bidan terjun
B kaki wayang D anak kapal

34 Mona ______ semasa emak dan ayahnya bernual-bual di ruang tamu.
A pasang telinga C terang hati
B pekak badak D ikat perut

35 Kilang itu dibina dengan wang hasil _____ Amir yang dikumpul olehnya semasa bekerja di luar negara.
A batu loncatan C tin kosong
B asam garam D titik peluh

36 Ayah hanya sempat makan sekeping roti sebagai ______ sebelum pergim ke pejabat.
A ambil angin C ganti tikar
B alas perut D cuci mata

37 Para tetamu mengucapkan tahniah kepada pasangan ______ yang sedang bersanding di atas pelamin.
A gulung tikar C buta huruf
B raja sehari D cari fasal

38 Puan Nancy sentiasa memastikan agar anak dan suaminya tidak keluar rumah dengan ______.
A perut kosong C beri muka
B buah tangan D gerak hati

39 Setelah beroperasi selama 20 tahun, syarikat itu terpaksa ______ kerana tindakan pekerja yang tidak bertanggungjawab.
A gulung tikar C curi tulang
B angkat kaki D cuci perut

40 Normi meminta ______ yang baru bekerja di rumahnya itu mengemas rumah setiap hari.
A kerang musuk C orang gaji
B orang dalam D anak air

41 Hartawan itu _____ apabila semua barang berharga di rumahnya hilang setelah dimasuki pencuri.
A sampai hati C pilih kasih
B putih mata D salah urat

42 Jangan mudah terpedaya dengan ayat-ayat manis pemuda yang ______ itu.
A lidah bercabang C curi tulang
B pisau cukur D mati kutu

43 Sikap manusia yang tidak bertanggungjawab telah menjadikan ______ itu sebagai tempat pembuangan sampah.
A pisau cukur C otak udang
B lintah darat D perigi buta

44 Fatimah hanya ______ apabila dipuji oleh suami dan anak-anaknya.
A putih mata C telinga nipis
B senyum simpul D telinga kuali

45 Emak selalu menegur sikap abang yang ______ itu.
A langkah kanan C berat tulang
B rabun ayam D berat hati

46 Kakak saya ______ dengan Syarikat Jati sejak 10 tahun yang lalu.
A berat sebelah C orang dalam
B ringan tulang D makan gaji

47 Sikap Markiah yang suka ______ urusan orang lain tidak disenangi oleh jiran-jirannya.
A campur tangan C ganti tikar
B ambil angin D batu api

48 Rajan ______ setelah mengecap kemewahan hidup sehingga tidak mempedulikan keluarganya lagi.
A makan angin C berat tulang
B lupa daratan D buruk siku

49 Anita sangat ______ sehingga sanggup menganiaya ahli keluarga sendiri.
A hisap darah C busuk hati
B cakar ayam D suka hati

50 Penduduk kampung itu menerima kunjungan Perdana Menteri pada hujung minggu yang lalu.
A besar kepala C geli hati
B besar hati D isi hati


Jawapan
1C
2A
3A
4B
5D
6D
7D
8B
9C
10D
11A
12D
13A
14C
15B
16D
17A
18A
19B
20A
21A
22D
23B
24A
25C
26C
27D
28C
29D
30D
31B
32B
33A
34A
35D
36B
37B
38A
39A
40C
41B
42A
43D
44B
45C
46D
47A
48B
49C
50B