Memaparkan catatan dengan label soalan-soalan perumpamaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label soalan-soalan perumpamaan. Papar semua catatan

Latihan Sistem Bahasa 27-Soalan-soalan Perumpamaan

Latihan Sistem Bahasa 27-Soalan-soalan Perumpamaan

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Kehidupan Maria yang ___________________ itu menyebakan dia selalu ponteng sekolah kerana menjaga adik di rumah.
A seperti gunting makan di hujung
B seperti embun di hujung rumput
C seperti rusa masuk kampung
D seperti rumput di tepi jalan

2 Anak-anak gadis Datuk Ali ________________kerana beliau terlalu mengongkong mereka.
A umpama burung di dalam sangkar, mata terlepas badan terkurung
B umpama memerah nyiur, santan diambil, hampas dibuang
C umpama pisau di tangan kanan, timun di tangan kiri
D umpama hendak menepung tidak berberas

3 Suri sudah lali mendengar leteran dan kemarahannya ibunya kerana dia _______________
A seperti rusa masuk kampung
B seperti katak dicucuk hidung
C seperti langit dengan bumi
D seperti telinga kuali

4 Hani _____________________, apabila mendengar setiap perbualan kami sedangkan pada masa itu dia sedang membaca buku.
A seperti mentimun dengan durian
B seperti pungguk rindukan bulan
C seperti lintah menghisap darah
D seperti telinga lintah

5 Wajah Seri Merah ________________, apabila disindir oleh Suri di hadapan Cikgu Mery.
A seperti ikan mendukung biawak hidup
B seperti kera mendapat bunga
C seperti udang direbus
D seperti telinga lintah

6 Judy dianggap seperti ________________, kerana sudah lama tidak menziarahi ibu bapanya setelah menjawat tinggi.
A seperti mentimun dengan durian
B seperti ulat lupa akan daun
C seperti langit dengan bumi
D seperti gergaji dua mata

7 Walaupun Usman berusaha mengubah sikap Usin, anak angkatnya, namun Usin __________________, yang mengikut perangai bapa kandungnya.
A umpama buah kepayang, dimakan mabuk dibuang sayang
B umpama ayam menetas anak itik, anaknya ke air juga
C umpama jari di tangan, ada bercincin ada tidak
D umpama hendak menepung tidak berbatas

8 Hidup Zakiah _________________kerana selalu mengikut suaminya berpindah kerana tugas.
A umpama kiambang di air, akarnya tidak jejak di bumi
B seperti burung gagak pulang ke benua
C bagai mencurah air ke daun keladi
D laksana kunyit dengan kapur

9 Walaupun Halim tidak didenda kerana mencuri, namun dia berasa malu pada rakan sekelas __________________
A umpama ayam terlepas tangan bau tahi
B seperti gunting makan di hujung
C seperti lintah menghisap darah
D seperti rusa masuk kampung

10 Sejak dahulu lagi kehidupan kami sekeluarga tidak pernah senang ___________, namun kami tidak pernah menyesal dan berputus asa.
A umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul jua
B umpama kayu buruk dek panas, reput dek hujan
C umpama jari di tangan, ada bercincin ada tidak
D umpama hendak menepung tidak berberas

11 Bapa Roza kaya dan mampu memberi apa sahaja kemahuan anaknya, seperti peribahasa ___________________.
A banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam
B ada padi, semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras
C berani kerana benar, takut kerana salah
D berdikit-dikit lama-lama jadi bukit

12 Nasib pekerja di syarikat itu ______________________ apabila syarikat mengalami kerugian yang banyak tahun ini.
A seperti sayur dengan rumput
B seperti abu di atas tunggul
C seperti ular kena palu
D seperti timba buruk

13 Tiada guna menyesali kesilapan yang telah berlaku, sebaliknya belajar supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama lagi.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A umpama nasi sudah menjadi bubur
B bagai bertepuk sebelah tangan
C laksana wau melawan angin
D malu bertanya sesat jalan

14 Walaupun tidak memahami perbualan meraka, Mail tetap mahu menyampuk. Sikapnya itu ________________________
A seperti tikus jatuh di beras
B seperti rusa kena tambat
C seperti tempayan bocor
D bagai buntal kembung

15 Persatuan wanita di kampung itu __________________apabila ketua wanita itu meninggal dunia.
A seperti anak ayam kehilangan ibu
B seperti anai-anai makan kayu
C seperti gergaji dua mata
D bagai air dalam kolam

16 Walaupun Khairil dan Khairul adik-beradik kembar, tetapi mereka selalu bergaduh.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A seperti cincin dengan permata
B seperti bulan dipagar bintang
C seperti anjing dengan kucing
D seperti aur ditarik songsang

17 Semenjak mendapat wang RM 1 juta, Karim banyak bercakap tidak ubah _____________________
A seperti lintah menghisap darah
B bagai bunyi siamang kenyang
C seperti kerbau dicucuk hidung
D seperti kera mendapat bunga

18 Hati Mila __________________apabila mendengar kata-kata makian dari kakaknya.
A bagai dihiris dengan sembilu
B seperti bulan kesiangan hari
C seperti cacing kepanasan]
D seperti lipas kudung

19 Pembesar negara itu sering menghabiskan masanya melawat rakyat jelata. Beliau amat prihatin dengan masalah rakyat.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A umpama tidak tahu menari dikatakan langit tinggi rendah
B umpama ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya
C umpama seikat bagai sirih, serumpun bagai serai
D umpama tiada sakit makan ubat

20 Pelawaan Kamisah supaya kami bermalam di rumahnya semasa berkunjung ke Sabah tidak disia-siakan begitu sahaja.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A bagai orang mengantuk disorong bantal
B bagai menahan jerat di pergentingan
C umpama nasi sudah menjadi bubur
D seperti pelanduk dua serupa

21 Encik Leman ___________________apabila dapat memperisterikan wanita yang sangat jelita.
A bagai gagak menggongong telur
B bagai kelip-kelip terbang malam
C bagai kacang melupakan kulit
D bagai kacang direbus

22 Peragut yang baru sahaja meragut beg tangan seorang wanita telah dilanggar oleh sebuah kereta dan mati di tempat kejadian.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan
B bagaimana rupa begitulah bayangnya
C ayam terlepas tangan bau tahi
D air digenggam tiada tiris

23 Penduduk Taman Cahaya itu masih mengamalkan semangat gotong-royong dan bermuafakat untuk menyelesaikan sebarang pekerjaan.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A seikat bagai sirih, serumpun bagai serai
B sebab nila setitik rosak susu sebelanga
C seperti anak bayam kehilangan ibu
D seperti anjing berebut tulang

24 Pemuda-pemuda di kampung itu takut untuk menganggu Rina kerana sikapnya yang sangat bengis ___________________
A bagai bunyi siamang kenyang
B bagai harimau beranak muda
C bagai bulan dipagari bintang
D bagai buntal kembung

25 Ketika kecil, keluarga Shane dibantu oleh Puan Shanty kerana kesempitan hidup, namun beliau dikhianati pula apabila Shane semakin dewasa dan boleh mencari wang sendiri.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A mati semut kerana gula
B susu dibalas tuba
C hidup dua muara
D talam dua muka

26 Rahim kecewa dengan sikap kakaknya yang selalu bercerita tentang masalah yang dihadapi mereka sekeluarga kepada rakan-rakannya.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri
B menahan jerat di pergentingan
C malu bertanya sesat jalan
D mati semut kerana angin

27 Malik ______________________apabila dia memenangi pertandingan teka silang kata di dalam akhbar itu.
A bagai dihiris dengan sembilu
B bagai bunyi cempedak jatuh
C bagai ayam kena tungau
D bagai kacang direbus

28 Lisa menjerit ____________________kerana terkejut melihat adiknya yang memakai topeng hantu.
A bagai bunyi cempedak jatuh
B bagai ayam kena tungau
C bagai kambing dijunjung
D bagai kacang direndang

29 Kakak mengemasakan rumah sambil tidak henti-henti membebbel _________________kepada adik yang tidak mahu membantunya.
A bagai menghitung bulu kambing
B bagai harimau beranak muda
C bagai bunyi cempedak jatuh
D bagai keli kena ketuk

30 Kata-kata wanita itu memang manis kerana dia cuba menyembunyikan niat jahatnya.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A buang yang keruh ambil yang jernih
B biar putih tulang jangan putih mata
C bertanam tebu di bibir mulut
D diberi bertis hendak paha

31 Dato' Lim kecewa dengan kontraktor yang diamanahkan mengubah suai rumahnya kerana pekerjaan yang dibuatnya tidak sempurna.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A bagai mencurah air ke daun keladi
B bagai melepaskan batuk di tangga
C bagai kucing kehilangan anak
D bagai kumbang putus tali

32 Maziah hanya melakukan sesuatu kerja apabila disuruh oleh majikannya.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A bagai panas mengandung hujan
B bagai pelita kehabisan minyak
C bagai sirih pulang ke gagang
D bagai pahat dengan penukul

33 Saiful memenangi sebuah kereta dalam pertandingan nyanyian itu tetapi malangnya dia tiada lesen memandu.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A bagai si kudung mendapat cincin
B bagai panas mengandung hujan
C bagai menumbuk padi hampa
D bagai murai tercabut ekor

34 Dia bersungguh-sungguh membaiki kereta yang rosak itu, tetapi akhirnya kereta itu bertambah rosak.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A bagai membilang bulu kambing
B bagai telur di hujung tanduk
C bagai tikus membaiki labu
D bagai wau putus tali

35 Murid – murid itu bersungguh-sungguh mengusahakan taman sains di sekolah mereka.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A seperti anak ayam kehilangan ibu
B seperti anai-anai makan kayu
C seperti anjing dengan kucing
D seperti api di dalam sekam

36 Mona tidak berhenti-henti bercerita mengenai percutiannya ke Jakarta.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A seperti anjing berebut tulang
B seperti batu jatuh ke lubuk
C seperti ayam berak kapur
D seperti ayam berak kapur

37 Peter tidak duduk diam di luar wad semasa menanti isterinya bersalin di hospital.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A seperti cincin dengan permata
B seperti ikan di dlaam belat
C seperti cicak berak kapur
D seperti duduk dalam duri

38 Rupa-rupanya Pak Johan itu bekas jaguh badminton negara. Tiada siapa yang sedar kerana dia begitu merendah diri.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A seperti harimau menyembunyikan kukunya
B seperti kaca terhempas ke batu
C seperti bunyi gong pecah
D seperti gergaji dua mata

39 Sarah tidak pernah membantah suruhan Farah. Dia mengikut sahaja kemahuan kawannya itu.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A seperti lintah menghisap darah
B seperti melukut di tepi gantang
C seperti kerbau dicucuk hidung
D seperti langit dengan bumi

40 Siew Lan menjaga anak tunggalnya dengan penuh kasih sayang.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A bagai menatang minyak yang penuh
B bagai mentimun dengan durian
C bagai melukut di tepi gantang
D bagai langau di ekor gajah


Jawapan
1D
2A
3D
4D
5C
6B
7B
8A
9A
10B
11B
12B
13A
14C
15A
16C
17B
18A
19B
20A
21A
22C
23A
24B
25B
26A
27D
28D
29D
30C
31B
32D
33A
34C
35B
36D
37D
38A
39C

40A

Latihan sistem bahasa 26- Soalan-soalan Perumpamaan

Latihan sistem bahasa 26- Soalan-soalan Perumpamaan

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Sejak kematian kedua-dua ibu bapanya, Zamani ___________________kerana dia masih bersedih atas kehilangan itu.
A bagai panas mengandung hujan
B bagai pelita kehabisan minyak
C bagai pahat dengan penukul
D bagai murai tercabut ekor

2 Budak nakal itu _____________, tidak disukai rakan sekelasnya kerana dia selalu mencuri.
A bagai ayam disambar helang
B bagai sirih pulang ke gagang
C bagai pucuk pisang didiang
D bagai anjing buruk kepala

3 “Lebih baik kamu diam dan jangan manyanyi lagi kerana suara kamu ________________, “ kata Puan Lili kepada anaknya.
A bagai pahat dengan penukul
B bagai telur di hujung tanduk
C bagai tikus membaiki labu
D bagai perian pecah

4 Budak-budak itu lari bertempiaran ______________ apabila ternampak harimau semasa mencari burung di hutan.
A laksana burung diam dalam sangkar
B laksana kunyit dengan kapur
C laksana katak diharung ular
D laksana batik lasam

5 Kami amat menghormati Puan Liya yang tenang ___________________dalam menghadapi ujian hidup.
A seperti anak ayam kehilangan ibu
B seperti anai-anai makan layu
C seperti hujan jatuh ke pasir
D seperti air di dalam kolam

6 Anak - anak angkat Datuk Ong sanggup melakukan apa sahaja asalkan mereka dapat mewarisi harta yang bukan milik mereka. Sikap mereka ______________tidak patut dicontohi.
A seperti anjing dengan kucing
B seperti anjing berebut tulang
C seperti cicak makan kapur
D seperti air di dalam kolam

7 Apa sahaja perniagaan yang diusahakan olehnya, semuanya ____________
A bagai nakhoda kasap, hujung hilang pangkal lesap
B bagai si kudung mendapat cincin
C bagai pelita kehabisan minyak
D bagai perian pecah

8 Pekerja itu ______________________apabila membocorkan rahsia syarikat kepada orang luar.
A seperti aur ditarik songsang
B seperti ayam berak kapur
C seperti api dalam sekam
D seperti bertih goreng

9 Penjenayah itu ____________________apabila memukul lawannya bertubi-tubi tanpa belas kasihan.
A bagai dihiris dengan sembilu
B bagai harimau kelaparan
C bagai itik pulang petang
D bagai isi dengan kuku

10 Kedudukan Presiden Libya itu __________________ kerana seluruh rakyatnya memberontak mendesak beliau meletak jawatan.
A bagai kambing dihalau ke air
B bagai telur di hujung tanduk
C bagai tikus membaiki labu
D bagai haruan makan anak

11 Walaupun sudah lama menetap di luar negara, namun Wong Hang pulang ke kampung jua ________________________.
A seperti burung gagak pulang ke benua
B seperti kaca terhempas ke batu
C seperti cicak makan kapur
D seperti ikan makan belat

12 Persahatan Amin dan Selva _______________________, mereka sentiasa bersama-sama sehingga melanjutkan pelajaran di universiti.
A bagai beliung dengan asahan
B bagai badak berendam
C bagai aur di atas bukit
D bagai air itik ke batu

13 Ketua yang baru dilantik itu _________________________, beliau akan menaikkan pangkat pekerja yang selalu memujinya.
A bagai bajak wangkang makan diangkat
B bagai abu di atas tunggul
C bagai aur di atas bukit
D bagai air titik ke batu

14 Wajah pesakit barah itu sentiasa pucat dan tidak bermaya ____________________
A bagai ayam berak kapur
B bagai ayam mabuk mati
C bagai aur di atas bukit
D bagai isi dengan kuku

15 Doni ________________________________apabila rakan sekelasnya berbual-bual tentang duit mereka yang hilang.
A seperti gunting makan di hujung
B seperti kera mendapat bunga
C seperti cacing kepanasan
D seperti udang direbus

16 Sakinah menjerit ____________________apabila ternampak kelibat putih di sebalik pokok itu.
A bagai ayam mengeram telur
B bagai bunyi cempedak jatuh
C bagai kambing dijunjung
D bagai air titik ke batu

17 Ketua kampung itu berhati-hati menuturkan kata dalam mesyuarat itu ______________ supaya semua pihak berpuas hati.
A bagai menarik rambut dalam tepung
B bagai mencurah air ke daun keladi
C bagai mendukung biawak hidup
D bagai kucing kehilangan anak

18 Kasih ibu tiri Sofia __________________kerana dia ditinggalkan selepas bapanya meninggal dunia.
A seperti embun di hujung rumput
B seperti cincin dengan permata
C seperti ikan di dalam belat
D seperti duduk dalam duri

19 Ah Seng ____________________apabila emminta komisen daripada orang yang dibantunya, sedangkan dia menerima gaji tetap.
A seperti gunting makan di hujung
B seperti kaca terhempas ke batu
C seperti cacing kepanasan
D seperti gergaji dua mata

20 Cindy ialah contoh pekerja yang rajin. Dia __________________dan telah dinaikkan pangkat kerana kerajinannya itu.
A seperti gunting makan di hujung
B seperti cincin dengan permata
C seperti ikan di dalam belat
D seperti gergaji dua mata

21 Tidak ada gunanya menasiahti budak yang degil itu. Usaha kita __________________sahaja sedangkan nasihat yang diberi tidak dipedulikan.
A seperti embun di hujung rumput
B seperti hujan jatuh ke pasir
C seperti api dalam sekam
D seperti ikan kena tuba

22 Pak Amat berasa sungguh letih selepas seharian membanting tulang di sawah. Dia _________________apatah lagi sering demam-demam.
A seperti ikan di dalam belat
B seperti duduk dalam duri
C seperti gergaji dua mata
D seperti ikan kena tuba

23 Joo Kee _________________________ apabila dihadiahi sebuah motosikal sedangkan dia tidak pandai menunggang basikal.
A seperti gunting makan di hujung
B seperti kera mendapat bunga
C seperti hujan jatuh ke pasir
D seperti ikan kena tuba

24 Penduduk kampung merungut kerana peniaga itu menaikkan harga barang sesuka hati. Sikap peniaga ________________ itu menyusahkan penduduk kampung.
A seperti lintah menghisap darah
B seperti cincin dengan permat
C seperti cicak makan kapur
D seperti ikan kena tuba

25 Sikap Mena yang menghalau Kak Siti yang membantunya sewaktu susah itu__________________
A seperti api dalam sekam
B bagai susu di balas tuba
C seperti abu di atas tunggul
D seperti anak ayam kehilangan ibu

26 Tugas yang dilakukan oleh Amin itu ________________, tiada apa-apa pun yang dia dapat, melainkan letih sahaja.
A laksana katak, hujan sedikit banyak bermain
B laksana mencari sungai yang tiada berhulu
C laksana wau melawan angin
D laksana lembu kasi

27 Pekerja pembinaan itu bertungkus lumus menyiapkan bangunan pencakar langit itu ________________
A seperti anai-anai makan lagu
B seperti anjing berebut tulang
C seperti Belanda minta tanah
D seperti bertih goreng

28 Mukanya merah padam ____________________ apabila mendengar kata-kata adik yang sungguh menyakitkan hati itu.
A seperti bunga raya kembang pagi
B seperti kaca terhempas ke batu
C seperti cincin dengan permata
D seperti cicak makan dapur

29 Emak bukan sengaja memukul atau memarahi kamu, tapi sekadar mendidik _____________
A seperti ayam mematuk anaknya
B seperti bulan dengan matahari
C seperti bulan dipagari bintang
D seperti bertih goreng

30 Shakira berasa dirinya tidak berharga lagi, ________________________apabila sering sahaja dipulaukan oleh orang kampungnya.
A seperti mentimun dengan durian
B seperti pungguk rindukan bulan
C seperti melukut di tepi gantang
D seperti orang mabuk gadung

31 Saya terpaksa berhenti sekolah kerana ayah saya tidak mampu membayar yuran sekolah kerana hidup kami __________________
A seperti ayam kais pagi, makan pagi, kais petang makan petang
B seperti abu di atas tunggul, datang angin terbanglah dia
C seperti harimau menyembunyikan kukunya
D seperti cincin dengan permata

32 Encik John suka bekerja dengan Jenny yang sering akur akan perintahnya ___________________
A seperti mentimun dengan durian
B seperti melukut di tepi gantang
C seperti langau di ekor gajah
D seperti lipas kudung

33 Damia diminta memutuskan hubungan dengan kekasihnya yang kaya-raya kerana mereka ___________________.
A seperti lintah menghisap darah
B seperti rusa masuk kampung
C seperti orang mabuk gadung
D seperti langit dengan bumi

34 Sejak memenangi pertandingan nyanyian itu, Wani ___________________, dikenali ramai dan sentiasa sibuk.
A seperti pungguk rindukan bulan
B seperti kerbau dicucuk hidung
C seperti tikus jatuh di beras
D seperti sampah hanyut

35 Raju ________________apabila dia bertemu semula dengan ibu bapa kandungnya yang kaya-raya itu.
A seperti menatang minyak yang penuh
B seperti si buta mendapat tongkat
C seperti lintah menghisap darah
D seperti langit dengan bumi

36 Kita cuma boleh bersabar apabila berhadapan dengan orang kaya yang sombong itu. Kita lemah __________________, tidak berdaya menentangnya.
A seperti mentimun dengan durian
B seperti kerbau dicucuk hidung
C seperti kera mendapat bunga
D seperti ikan kena tuba

37 Puspa ___________________ semas pertama kali menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur.
A seperti rusa masuk ke kampung
B seperti hujan jatuh ke pasir
C seperti gergaji dua mata
D seperti ular kena palu

38 Zali berasa pening selepas melalui jalan yang bengkang-bengkok _______________itu.
A seperti rumput di tepi jalan
B seperti sampah hanyut
C seperti pacat kenyang
D seperti ular kena palu

39 Rakyat di negara yang bergolak itu _____________________apabila pemimpin utama mereka digulingkan dalam satu rampasan kuasa.
A seperti harimau
B seperti anak ayam kehilangan ibu
C seperti anai-anai makan kayu
D seperti kera mendapat bunga

40 Hati Paula pilu _____________________apabila anak tunggalnya mengambil keputusan untuk berhijrah ke luar negara.
A seperti kaca terhempas ke batu
B seperti cincin dengan permata
C seperti bunyi gong pecah
D seperti gergaji dua mata


Jawapan
1A
2D
3D
4C
5D
6B
7A
8C
9B
10B
11A
12A
13A
14A
15C
16C
17A
18A
19D
20A
21A
22D
23B
24A
25B
26C
27A
28A
29A
30C
31A
32C
33D
34C
35B
36A
37A
38D
39B
40A


Latihan sistem bahasa 25- Soalan-soalan Perumpamaan

Latihan sistem bahasa 25- Soalan-soalan Perumpamaan

Isi tempat kosong denga jawapan yang paling sesuai.

1 Dato' Lim kecewa dengan kontraktor yang diamanahkan mengubah suai rumahnya kerana pekerjaan yang dibuatnya tidak sempurna.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A bagai mencurah air ke daun keladi
B bagai melepaskan batuk di tangga
C bagai kucing kehilangan anak
D bagai kumbang putus tali

2 Maziah hanya melakukan sesuatu kerja apabila disuruh oleh majikannya.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A bagai panas mengandung hujan
B bagai pelita kehabisan minyak
C bagai sirih pulang ke gagang
D bagai pahat dengan penukul

3 Saiful memenangi sebuah kereta dalam pertandingan nyanyian itu tetapi malangnya dia tiada lesen memandu.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A bagai si kudung mendapat cincin
B bagai panas mengandung hujan
C bagai menumbuk padi hampa
D bagai murai tercabut ekor

4 Dia bersungguh-sungguh membaiki kereta yang rosak itu, tetapi akhirnya kereta itu bertambah rosak.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A bagai membilang bulu kambing
B bagai telur di hujung tanduk
C bagai tikus membaiki labu
D bagai wau putus tali

5 Murid – murid itu bersungguh-sungguh mengusahakan taman sains di sekolah mereka.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A seperti anak ayam kehilangan ibu
B seperti anai-anai makan kayu
C seperti anjing dengan kucing
D seperti api di dalam sekam

6 Mona tidak berhenti-henti bercerita mengenai percutiannya ke Jakarta.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A seperti anjing berebut tulang
B seperti batu jatuh ke lubuk
C seperti ayam berak kapur
D seperti ayam berak kapur

7 Peter tidak duduk diam di luar wad semasa menanti isterinya bersalin di hospital.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A seperti cincin dengan permata
B seperti ikan di dlaam belat
C seperti cicak berak kapur
D seperti duduk dalam duri

8 Rupa-rupanya Pak Johan itu bekas jaguh badminton negara. Tiada siapa yang sedar kerana dia begitu merendah diri.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A seperti harimau menyembunyikan kukunya
B seperti kaca terhempas ke batu
C seperti bunyi gong pecah
D seperti gergaji dua mata

9 Sarah tidak pernah membantah suruhan Farah. Dia mengikut sahaja kemahuan kawannya itu.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A seperti lintah menghisap darah
B seperti melukut di tepi gantang
C seperti kerbau dicucuk hidung
D seperti langit dengan bumi

10 Siew Lan menjaga anak tunggalnya dengan penuh kasih sayang.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A bagai menatang minyak yang penuh
B bagai mentimun dengan durian
C bagai melukut di tepi gantang
D bagai langau di ekor gajah

11 Walaupun baru pertama kali bertemu, kami mudah mesra dan seperti pernah berkenalan suatu masa dahulu.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A laksana katak, sedikit hujan banyak bermain
B laksana asam dengan garam
C laksana kunyit dengan kapur
D laksana batik lasam

12 Walaupun sepuluh tahun telah berlalu, namun Puan Laila masih menunggu kepulangan anaknya yang sudah meninggal dunia itu di stesen kereta api.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A laksana mencari sungai yang tiada berhulu
B laksana asam dengan garam
C laksana wau melawan angin
D laksana lembu kasi

13 Ketika berjalan di tepi sungai, Lily tergelincir lalu jatuh ke dalam sungai ____________
A bagai ayam dimakan tunggu
B bagai bunyi cempedak jatuh
C bagai aur dengan tebing
D bagai air titik ke batu

14 Alif dan Anas ______________kerana mereka mempunyai banyak minat yang sama.
A bagai beliung dengan asahan
B bagai dakwat denga kertas
C bagai bulan jatuh ke riba
D bagai badak berendam

15 Kehidupan saya _______________semasa tinggal bersama bapa dan adik-beradik tiri.
A bagai kambing dihalau ke air
B bagai duri dalam daging
C bagai itik pulang petang
D bagai denai gajah lalu

16 Atikah ________________apabila menghalau rakan serumah yang banyak membantunya selama ini.
A bagai mendukung biawak hidup
B bagai kacang melupakan kulit
C bagai kucing kehilangan anak
D bagai kera mendapat bunga

17 Walaupun masih muda, Sizwan sudah bergelar Profesor dan sering dijemput memberi ceramah di seluruh Malaysia.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul jua
B umpama kiambang di air, akar tidak jejak di bumi
C umpama kayu buruk dek panas, reput dek hujan
D umpama jari di tangan , ada bercincin ada tidak

18 Lee Ping yang pantas berlari ___________________telah menenangi acara lari 100 meter.
A bagai melepaskan anjing tersepit
B bagai kumbang putus tali
C bagai keli kena ketuk
D bagai lipas kudung

19 Nuri dan adiknya _____________________apabila melihat ayah mereka yang garang itu.
A bagai melepaskan batuk di tangga
B bagai mendukung biawak hidup
C bagai kucing dibawakan lidi
D bagai keli kena batuk

20 Kasih sayang yang dibina oleh Kamal dan Kamelia berakhir jua. Mereka berpisah setelah sepuluh tahun berkahwin.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A umpama pucuk dengan umbut, tiada lauk baru dibaham
B umpama pisau di tangan kanan, timun di tangan kiri
C umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul jua
D umpama bunga sedap depakai, layu dibuang

21 nasib Irfan ____________________apabila kakaknya pula meninggal dunia dalam kemalangan yang telah meragut nyawa kedua-dua orang tuanya.
A bagai ayam disambar helang'
B bagai anjing buruk kepala
C bagai berkain tiga hasta
D bagai ayam mabuk tahi

22 Mangsa bot karam itu hanya berserah kepada takdir ____________________
A bagai ayam dibawa ke kepuk
B bagai abu di atas tunggul
C bagai aur di atas bukit
D bagai air titik di batu

23 Kamarul sungguh bertuah kerana berkahwin dengan Elaira yang cantik dn pandai memasak itu_________________________
A bagai bertepuk sebelah tangan
B bagai bulan jatuh ke riba
C bagai bulan empat belas
D bagai bulan kesiangan

24 Hati Farah ______________apabila melihat ibunya bersusah payah bekerja untuk menyara keluarga.
A bagai dihiris dengan sembilu
B bagai hempedu lekat di hati
C bagai duri dalam daging
D bagai denai gajah lalu

25 Hidup Lim yang _________________berubah sejak dia bersekolah dan mula bergaul dengan kawan-kawan sekelasnya.
A seperti gagak menggonggong telur
B seperti katak di bawah tempurung
C seperti haruan makan anak
D seperti isi dengan kuku

26 Mak Lah dan Pak Jak tidak mahu tinggal di bandar bersama anaknya kerana masyarakat di bandar ___________________
A bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
B bagai bulan penuh mengambang di kaki awan
C bagai kambing di halau ke air
D bagai anjing buruk kepala

27 Penghuni rumah di tebing sungai itu mula bimbang ____________________apabila hujan turun tanpa henti sejak tiga hari yang lalu.
A bagai gagak menggonggong telur
B bagai katak di bawah tempurung
C bagai berumah di tepi tebing
D bagai bulan kesiangan

28 Walaupun menasihati Peter __________________, namun ibunya sentiasa mendoakan agar anaknya itu akan berubah suatu hari nanti.
A bagai mencurah air ke daun keladi
B bagai menghitung bulu kambing
C bagai kera mendapat bunga
D bagai keli kena ketuk

29 Tidak guna membantu orang yang tidak mengenang budi seperti Naim yang ________________
A bagai melepaskan batuk di tangga
B bagai melepaskan anjing tersepit
C bagai menghitung bulu kambing
D bagai keli kena ketuk

30 Hidup Mak Timah _________________apabila terpaksa menanggung hidup anaknya menagih dadah itu.
A bagai mendukung biawak hidup
B bagai kucing kehilangan anak
C bagai kumbang putus tali
D bagai mencincang air

31 Pertukaran Amin ke Desa Jaya __________________ itu amat menggembirakan kedua-dua orang tuanya.
A bagai sirih pulang ke gagang
B bagai pahat dengan penukul
C bagai pucuk pisang didiang
D bagai pinang dibelah dua

32 Suara wanita memecah sunyi pagi di rumah Sarah __________________. Suasana bising itu datang apabila Mila dn Mira bercerita tentang sesuatu perkara.
A bagai pelita kehabisan minyak
B bagai menumbuk padi hampa
C bagai murai tercabut ekor
D bagai mencencang air

33 Tumin seorang pekerja yang berdedikasi dan rajin _____________.
A bagai katak di bawah tempurung
B bagai lebah menghimpun madu
C bagai melepas batuk di tangga
D bagai pelita kehabisan minyak

34 Sejak diberhentikan kerja di Syarikat itu akibat kegawatan ekonomi, Musa selalu dalam kesedihan ____________.
A bagai panas mengandung hujan
B bagai bertepuk sebelah tangan
C bagai layang-layang putus tali
D bagai telur di hujung tanduk

35 Encik Badri dan Puan Aida berjalan mundar-mandir ______________ semasa menunggu doktor merawat anak mereka yang kemalangan itu.
A bagai mencurah air ke daun keladi
B bagai melepskan batuk di tangga
C bagai kelip-kelip terbang malam
D bagai kucing kehilangan anak

36 Wong dan David tidak setuju dengan hukuman yang dibuat oleh ibu mereka yang dianggap_______________________
A bagai pahat dengan penukul
B bagai limau masam sebelah
C bagai kucing dibawakan lidi
D bagai membelah betung

37 Amer _____________________apabila cintanya tidak pernah dihiraukan oleh Anjali.
A bagai cembul dengan tutupnya
B bagai bertepuk sebelah tangan
C bagai berumah di tepi tebing
D bagai duri dalam daging

38 Apabila waktu petang, jalan raya itu sesak kerana pekerja-pekerja kilang pulang ke destinasi masing-masing_______________
A bagai katak di bawah tempurung
B bagai harimau kelaparan
C bagai itik pulang petang
D bagai isi dengan kuku

39 Pasangan penggantin di atas pelamin itu sama cantik dan sama padan ____________
A seperti sirih pulang ke gagang
B seperti rasa batang pisang
C seperti pinang dibelah dua
D seperti kumbang putus tali

40 Hidup Zakuan ______________________kerana tidak dibenarkan keluar rumah oleh ibu dan ayahnya.
A laksana burung diam dalam sangkar
B laksana kunyit dengan kapur
C laksana asam dengan garam
D laksana lembu kasi

Jawapan
1B
2D
3A
4C
5B
6D
7D
8A
9C
10A
11C
12A
13B
14A
15B
16B
17A
18D
19C
20D
21A
22D
23B
24A
25B
26A
27C
28A
29B
30A
31A
32C
33B
34C
35D
36B
37B
38C
39C
40A