Latihan Sistem Bahasa 17-Soalan Kata Ganda Separa

Latihan Sistem Bahasa 17-Soalan Kata Ganda Separa

Latihan Berformat UPSR ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman dan kemahiran murid-murid dalam soalan kata ganda separa

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Encik Adian memelihara beberapa ekor _____ yang diimport dari luar negara.
A bebawang C bebola
B bebuluh D bebiri

2 Syakir membantu ayahnya membersihkan sarang _____ yang melekat di siling rumah.
A lelabah C lelangit
B kekuda D lelabi

3 Ibu memotong _______ ikan itu kepada empat bahagian supaya mudah dimakan.
A dedaun C dedalu
B bebola D cecair

4 Ibu menyusun pinggan mangkuk di atas ______ supaya kelihatan kemas.
A sesendal C lelangit
B kekuda D pepara

5 Kain songket yang ditenun dengan _______ emas itu menarik perhatian sesiapa sahaja yang melihatnya.
A bebenang C bebola
B kekabu D deduit

6 _______ saya berasa pedih setelah makan buah nanas yang masam itu.
A Lelangit C Jejentik
B Sesiku D Jejari

7 Saya kagum melihat _____ milik peserta dari Kelantan yang kreatif dan dapat terbang tinggi itu.
A lelayang C kekuda
B tetikus D lelangit

8 ______ ialah sejenis reptilia yang bercangkerang keras seperti kura-kura.
A Lelabah C Rerama
B Jejentik D Lelabi

9 Pejalan kaki dinasihatkan supaya menggunakan _______ untuk melintas jalan.
A jejantas C kekuda
B bebola D jejari

10 Bunyi muzik yang terlalu kuat itu amat menyakitkan ______ telinga saya.
A gegendang C bebola
B kekunci D jejari

11 Doktor Chandran memberi adik ubat demam dalam bentuk ______.
A bebenang C cecair
B bebotol D jejari

12 Anida memasukan ______ kering yang disapunya ke dalam tong sampah.
A rerambut C dedaun
B pepohon D bebola

13 Pokok ______ ialah sejenis tumbuhan yang menjalar pada pokok.
A pepohon C deduit
B kekabu D lelabu

14 Danish membuang plastik sampah yang tersangkut pada _______ basikalnya.
A kekuda C kekisi
B lelangit D jejari

15 Pembinaan ______ di kampung Ulu Cermai memudahkan para penduduknya untuk ke bandar.
A jejambat C kekuda
B tetulang D pepara

16 Mak Piah membuang semua air yang bertakung di rumahnya untuk mengelakkan _____.
A sesumpah C jejentik
B kekupu D tetikus

17 Ibu memasukkan _______ ke dalam bantal yang sudah nipis itu.
A bebawang C dedaun
B kekabu D bebola

18 Saya akan makan ______ keranan ia dapat membekalkan protein.
A bebawang C tetulang
B kekacang D bebola

19 Adik menekan _______ komputer itu dengan cermat semasa mencari meklumat di internet.
A kekunci C pepara
B kekuda D jejari

20 _______ menyembunyikan dirinya di dalam cangkerang untuk melindungi diri.
A Lelabah C Tetikus
B Kekuda D Kekura

21 Puan Diana dan Encik Fadil gembira kerana ramai ______ yang datang ke majlis ulang tahun perkahwinan mereka.
A tetingkap C kekuda
B kekupu D tetamu

22 Kita mesti menghormati _______ walaupun berlainan bangsa.
A bebayang C tetangga
B tetingkap D tetikus

23 Swee lan lebih gemar menggunakan _______ berbanding pad sentuh apabila mencari maklumat di internet.
A tetingkap C tetikus
B kekuda D sesiku

24 Pak Leman menggunakan _______ untuk mengukur sudut tepat meja yang dibuatnya.
A kekuda C kekisi
B sesiku D jejari

25 Adik meliaht _______nya di permukaan air yang jernih itu.
A bebayang C bebola
B gegelang D jejari

26 Jurugambar itu mengambil gambar ______ yang sedang hinggap di atas sekuntum bunga.
A lelayang C lelangit
B kekupu D tetikus

27 Bukan sahaja kaum _____, kaum wanita juga layak menjadi pemimpin.
A tetamu C jejala
B kekisi D lelaki

28 _____ mawar yang berwarna-warni menghiasi pentas Anugerah Pelajar Cemerlang itu.
A Bebayang C Bebunga
B Pepohon D Dedaun

29 Ahli gimrama itu menggunakan rotan semasa membuat persembahan.
A gegelang C rerumput
B gegelung D kekuda

30 ______ ialah sejenis haiwan yang boleh bertukar-tukar warna badannya mengikut keadaan persekitaran.
A Sesumpah C Rerama
B Jejentik D Tetikus

31 Bunga _____ juga dikenali dengan nama bunga siantan.
A jejarum C dedaun
B pepohon D rerama

32 Bumbung akan dipasang apabila ______ rumah itu siap dibina.
A sesendal C sesiku
B tetulang D kekisi

33 ______, Jason akan bertandang ke rumah saya jika dia ada masa lapang.
A Sesetengah C Sesiapa
B Sesekali D Sesia

34 Bunyi ______ semakin jelas kedengaran apabila kami hampir tiba di puncak gunung itu.
A gegendang C jejarum
B sesungut D reriang

35 Adira meletakkan _______ yang diperbuat daripada getah pada pintu itu supaya tidak bergerak.
A sesendal C kekuda
B sesungut D kekisi

36 ______ sahaja dia meolong orang yang tidak tahu berterima kasih itu.
A Sesiapa C Reriang
B Sia-sia D Sesia

37 ______ pun akan marah jika rakyat negara luar mencemuh negara.
A Sesetengah C Sesiapa
B Sesekali D Sesia

38 Rama-rama, lipas dan siput adalah antara haiwan yang mempunyai ______.
A gegendang C rerambut
B sesungut D jejari

39 Orang asli itu menggunakan _______ untuk memburu haiwan.
A sesumpah C sesumpit
B sesendal D kekuda

40 Pak seman terlantar di hospital kerana menghidap penyakit ______ berair.
A peparu C sesiku
B jejari D rerambut

Jawapan:
1D
2 A
3B
4D
5A
6A
7A
8D
9A
10A
11C
12C
13C
14D
15A
16C
17B
18B
19A
20D
21D
22C
23C
24B
25A
26B
27D
28C
29B
30A
31A
32B
33B
34D
35A
36D
37C
38B
39C
40A