Latihan sistem bahasa 1-Soalan Kata Sinonim- Kata Erti

Latihan sistem bahasa 1-Soalan Kata Sinonim- Kata Erti

Latihan ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan dan kemahiran murid-murid sekolah jenis Kebangsaan dalam kata-kata sinonim Bahasa Melayu KBSR

Pilih perkataan seerti bagi perkataan bergaris.

1 Kawasan rumah Mei Mei berubah sejak pokok bunga yang ditanam olehnya layu kerana tidak disiram.
A lesu C kecut
B kuyu D lembut

2 Peter ajak saya ke rumahnya sempena majlis harijadinya sambil kami sekumpulan kawan baik bermain catur.
A arah C ziarah
B suruh D pelawa

3 Kanak-kanak Tadika Krystal itu kelihatan ceria semasa mengambil gambar sempena hari majlis penyampaian hadiah sekolah.
A suka C seronok
B meriah D gembira

4 Pemandangan pada waktu senja di Pulau Ketam sangat indah sehingga membuatkan kami semua masing – masing berat hati untuk balik ke menjamu makan malam walaupun kami sudah lapar.
A bagus C permai
B cantik D harmoni

5 Baju dan seluar yang besar itu yang dihadiah oleh saudara di seberang laut tidak muat dengan badan Ahmad yang kecil.
A padan C sesuai
B cukup D selesa

6 Encik Liew seorang jiran yang baik kerana selalu menolong orang yang dalam kesusahan.
A keperitan C kepayahan
B kepapanan D kesenangan

7 Pak Abu memberi amaran kepada Ali yang suka mencuri buah mangga di kebunnya.
A ugutan C teguran
B nasihat D peringatan

8 Guru Besar Sekolah Mekar memuji semua murid yang terlibat dalam aktiviti yang dianjurkan sepanjang Minggu Bahasa kerana ia berjalan dengan lancar.
A kerja C Projek
B Tugas D Program

9 Pelbagai acara diadakan di sekolah sempena menyambut hari kebangsaan.
A agenda C rencana
B aturcara D rancangan

10 Encik Ahmad berjalan-jalan bersama dengan keluarganya sambil menghirup udara yang nyaman di Taman Mewah.
A elok C segar
B tulen D bersih


Jawapan 1C 2D 3D 4B 5C 6C 7D 8D 9D 10C