1. ABU DAJAL : Orang jahat yang suka mengganggu orang lain.
2. ABU JAHAL : Orang yang suka membuat kacau dan mengganggu sesuatu kerja baik.
3. ABU NAWAS : Orang yang pandai melepaskan diri dari sebarang bencana dengan helah akalnya jua.
4. ADA ANGIN : Orang yang mempunyai sikap yang tidak tetap.
5. ADA HATI : Menaruh keinginan kepada sesuatu.
6. AIR MUKA : Maruah atau rupa seseorang.
7. AJAK-AJAK AYAM : Ajakan tanpa kesungguhan.
8. ALAS CAKAP : i) Penjelasan yang dibuat bagi menguatkan sesuatu kenyataan.
ii) Percakapan yang tertertib.
9. ALAS PERUT : i) Makan sedikit supaya tidak lapar.
ii) Sarapan pagi.
10. ALIM KUCING : Orang yang berpura-pura baik.
11. AMBIL ADA : Kerja yang dibuat dengan tidak bersungguh-sungguh.
12. AMBIL ANGIN : Bersiar-siar di tempat yang nyaman udaranya.
13. AMBIL BERAT : Beri perhatian.
14.AMBIL HATI : i) Menarik perhatian seseorang supaya yakin kepadanya.
ii) perubahan sikap kerana perasaan tersinggung.
15. ANAK ANGKAT : Anak orang lain yang diambil dan dijadikan anak sendiri.
16. ANAK BAPA : Seseorang yang berani atau handal.
17. ANAK BUAH : Orang yang termasuk di dalam satu keluarga atau kumpulan.
18. ANAK BULAN : Bulan baru; satu haribulan hijrah.
19. ANAK DARA : Anak perempuan yang belum kahwin ; gadis.
20. ANAK EMAS : Anak yang sangat disayangi.
21. ANAK GAMBING : Anak yang tidak tentu bapa.
22. ANAK JANTAN : Orang berani.
23. ANAK KANDUNG : Anak Sendiri.
24. ANAK KAPAL : Kelasi-kelasi sebuah kapal.
25. ANAK MATA : Bulatan di tengah mata.
26. ANAK NEGERI : Rakyat sebuah negeri.
27.ANAK SUNGAI : Sungai kecil yang mengalir ke dalam sebuah sungai yang lebih besar.
28. ANAK TANGGA : Tempat berpijak pada sesebuah tangga.
29. ANAK TIRI : Bukan anak kandung ; seorang anak yang kematian ayah atau ibunya, kemudian ibu atau ayahnya itu berkahwin lain. Anak itu akan menjadi anak tiri kepada ayah atau ibunya yang baru itu.
30. ANAK TUT : Anak orang lain dipelihara seperti anak sebenar.
31. ANAK YATIM : Anak yang kematian ayah atau ibunya.
32. ANAK YATIM PIATU: Anak yang sudah kematian ayah dan ibunya dan tidak mempunyai saudara mara.
33. ANGIN-ANGIN : Khabar yang belum dapat dibuktikan.
34. ANGKAT BAKUL : Sifat seseorang yang suka memuji diri sendiri.
35. ANGKAT KAKI : Cabut atau pergi dengan segera.
36. ANGKAT MATA : i) Berani melawan atau menentang.
ii) Selesai dari membuat kerja berat.
37. ANGKAT MUKA : Seseorang yang berperasaan megah dan sombong kerana kelebihan yang diperolehinya.
38. ASAM GARAM : Susah senang dalam kehidupan.
39. ATAS ANGIN : Negeri-negeri di sebelah barat termasuk Asia Barat.
40. ATAS PAGAR : i) berkecuali ; neutral
ii) Tidak masuk campur.
41. AYAM TAMBATAN : Orang harapan dalam sesuatu pertarungan.
42. BAHASA DALAM : Bahasa Istana.
43. BAHASA KESAT : Kata-kata yang kasar.
44. BAHASA PASAR : i) Bahasa yang tidak menurut tatabahasanya.
ii) Bahasa basahan.
45. BANGKAI BERNYAWA: Orang yang tidak berguna.
46. BANYAK LEMAK : Orang yang banyak cerewat.
47. BANYAK MULUT : Suka bercakap, termasuk perkataan yang tidak patut dipercakapkan.
48. BARANG KEMAS : Alat perhiasan perempuan yang berharga seperti emas , intan dan sebagainya.
49. BATU API : Penghasut.
50. BATU LONCATAN : Orang atau tempat yang dijadikan sebagai alat untuk mencapai sesuatu yang lebih tinggi.
51. BAU KACANG : Hubungan persaudaraan yang jauh
52. BAWA KETENGAH : Kemuka atau laporkan kepada pihak yang berkuasa.
53. BAWAH ANGIN : Negara-negara di sebelah timur.
54. BEKAS TANGAN : Hasil usaha seseorang yang masih kekal.
55. BENDERA PUTIH : Tanda kalah.
56. BERAT BADAN : Malas.
57. BERAT MULUT : Malas bercakap.
58. BERAT SEBELAH : Tidak adil ; memihak ke satu pihak sahaja.
59. BERAT TANGAN : Tidak suka menolong orang; malas.
60. BERAT TULANG : Malas berusaha atau malas membuat kerja.
61. BERBULAN MADU : Pengantin baru pergi makan angin.
62. BERGANTI TIKAR : Orang yang kahwin dengan adik isterinya yang sudah meninggal.
63. BERGOLOK BERGADAI : Sanggup berhabisan harta benda kerana hendak mendapatkan hajat yang tertentu.
64. BERI JALAN : Beri petunjuk.
65. BERI MUKA : Beri peluang atau kesempatan yang berlebihan.
66. BERMAIN KAYU TIGA : Orang yang tidak jujur.
67. BERMASAM MUKA : Tidak ada kemesraan antara dua pihak disebabkan oleh perbalahan.
68. BERMUKA-MUKA : Berpura-pura baik terhadap seseorang.
69. BERPALING TADAH : Menukar pendirian lalu memihak kepada musuh.
70. BERPELUK TUBUH : Tiada ambil peduli.
71. BERAKSI KELULUT : Saudara mara dijadikan saksi.
72. BERTALI ARUS : Tak putus-putus orang lalu.
73. BERTEGANG LEHER : Bertengkar.
74. BERTEGANG URAT : Bertengkar.
75. BERTIKAM LIDAH : Berdebat atau berbahas.
76. BESAR DIRI : Bongkak atau sombong.
77. BESAR HATI : Bangga, megah atau gembira.
78. BESAR KEPALA : Keras kepala, bengal, bongkak atau sombong.
79. BIDAN TERJUN : Orang yang disuruh membuat satu pekerjaan dengan tiba-tiba.
80. BINTANG TERBANG : Orang yang nasibnya baik.
81. BODOH-BODOH SEPAT : Pura-pura bodoh.
82. BOLEH TAHAN : Tidak buruk sangat; boleh pakai.
83. BONGKAK SABUT : Bongkak badan yang sedikit sahaja.
84. BONGKAK UDANG : Badan yang bongkok.
85. BUAH FIKIRAN : Pendapat.
86. BUAH HATI : Orang yang dikasihi.
87. BUAH MULUT : Percakapan orang ramai.
88. BUAH PENA : Karya ( tulisan ).
89. BUAH TANGAN : i) Oleh-oleh.
ii) Hasil pekerjaan.
90. BUANG AIR : Kencing atau berak.
91. BUAT BODOH : Berpura-pura macam orang tidak tahu.
92. BUAT DUIT : Berusaha mencari keuntungan.
93. BUAT HELAH : Berdalih.
94. BUAYA DARAT : Penipu; orang yang selalu menunggu peluang yang baik untuk mendapatkan wang daripada orang lain dengan cara menipu.
95. BUDAK MENTAH : Orang yang masih muda umurnya untuk membuat sesuatu pekerjaan.
96. BUDI BAHASA : Kelakuan dan petuturan ( baik atau buruk )
97. BULAT FIKIRAN : Teguh atau tetap fikiran.
98. BUKA TEMBELANG : Mendedahkan rahsia keburukan seseorang.
99. BUKA MATA : Timbul kesedaran.
100. BUKA MAIN : Tersangat ; sungguh.
101. BUKU LIMA : Tinju; penumbuk.
102. BUNGA DEDAP : Perempuan yang rupanya sahaja cantik tetapi perangainya buruk.
103. BUNGA WANG : Faedah yang diperolehi dari wang yang dipinjamkan atau disimpan dalam bank.
104. BURUK MAKAN : Orang yang gelojoh atau lahap makannya.
105. BURUK PENANGAN : Akibat buruk atau tidak baik.
106. BURUK SIKU : Meminta semula yang telah diberi.
107. BUTA HATI : Tidak dapat mengenali di antara baik dengan buruk.
108. BUTA HURUF : Tidak tahu membaca atau menulis.
109. BUTA KAYU : Tiada berpelajaran.
110. BUTA LARANGAN : Tidak dapat melihat jauh.
111. CACING KEPANASAN : Orang yang tidak mahu diam ; gelisah.
112. CAKAP ANGIN : Percakapan yang tidak menentu.
113. CAKAP BESAR : Mengeluarkan cakap yang meninggi dan membesarkan diri sendiri.
114. CAKAR AYAM : Tulisan tangan yang sangat buruk.
115. CANGKUL ANGIN : Melakukan kerja yang sia-sia.
116. CAMPUR TANGAN : Ambil tahu.
117. CARI AKAL : Mencari ikhtiar ; mencari jalan.
118. CARI JALAN : Berikhtiar berbagai-bagai cara.
119. CEPAT TANGAN : Pandai dan suka mencari.
120. CENCARU MAKAN PETANG : Pekerjaan yang lambat tetapi hasilnya memuaskan.
121. CINA BUTA : Muhalil.
122. CURI TULANG : Malas bekerja.
123. DALAM TANGAN : Sudah tentu boleh diperolehi.
124. DAPAT TERPIJAK : Mendapat sesuatu denegan mudah.
125. DARAH DAGING : i) Perangai yang sudah sebati dengan jiwa.
ii) Kaum kerabat yang rapat.
126. DARAH MUDA : Semangat muda.
127. DIAM PENGGALI : Orang bodoh.
128. DIAM UBI : Orang yang berusaha secara senyap.
129. DUIT TEH : Wang sagu hati.
130. DURIAN RUNTUH : Mendapat keuntungan dengan tidak disangka-sangka dan diterima sekaligus.
131. DUNIA TERBAIK : Ganjil.
132. GAJAH GULUNG : Perhiasan sanggul dengan dua untai bunga melati.
133. GAJI BUTA : Gaji yang didapati tanpa bekerja keras.
134. GANTI RUGI : Bayaran yang dibuat kerana sesuatu kerugian atas kerosakan.
135. GELAP HATI : Sukar belajar.
136 .GELAP MATA : Mengamuk atau marah macam orang gila.
137. GELEGAR BULUH : Cakap besar tetapi kosong sahaja.
138. GELI HATI : Rasa hendak ketawa.
139. GENDANG BESAR : Orang yang suka bercakap besar tetapi percakapannya semua kosong.
140. GERGAJI DUA : Orang yang menerima keuntungan dari dua pihak.
141. GERTAK KELING : Ugutan yang tidak serius.
142. GILA BAHASA : Orang yang tidak panjang fikirannya.
143. GOLOK KAYU : Pengetahuan yang tidak mencukupi ; tidak ada gunanya.
144. HARGA DIRI : Moral ; maruah.
145. HARGA POKOK : Modal atau harga belian.
146. HARGA MATI : HARGA TETAP
147. HANCUR HATI : Kecewa.
148. HARI TUA : Masa kita sudah tua dan tidak berdaya.
149. HATI BATU : Bantah ; degil ; tak mendengar cakap.
150. HATI TIKUS : Pengecut ; penakut.