Latihan karangan UPSR Perpatah Melayu

Tulis karangan Perpatah Melayu bertajuk " Ada gula ada semut".

Jawapan:

Sejak dulu lagi Benua Afrika menjadi tumpuan orang asing kerana Benua Afrika merupakan kawasan perlombongan bagi logam -logam seperti berlian, emas, bijih timah dan kuprum.  Pelabur asing dari negara luar seperti British, Amerika datang berpusu-pusu untuk mengaut keuntungan di Benua ini.  Selain hasil dari perlombongan bijih timah, Benua Afrika yang beriklim Khatulistiwa yang membawa banyak hujan sepanjang tahun menghasilkan banyak tananman tropika seperti pisang, betik , getah, padi dan koko.  Berdasarkan dua faktor itu,  banyak peluang pekerjaan diberi kepada penduduk-penduduk setempat dalam bidang perlombongan, pertanian dan pelancongan.  Tenaga buruh dalam mencari hasil lombong.  Banyak bidang tanah dibuka untuk menanam koko.  Penduduk setempat juga digalakkan mencari kerja di hotel-hotel, dan restoran-restoran.  Seterusnya,  ramai orang mendapat rezeki dari aktiviti perlombongan dan pertanian ini.  Sekolah-sekolah dibina.  Rumah-rumah juga dibina.  Hospital dibina.  Semua orang bertumpu di situ sebab mencari kerja.    Perpatah " Ada gula ada semut" diapplikasikan di sini sebab di mana ada peluang baik untuk hidup di situ ramai orang bertumpu.