Latihan ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan murid-murid dalam kemahiran menulis karangan.
Tulis karangan yang bertajuk "Hobi Saya"
Jawapan:
Hobi Saya
Menurut Kamus dewan pelajar, " Hobi" ialah aktivit berfaedah dilakukan
pada masa lapang. Ia juga sebagai satu saluran untuk mengisi masa kita
yang berlebihan dengan sesuatu yang berguna dari segi fizikal, rohani
mahupun emosi. Contohnya, dari segi fizikal, iaitu berkaitan dengan
tubuh badan, kita berjogging selepas waktu sekolah, jadi selain
menyihatkan badan dengan senaman dan mengurangkan berat badan.
Setiap individu mempunyai hobi yang berbeza sebab setiap insan
adalah istimewa oleh ciptaan tuhan yang maha esa. Sepasang adik kembar
tidak semestinya dua-dua suka bermain piano.
Hobi kita juga dipengaruhi oleh rakan di sisi kita. Kawan-kawan yang
gemar membaca akan mendorong kita mengisi masa dengan membaca pelbagai
jenis buku yang menguatkan bahasa kita. Berhati-hati apabila bergaul
sebab kawan yang jahat akan mendorong kita melakukan kejahatan seperti
berjudi, minum arak.
Persekitaran memainkan peranan yang penting dalam membentuk hobi kita.
Pelajar di sekolah cina biasanya suka mengamalkan hobi seperti bermain
bola keranjang. Sekolah menggalakan perpaduan melalui sukan itu selain
menyihatkan badan. Sekolah seperti St. Anthony yang diketahui oleh
paderi gereja pula mementingkan ajaran Agama sebagai asas misi mereka,
jadi murid-murid akan menghadiri gereja semenjak mereka darjah satu.
Selain menambahkan pengetahuan mereka di bidang agama ia juga
menyihatkan rohani murid-murid.