Latihan Karangan KBSR

Tulis sebuah karangan yang bertajuk "Amalan Menabung".
Amalan Menabung

          'Amalan' menurut kamus dewan pelajar ialah kelakuan yang baik dan dijadikan teladan.  Menabung dalam kamus dewan bererti menyimpan wang untuk tujuan tertentu. Bak kata perpatah Melayu 'melentur biar waktu rebung',  jadi mendidik manusia bila waktu kecil. Iaitu kanak-kanak diajar menyimpan wang untuk masa depan sejak mereka kecil. Kelakuan ini diteruskan bila mereka dewasa.  
 
         Ada beberapa kebaikan menyimpan wang.  Pertamanya,  seseorang pelajar boleh menyimpan wang untuk membeli barang kesukaannya seperti buku yang bermutu dan amat mahal.    Apabila pelajar itu menabung, dia boleh mengelakan diri dari membazir wang kepada perkara atau barang yang bukan-bukan seperti bermain video game di pusat hiburan video,  atau membeli dadah.

        Keduanya,  pelajar boleh menyimpan wang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Universiti dan ke luar negara.  Amalan ini boleh meringankan sebahagian beban kewangan ibu bapa.   

        Ketiganya,  menyimpan wang untuk kecemasan.  Malang tidak berbau,  wang yang disimpan dalam bank untuk menghadapi bencana atau malapetaka yang diingini.  Contohnya,  kebakaran rumah yang menyebabkan kehilangan barang di rumah.  Pada saat-saat itulah,  wang di dalam simpanan boleh dikeluarkan untuk menyelamatkan ramai orang.  

        Keempatnya,  menyimpan wang untuk merawat penyakit.  Apabila saat tiba untuk kita sakit,  maka wang itu untuk amat diperlukan.

        Akhir sekali,  apabila kita ingin pergi melancong pada masa depan, maka saat itulah wang dalam simpanan perlu dikeluarkan untuk tujuan melancong ke luar negara.