Latihan Karangan Bahasa Malaysia UPSR

A. Cari maksud dan buat sebuah ayat.

  1. Bercuti
  2. Bermain
  3. terdengar
  4. Jeritan
  5. kanak-kanak
  6. menangis
  7. berenang
  8. kolam
  9. mati lemas
  10. berani

Jawapan:
  1. Semasa cuti sekolah yang lepas, ibu membawa saya berjalan-jalan bercuti di Pulau Pinang.
  2. Saya dan kawan- kawan bermain bola di padang sekolah.
  3. Kami terdengar jeritan budak yang datang dari sebatang sungai berhampiran.
  4. Jeritan budak itu semakin dekat apabila kami berlari menuju ke arah sungai itu.
  5. Kami melihat sekumpulan kanak-kanak sedang bermain di sungai.
  6. Saya ternampak seorang budak sedang menangis teresak-esak.
  7. Ibu membawa saya dan adik berenang di kolam semasa cuti sekolah yang lepas.
  8. Air kolam yang berhampiran rumah kami kelihatan keruh sahaja selepas hujan lebat kemarin.
  9. Budak itu hampir mati lemas kerana tidak pandai berenang lagi.
  10. Sikap beraninya dipuji oleh penduduk kampung apabila dia menolong budak yang hampir terjatuh ke dalam sebuah perigi.

B. Tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang dari 80 patah perkataan yang bertajuk "Cuti Sekolah Saya". Anda dinasihatkan mulakan karangan anda dengan sebuah cerita, berdasarkan kata-kata di atas.