Latihan Karangan Bahasa Melayu PMR

Cari maksud kata - kata di bawah.

1.  Pelabur asing
2.  tempat strategik
3.  faktor-faktor
4.  tumpuan
5.  pengunjung


Kemudian guna kata - kata di atas untuk membuat karangan bertajuk " faktor-faktor yang menyebabkan Kuala Lumpur menjadi makmur".

Jawapan:

1.  Pelabur asing - Warganegara asing yang memberi modal atau wang kepada negara lain biasanya dalam perniagaan.

2.  tempat strategik - lokasi yang sangat baik,  kemudahan jalan raya , udara dan air laut.
3.  faktor-faktor - sebab
4.  tumpuan - tempat ramai orang bertumpu untuk berniaga, dan menyara hidup.
5.  pengunjung - pelancong yang melawat sesebuah tempat.



                                      Faktor-faktor yang menyebabkan Kuala Lumpur menjadi makmur

Kuala Lumpur merupakan sebuah bandar di Malaysia.  Ia menjadi tumpuan ramai sebab lokasinya yang baik yang dapat dihubung oleh jalan raya, air laut dan udara menarik ramai orang terutamanya peniaga,  pemimpin negara dan pengunjung.  Ramai pelabur asing yang datang ke sini dan mengeluarkan modal mereka untuk mendirikan kilang dan universiti.  Penduduk tempatan pula datang ke sini untuk mencari kerja, mendirikan keluarga serta melanjutkan pelajaran di universiti.  'Twin Tower Petronas'  dan  'City Tower' pula menarik pengunjung negeri dan luar negeri.