Latihan Karangan KBSR

Latihan ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan murid-murid dalam kemahiran menulis karangan.

Tulis karangan yang bertajuk "Hobi Saya"

Jawapan:

Hobi Saya

      Menurut Kamus dewan pelajar,  " Hobi" ialah aktivit berfaedah dilakukan pada masa lapang.  Ia juga sebagai satu saluran untuk mengisi masa kita yang berlebihan dengan sesuatu yang berguna dari segi fizikal, rohani mahupun emosi.  Contohnya,  dari segi fizikal, iaitu berkaitan dengan tubuh badan,  kita berjogging selepas waktu sekolah,  jadi selain menyihatkan badan dengan senaman dan mengurangkan berat badan.

      Setiap individu mempunyai hobi yang berbeza sebab setiap insan adalah istimewa oleh ciptaan tuhan yang maha esa.  Sepasang adik kembar tidak semestinya dua-dua suka bermain piano.    

      Hobi kita juga dipengaruhi oleh rakan di sisi kita.  Kawan-kawan yang gemar membaca akan mendorong kita mengisi masa dengan membaca pelbagai jenis buku yang menguatkan bahasa kita.  Berhati-hati apabila bergaul sebab kawan yang jahat akan mendorong kita melakukan kejahatan seperti berjudi, minum arak. 

      Persekitaran memainkan peranan yang penting dalam membentuk hobi kita.   Pelajar di sekolah cina biasanya suka mengamalkan hobi seperti bermain bola keranjang.  Sekolah menggalakan perpaduan melalui sukan itu selain menyihatkan badan.  Sekolah seperti St. Anthony yang diketahui oleh paderi gereja pula mementingkan ajaran Agama sebagai asas misi mereka,  jadi murid-murid akan menghadiri gereja semenjak mereka darjah satu.  Selain menambahkan pengetahuan mereka di bidang agama ia juga menyihatkan rohani murid-murid.