Tulis sebuah karangan yang bertajuk Hari Kebangsaan di sekolah saya.
Semua murid sampai ke sekolah dengan awal pada hari Jummat itu. Saya telah membuat persiapan seminggu sebelum hari itu sampai. Dewan perhimpunan dibersihkan dan dikemaskan. Kerusi-kerusi untuk para guru telah diatur. Semua guru juga diberitahu tentang program Hari Kebangsaan. Dengan itu setiap guru serta murid diberi satu program tentang aturan Hari Kebangsaan.
Saat-saat yang dinantikan telah sampai, saya dengan rakan sedarjah yang lain turut berhimpun bersama murid yang lain. Terlebih dahulu kami mengalu-alukan kedatangan guru besar serta guru-guru dengan tarian Melayu, Cina dan Iban. Diikuti oleh nyanyian 'Negaraku. Selepas bacaan doa, guru besar memberi sepatah dua kata. Beliau meluahkan rasa gembira merayakan hari kebesaran ini. Kami turut bersorak and bertepuk tangan tanda gembira juga. Hari ini menurut Guru Besar adalah untuk mengingatkan kita berasal dari satu rumpun bangsa. Tidak ketinggalan juga untuk mengingatkan kita tentang pengorbanan askar-askar. Sebab itu hari kebangsaan juga dikenali sebagai hari kemerdekaan. Selain mengingatkan kita bahawa kita telah berdikari dari penjajahan Bristih, ia juga merupakan hari di mana kita merayakannya pada hari ini. Beberapa persembahan yang berkaitan dengan hari kebangsaan diadakan. Pantun Melayu dipersembahkan oleh murid-murid tahun 6. Kumpulan koir tahun 5 & 6 dipersembahkan kemudian. Semua ketua darjah dari setiap kelas turut mempersembahankan sebuah lagu. Program hari itu diakhiri dengan nyanian 'Ibu Pertiwi' yang diketuai oleh ketua pengawas sekolah. kami semua balik ke rumah dengan awal pada hari itu.