Latihan Sistem Bahasa 2-Soalan Kata Ganda Penuh
Latihan berformat KBSR bertujuan untuk mengukuhkan penggunaan murid-murid dalam kata ganda penuh
Isi
tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1
Kaki Alya ________kerana digigit nyamuk di kebun itu.
A
keras-keras C gatal-gatal
B
carik-carik D garu-garu
2
Puan Diana rambang mata memilih kain batik yang _______ di kedai
itu.
A
cantik-cantik C bulat-bulat
B
alang-alang D kelip-kelip
3
Antara _______ murid yang cemerlang ialah bijak, rajin dan berbudi
bahasa.
A
diam-diam C biri-biri
B
baik-baik D ciri-ciri
4
Ibu memegang tangan adik ________ semasa hendak melintas jalan.
A
dekat-dekat C ketat-ketat
B
rapat-rapat D erat-erat
5
Tumit kaki Rita ________ kerana terlalu kering.
A
jarang-jarang C tebal-tebal
B
pecah-pecah D pijak-pijak
6
Datuk Kamil _________ ada di pejabatnya kerana sering menghadiri
mesyuarat di luar daerah.
A
kadang-kadang C bukan-bukan
B
jarang-jarang D jarak-jarak
7
Sistem pengangkutan yang terdapat di negara Jepun _______ belaka.
A
canggih-canggih C faham-faham
B
bangun-bangun D ciri-ciri
8
Cikgu Azlan menunjukkan _________ untuk membuat model kamera itu
kepada murid-muridnya.
A
lincah-lincah C cara-cara
B
asyik-asyik D ciri-ciri
9
Juruterbang merupakan _________ abang sejak kecil lagi.
A
minta-minta C cita-cita
B
cari-cari D kira-kira
10
Abang Reza ________ terjun ke dalam kolam renang untuk menyelamatkan
budak yang hampir lemas itu.
A
kemas-kemas C cepat-cepat
B
malas-malas D rajin-rajin
Jawapan 1C 2A 3D 4D 5B 6B 7A 8C 9C 10C