Latihan sistem bahasa 23- Soalan-soalan Pepatah dan Bidalan

Latihan sistem bahasa 23- Soalan-soalan Pepatah dan Bidalan

Pepatah dan Bidalan


Latihan berformat KBSR
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Ban Seng memang panas baran. Sikapnya itu tidak ubah seperti sikap bapanya.
Pepatah yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A jerata tidak lupa akan penduduk, tetapi pelanduk lupa akan jerat
B baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang
C bagaimana acuan begitulah kuihnya
D kalah jadi abu menang jadi arang

2 Izwan telah menolak tawaran bekerja di Kuala Lumpur kerana menunggu tawaran daripada sebuah syarikat di Johor.
Pepatah yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah
B harapkan guruh di langit, air tempayan dicurahkan
C kais pagi makan pagi kais petang makan petang
D carik-carik b ulu ayam akhirnya bercantum juga

3 Walapun wanita Inggeris itu baru sahaja tinggal di Malaysia, dia sudah pandai makan sambal belacan.
Pepatah yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
B ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
C di mana buni dipijak, di situ langit dijunjung
D di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

4 Kami bersusah payah menyiapkan tugasan yang diberikan, tetapi Sazali yang tidak menyumbang apa-apa pula yang mendapat nama.
Pepatah yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa
B lembu punya susu, sapi dapat nama
C rambut sama hitam, hati lain-lain
D ringan tulang berat perut

5 Banyak anak dan duri yang terpaksa kita tempuh sebelum mencapai kejayaan.
Pepatah yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A laut mana yang tidak bergelora, bumi mana yang tidak ditimpa hujan
B kecil api menjadi kawan, besar menjadi lawan
C naik seperti semut, turun seperti ribut
D ke tengah boleh, ke tepi pun boleh

6 Sarimah menulis novel pada waktu malam kerana dia sibuk bekerja di siang hari.
A yang dikejar tidak dapaat, yang dikendong berciciran
B sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain
C untung sabut timbul, untung batu tenggelam
D tegak sama tinggi, duduk sama rendah

7 Gunalan tiba-tiba berasa resah dan berpeluh-peluh apabila kami memperkatakan tentang kehilangan jam tangan Devi.
A siapa yang makan cili, dialah yang terasa pedasnya
B terapung sama hanyut, terendam sama basah
C berdiri sama tinggi, duduk sama rendah
D sekali air bah sekali pantai berubah

8 Penat lelah Mak Kiah membersarkan anaknya selama ini berbayar kerana semua anaknya telah berjawatan tinggi.
Pepatah yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian,
B kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya
C diam-diam ubi berisi, diam besi berkarat
D bagaimana acuan begitulah kuihnya

9 Puan Rosma menjemput kami makan di rumahnya sebagai mengahargai pertolongan kami.
Pepatah yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A orang berbudi kita bahasa, orang memberi kita merasa
B lembu punya susu sapi dapat nama
C pahit dahulu manis kemudian
D ringan tulang berat perut

10 Saya tidak melakukan perbuatan itu. Siasat dahulu siapa yang lakukan. Jangan menuduh orang sembarangan.
Pepatah yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A setinggi-tinggi terbang bangau, hinggap di belakang kerbau juga
B orang lain yang makan nangka, orang lain yang kena getah
C kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa
AD naik seperti semut, turun seperti ribut

11 Banyakkan bersabar dan berdoa kerana suatu hari dia pasti akan mendapat balasan daripada perbuatannya itu.
A ada hujan ada panas, ada hari boleh balas
B air dicincang tidak akan putus
C ada udang di sebalik batu
D ada rupa ada harga

12 Usah terburu-buru semasa memandu di jalan raya, _______Jangan biarkan orang yang kita sayang menyambut kepulangan kita dengan tangisan.
A buang yang keruh ambil yang jernih
B biar putih tulang jangan putih mata
C biar lambat asal selamat
D direndam tidak basah

13 Lupakan sahaja perkara yang sudah berlaku, kita mulakan hidup baharu. Marilah kita bermaaf-maafan, bak kata bidalan__________________________.
A buang yang keruh ambil yang jernih
B diberi betis hendak paha
C biar lambat asal selamat
D diam-diam lepu

14 Pekerja di pejabat itu bersikap _______________ apabila majikan tiada.
A cacing hendak menjadi busut
B cukit sudah menjadi naga
C diberi betis hendak paha
D cencaru makan petang

15 Kamu hendaklah bersyukur dengan pemberian orang, jangan pula ____________.
A hangat-hangat tahi ayam
B diberi betis hendak paha
C biar lambat asal selamat
D bertanam tebu di bibir

16 Perbalahan antara dua orang besar dalam syarikat itu menyebabkan kebajikan kakitangan terabai. Begitulah jika __________________________.
A gajah dengan gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah
B genggam bara api biar sampai jadi arang
C duduk sama rendah berdiri sama tinggi
D gajah mati kerana gadingnya

17 Penduduk kampung Sri Aman saling membantu antara satu sama lain, bagi mereka ___________________
A berani kerana benar, takut kerana salah
B berat sama dipikul ringan sama dijinjing
C nasi sudh menjadi bubur
D musang berbulu ayam

18 Pada kami, ________________ daripada melihat negara tercinta jatuh ke tangan penjajah.
A buang yang keruh ambil yang jernih
B biar putih tulang jangan putih mata
C biar lambat asal selamat
D diberi betis hendak paha

19 Kasim membeli alat penapis air itu kerana tertipu dengan pujukan jurujual yang cantik itu.
Bidalan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum jua
B di mana semut mati jika tidak di dalam gula
C cacing hendak menjadi naga
D ada udang di sebalik batu

20 Walaupun tidak menerima pendidikan tinggi, namun pengalamannya yang luas dalam pelbagai bidang ilmu tidak dapat disangkal lagi, bak pepatah ________________
A hendak seribu daya tak hendak seibu dalih
B duduk sama rendah berdiri sama tinggi
C biar putih tulang jangan putih mata
D jauh berjalan luas pemandangan

21 Biarlah kita suah senang bersama-sama, apa yang ada kita kongsi bersama-sama, seperti kata pepatah _________________________
A harimau mati meninggalkan belang , manusia mati meninggalkan nama
B hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
C di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung
D ayam tak patuk itik tak sudu

22 Carol sudah pun menempuh peralatan pejabat, sedangkan perniagaannya belum lagi bermula.
Bidalan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A burung terbang dipipiskan lada
B diam penggali berkarat
C bertanam tebu di bibir
D alah bisa tegal biasa

23 Pemanjat bangunan profesional itu sering memanjat bangunan tanpa memakai tali keselamatan, tetapi hari ini dia tergelincir lalu jatuh.
Bidalan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A gajah mati kerana gadingnya
B hari tidak selalunya panas
C lembut gigi daripada lidah
D hati hendak semua jadi

24 Ke mana-mana sahaja Encik Johan pergi, dia dihormati dan disayangi.
Bidalan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau
B malas menggerit, perut perit
C hari tidak selamanya panas
D indah khabar daripada rupa

25 Encik Jamal terlalu memanjakan anak-anaknya sejak kecil. Akhirnya, apabila dewasa mereka tidak mahu mendengar nasihatnya lagi.
Bidalan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A melentur buluh biarlah dari rebungnya
B tanam lalang tak akan timbuh padi
C sudah terhantuk baru terngadah
D ukur baju di badan sendiri

26 Hati-hati semasa berkawan dengan wanti itu yang kelihatan baik tetapi sebenarnya jahat.
Bidalan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A terapung tak hangyut, terendam tak basah
B telunjuk lurus kelengkeng berkait
C sediakan payung sebelum hujan
D patah kemudi perahu hanyut

27 Ng Geat terpaksa menahan sabar apabila komuter ribanya dicuri dan kini telefon bimbitnya pula hilang.
Bidalan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A patah kemudi perahu hanyut
B sambil menyelam minum air
C segan bertanya sesat jalan
D sudah jatuh ditimpa tangga

28 Cita-citanya untuk melancong ke luar negara tercapai apabila dia memenangi pakej melancong ke Australia.
A sebab nila setitik rosak susu sebelanga
B orang mengantuk disorongakan bantal
C tanam lalang tak akan tumbuh padi
D sarang tebuan jangan dijolok

29 “Tindakan lelaki itu berbaik-baik dengan Zura pasti _______________________,” kata Munirah kepada Adawiyah.
A alah sabung menang sorak
B antan patah lesung hilang
C ada udang di sebalik batu
D alah bisa tegal biasa

30 Kamu mesti berhati-hati semasa bekawan dengan Abu yang nampak baik dan pendiam itu. _______________kerana dia sahaja keluar dari penjara.
A air tenang jangan disangka tiada buaya
B ayam terlepas tangan bau tahi
C air digenggam tidak akan tiris
D ayam tak patuk itik tak sudu

31 Belajarlah bersungguh-sungguh dan capailah cita-cita kamu menjadi seorang peguam yang berjaya. Jangan patah semangat untuk terus berusaha kerana ____________________
A alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan
B ada hujan ada panas ada hari boleh balas
C air tenang jangan disangka tiada buaya
D alah sabung menang sorak

32 Tahun ini merupakan tahun yang malang dalam kehidupan Ameera. Setelah kematian ibunya, bapanya pula ditimpa kemalangan. Hidupnya ibarat_________________
A alah sabung menang sorak
B antah patah lesung hilang
C ada gula ada semut
D ada rupa ada harga

33 Walaupun hubungan aku dengan abang aku tidak baik, tetapi apabila dia dihina aku berasa sangat marah kerana __________________
A berat sama dipikul ringan sama dijinjing
B cubit paha kanan, paha kiri terasa juga
C air dipancung tidak akan putus
D diberi betis hendak paha

34 Setiap bulan Johari menyimpan wangnya di dalam bank. Kini wang simpanannya berjumlah RM 10 000, seperti kata bidalan _____________________
A berat sama dipikul ringan sama dijinjing
B sikit-sikit lama-lama jadi bukit
C baling-baling di atas bukit
D bertanam tebu di bibir

35 “ Simpan sedikit daripada gaji bulanan kamu, Zam. Jangan boros, _____________,” nasihat Jamilah kepada adiknya, Zamri.
A hendak seribu daya tak hendak seribu dalih
B ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
C kecil tapak tangan nyiru ditadahkan
D hidup dua muara

36 Jamal sering menjadikan Pak Jali sebagai pakar rujuk tentang selok-belok dunia perniagaan.
A menepuk air di dulang terpecik ke muka sendiri
B hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
C ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
D jauhari jua yang mengenal manikam

37 Budaya kerja orang Jepun dan Malaysia tidak sama kerana ______________
A kalau tiada rotan akar pun berguna
B ada udang di sebalik batu
C lain lubuk lain ikannya
D kera kena belacan

38 Sebenarnya Bala yang menyembunyikan beg manisah, tetapi Nana pula yang dimarahi oleh guru kelas. Inilah yang dikatakan ________________
A lain orang makan nangka, lain orang kena getah
B air tenang jangan disangka tiada buaya
C menahan jerat di pergentingan
D malu bertanya sesat jalan

39 Tidak perlu kamu menyesali perbuatan yang telah lalu kerana ___________
A sambil menyelam minum air
B nasi sudah menjadi bubur
C lain di mulut lain di hati
D musang berbulu ayam

40 Walaupun Ming dan abangnya bergaduh, namun demikian hubungan mereka _____________________
A seperti air dicincang tidak akan putus
B seperti kacang lupakan kulit
C seperti batu jatuh ke lubuk
D seperti ular kena palu



Jawapan
1C
2B
3C
4B
5A
6B
7A
8A
9A
10B
11A
12C
13A
14A
15B
16A
17B
18B
19B
20D
21B
22A
23B
24A
25A
26B
27D
28B
29C
30A
31A
32B
33B
34B
35B
36D
37C
38A
39B
40A