Latihan karangan bahasa Melayu PMR 'Budi Bahasa Budaya Malaysia'

Tulis sebuah karangan bertajuk ' Budi Bahasa Budaya Kita'

Jawapan:
       Perkataan  'Budi' dalam kamus dewan membawa erti perangai, watak atau perbuatan baik.  Hormat-menghormati budi bahasa kita semua.  Sebagai seorang rakyat yang berbudaya, kita menghormati agama orang lain.   Mengetahui bahawa Bulan Ramadhan adalah bulan puasa untuk umat muslim.  Tidak makan dan minum di depan mereka.  Umat Katolik dan juga Kristian  pula pergi ke gereja setiap hari Ahad.
       Tolong- menolong sesama jiran kita bila salah pihak dalam kesulitan.  'Jiran' dalam takrifan di kamus bererti orang yang berada di sisi kita dan tidak semestinya di tinggal besebelahan di rumah kita.  Tidak menjaga tepi kain orang tetapi menghulurkan tangan tanda kasih sayang dan ikhlas.  Membuat baik.
       Bersopan santun bila bertutur.  Percakapan yang lembut dan tidak secara melulu terutamanya kepada pemimpin dalam sebuah organisasi.  Menjadikan teladan yang baik kepada yang lebih kecil.  Tidak mengeluarkan kata-kata kesat.  Fikir sebelum bertindak.  Berlakuan adil.   Tidak berat sebelah.  Tegas pendirian dan tidak mudah dipengaruhi oleh sesuatu pihak.  Sifat-sifat diatas merupakan orang yang bersopan santun.