Latihan Pepatah Bahasa Melayu UPSR

Jawab soalan berikut.



Maksud Pepatah
1 Yang membawa maksud bersusah payah seseorang itu menghabiskan sesuatu perkara sebab ramai pendapat yang berbeza.

2 Yang membawa maksud kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan padan antara satu lain.

3 Yang membawa maksud anak-anak mengikut jejak langkah ibu bapa.

4 Yang membawa maksud penghasilan suatu perkara memerlukan dua pihak atau dua orang.

5 Yang membawa maksud pegang kepada janji.

6 Yang membawa maksud berpegang kepada kepercayaan.

7 Yang membawa maksud banyak membuat baik jangan sekali membuat jahat.



Jawapan:
  1. Bagai menggantang anak ayam
  2. Bagai pinang dibelah dua
  3. Bagaimana acuan begitulah kuihnya
  4. Bertepuk tangan sebelah takkan berbunyi
  5. Kata itu kota
  6. Biar putih tulang jangan putih mata
  7. Buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali