Latihan karangan bahasa melayu UPSR

Tulis karangan yang bertajuk 'Hari Raya'

Jawapan:
          Sehari sebelum Raya pertama, saya dengan ibu bersungguh-sungguh membersihkan rumah.  Saya meonolong ibu mengelap tingkap, meja dan kerusi di ruang tamu.  Adik pula menolong saya di sebelah sisi.  Pada waktu petang, emak mula membuat pelbagai jenis kek dan biskut. Kakak pula menolong emak memasak rendang dan kari.  Saya pula menolong nenek melipat ketupat.  Tidak ketinggalan juga saya turut menghiasi rumah dengan lampu yang berwarna-warni.   Ayah pula menolong membersihkan kereta dan lantai rumah.  Menjelang waktu makan malam,  kami semua berkumpul dan bersembahyang sebelum buka puasa.  Hidangan waktu malam amat membuka selera dengan masakan rendang ayam,  goreng udang,  sotong dan kukus ikan.   Selepas makan malam,  ayah menemani kami bermain bunga api di luar beranda rumah.  Saya dan adik tidur berasa letih tetapi sangat gembira pada hari itu.  
         Pada hari pertama raya,  saya dan adik bangun dengan awal.  Selepas mengemaskan diri,  saya dan adik bersalam dengan ayah dan ibu.  Ayah dan ibu memberi saya dan adik doa selamat.  Selepas sembahyang, kami semua bersarapan pagi dengan hidangan dan masakan nenek, iaitu roti dengan kari.  Tidak lama kemudian, kawan ayah dan ibu datang mengunjungi kami.  Saya dan adik bermain sepanjang hari pada waktu pertama raya dan raya dua.  Kami juga berpeluang menikmati pelbagai masakan ibu yang enak.