Latihan sistem bahasa 23- Soalan-soalan Pepatah dan Bidalan
Pepatah dan Bidalan
Latihan
berformat KBSR
Isi
tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1 Ban
Seng memang panas baran. Sikapnya itu tidak ubah seperti sikap
bapanya.
Pepatah
yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A
jerata tidak lupa akan penduduk, tetapi pelanduk lupa akan jerat
B
baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang
C
bagaimana acuan begitulah kuihnya
D
kalah jadi abu menang jadi arang
2
Izwan telah menolak tawaran bekerja di Kuala Lumpur kerana menunggu
tawaran daripada sebuah syarikat di Johor.
Pepatah
yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A
gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah
B
harapkan guruh di langit, air tempayan dicurahkan
C
kais pagi makan pagi kais petang makan petang
D
carik-carik b ulu ayam akhirnya bercantum juga
3
Walapun wanita Inggeris itu baru sahaja tinggal di Malaysia, dia
sudah pandai makan sambal belacan.
Pepatah
yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A
hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
B
ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
C
di mana buni dipijak, di situ langit dijunjung
D
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
4
Kami bersusah payah menyiapkan tugasan yang diberikan, tetapi Sazali
yang tidak menyumbang apa-apa pula yang mendapat nama.
Pepatah
yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A
orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa
B
lembu punya susu, sapi dapat nama
C
rambut sama hitam, hati lain-lain
D
ringan tulang berat perut
5
Banyak anak dan duri yang terpaksa kita tempuh sebelum mencapai
kejayaan.
Pepatah
yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A
laut mana yang tidak bergelora, bumi mana yang tidak ditimpa hujan
B
kecil api menjadi kawan, besar menjadi lawan
C
naik seperti semut, turun seperti ribut
D
ke tengah boleh, ke tepi pun boleh
6
Sarimah menulis novel pada waktu malam kerana dia sibuk bekerja di
siang hari.
A
yang dikejar tidak dapaat, yang dikendong berciciran
B
sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain
C
untung sabut timbul, untung batu tenggelam
D
tegak sama tinggi, duduk sama rendah
7
Gunalan tiba-tiba berasa resah dan berpeluh-peluh apabila kami
memperkatakan tentang kehilangan jam tangan Devi.
A
siapa yang makan cili, dialah yang terasa pedasnya
B
terapung sama hanyut, terendam sama basah
C
berdiri sama tinggi, duduk sama rendah
D
sekali air bah sekali pantai berubah
8
Penat lelah Mak Kiah membersarkan anaknya selama ini berbayar kerana
semua anaknya telah berjawatan tinggi.
Pepatah
yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A
berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian,
B
kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya
C
diam-diam ubi berisi, diam besi berkarat
D
bagaimana acuan begitulah kuihnya
9
Puan Rosma menjemput kami makan di rumahnya sebagai mengahargai
pertolongan kami.
Pepatah
yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A
orang berbudi kita bahasa, orang memberi kita merasa
B
lembu punya susu sapi dapat nama
C
pahit dahulu manis kemudian
D
ringan tulang berat perut
10
Saya tidak melakukan perbuatan itu. Siasat dahulu siapa yang
lakukan. Jangan menuduh orang sembarangan.
Pepatah
yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A
setinggi-tinggi terbang bangau, hinggap di belakang kerbau juga
B
orang lain yang makan nangka, orang lain yang kena getah
C
kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa
AD
naik seperti semut, turun seperti ribut
11
Banyakkan bersabar dan berdoa kerana suatu hari dia pasti akan
mendapat balasan daripada perbuatannya itu.
A
ada hujan ada panas, ada hari boleh balas
B
air dicincang tidak akan putus
C
ada udang di sebalik batu
D
ada rupa ada harga
12
Usah terburu-buru semasa memandu di jalan raya, _______Jangan
biarkan orang yang kita sayang menyambut kepulangan kita dengan
tangisan.
A
buang yang keruh ambil yang jernih
B
biar putih tulang jangan putih mata
C
biar lambat asal selamat
D
direndam tidak basah
13
Lupakan sahaja perkara yang sudah berlaku, kita mulakan hidup
baharu. Marilah kita bermaaf-maafan, bak kata
bidalan__________________________.
A
buang yang keruh ambil yang jernih
B
diberi betis hendak paha
C
biar lambat asal selamat
D
diam-diam lepu
14
Pekerja di pejabat itu bersikap _______________ apabila majikan
tiada.
A
cacing hendak menjadi busut
B
cukit sudah menjadi naga
C
diberi betis hendak paha
D
cencaru makan petang
15
Kamu hendaklah bersyukur dengan pemberian orang, jangan pula
____________.
A
hangat-hangat tahi ayam
B
diberi betis hendak paha
C
biar lambat asal selamat
D
bertanam tebu di bibir
16
Perbalahan antara dua orang besar dalam syarikat itu menyebabkan
kebajikan kakitangan terabai. Begitulah jika
__________________________.
A
gajah dengan gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah
B
genggam bara api biar sampai jadi arang
C
duduk sama rendah berdiri sama tinggi
D
gajah mati kerana gadingnya
17
Penduduk kampung Sri Aman saling membantu antara satu sama lain,
bagi mereka ___________________
A
berani kerana benar, takut kerana salah
B
berat sama dipikul ringan sama dijinjing
C
nasi sudh menjadi bubur
D
musang berbulu ayam
18
Pada kami, ________________ daripada melihat negara tercinta jatuh
ke tangan penjajah.
A
buang yang keruh ambil yang jernih
B
biar putih tulang jangan putih mata
C
biar lambat asal selamat
D
diberi betis hendak paha
19
Kasim membeli alat penapis air itu kerana tertipu dengan pujukan
jurujual yang cantik itu.
Bidalan
yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A carik-carik bulu ayam, lama-lama
bercantum jua
B di mana semut mati jika tidak di
dalam gula
C cacing hendak menjadi naga
D ada udang di sebalik batu
20 Walaupun tidak menerima pendidikan
tinggi, namun pengalamannya yang luas dalam pelbagai bidang ilmu
tidak dapat disangkal lagi, bak pepatah ________________
A hendak seribu daya tak hendak seibu
dalih
B duduk sama rendah berdiri sama
tinggi
C biar putih tulang jangan putih mata
D jauh berjalan luas pemandangan
21 Biarlah kita suah senang
bersama-sama, apa yang ada kita kongsi bersama-sama, seperti kata
pepatah _________________________
A harimau mati meninggalkan belang ,
manusia mati meninggalkan nama
B hati gajah sama dilapah, hati kuman
sama dicecah
C di mana bumi dipijak di situ langit
dijunjung
D ayam tak patuk itik tak sudu
22 Carol sudah pun menempuh peralatan
pejabat, sedangkan perniagaannya belum lagi bermula.
Bidalan
yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A burung terbang dipipiskan lada
B diam penggali berkarat
C bertanam tebu di bibir
D alah bisa tegal biasa
23 Pemanjat bangunan profesional itu
sering memanjat bangunan tanpa memakai tali keselamatan, tetapi hari
ini dia tergelincir lalu jatuh.
Bidalan
yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A gajah mati kerana gadingnya
B hari tidak selalunya panas
C lembut gigi daripada lidah
D hati hendak semua jadi
24 Ke mana-mana sahaja Encik Johan
pergi, dia dihormati dan disayangi.
Bidalan
yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A kalau asal benih yang baik, jatuh
ke laut menjadi pulau
B malas menggerit, perut perit
C hari tidak selamanya panas
D indah khabar daripada rupa
25 Encik Jamal terlalu memanjakan
anak-anaknya sejak kecil. Akhirnya, apabila dewasa mereka tidak mahu
mendengar nasihatnya lagi.
Bidalan
yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A melentur buluh biarlah dari
rebungnya
B tanam lalang tak akan timbuh padi
C sudah terhantuk baru terngadah
D ukur baju di badan sendiri
26 Hati-hati semasa berkawan dengan
wanti itu yang kelihatan baik tetapi sebenarnya jahat.
Bidalan
yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A terapung tak hangyut, terendam tak
basah
B telunjuk lurus kelengkeng berkait
C sediakan payung sebelum hujan
D patah kemudi perahu hanyut
27 Ng Geat terpaksa menahan sabar
apabila komuter ribanya dicuri dan kini telefon bimbitnya pula
hilang.
Bidalan
yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A patah kemudi perahu hanyut
B sambil menyelam minum air
C segan bertanya sesat jalan
D sudah jatuh ditimpa tangga
28 Cita-citanya untuk melancong ke
luar negara tercapai apabila dia memenangi pakej melancong ke
Australia.
A sebab nila setitik rosak susu
sebelanga
B orang mengantuk disorongakan bantal
C tanam lalang tak akan tumbuh padi
D sarang tebuan jangan dijolok
29 “Tindakan lelaki itu
berbaik-baik dengan Zura pasti _______________________,” kata
Munirah kepada Adawiyah.
A alah sabung menang sorak
B antan patah lesung hilang
C ada udang di sebalik batu
D alah bisa tegal biasa
30 Kamu mesti berhati-hati semasa
bekawan dengan Abu yang nampak baik dan pendiam itu.
_______________kerana dia sahaja keluar dari penjara.
A air tenang jangan disangka tiada
buaya
B ayam terlepas tangan bau tahi
C air digenggam tidak akan tiris
D ayam tak patuk itik tak sudu
31 Belajarlah bersungguh-sungguh dan
capailah cita-cita kamu menjadi seorang peguam yang berjaya. Jangan
patah semangat untuk terus berusaha kerana ____________________
A alang-alang menyeluk pekasam biar
sampai ke pangkal lengan
B ada hujan ada panas ada hari boleh
balas
C air tenang jangan disangka tiada
buaya
D alah sabung menang sorak
32 Tahun ini merupakan tahun yang
malang dalam kehidupan Ameera. Setelah kematian ibunya, bapanya pula
ditimpa kemalangan. Hidupnya ibarat_________________
A alah sabung menang sorak
B antah patah lesung hilang
C ada gula ada semut
D ada rupa ada harga
33 Walaupun hubungan aku dengan abang
aku tidak baik, tetapi apabila dia dihina aku berasa sangat marah
kerana __________________
A berat sama dipikul ringan sama
dijinjing
B cubit paha kanan, paha kiri terasa
juga
C air dipancung tidak akan putus
D diberi betis hendak paha
34 Setiap bulan Johari menyimpan
wangnya di dalam bank. Kini wang simpanannya berjumlah RM 10 000,
seperti kata bidalan _____________________
A berat sama dipikul ringan sama
dijinjing
B sikit-sikit lama-lama jadi bukit
C baling-baling di atas bukit
D bertanam tebu di bibir
35 “ Simpan sedikit daripada gaji
bulanan kamu, Zam. Jangan boros, _____________,” nasihat Jamilah
kepada adiknya, Zamri.
A hendak seribu daya tak hendak
seribu dalih
B ingat sebelum kena, jimat sebelum
habis
C kecil tapak tangan nyiru ditadahkan
D hidup dua muara
36 Jamal sering menjadikan Pak Jali
sebagai pakar rujuk tentang selok-belok dunia perniagaan.
A menepuk air di dulang terpecik ke
muka sendiri
B hendak seribu daya, tak hendak
seribu dalih
C ingat sebelum kena, jimat sebelum
habis
D jauhari jua yang mengenal manikam
37 Budaya kerja orang Jepun dan
Malaysia tidak sama kerana ______________
A kalau tiada rotan akar pun berguna
B ada udang di sebalik batu
C lain lubuk lain ikannya
D kera kena belacan
38 Sebenarnya Bala yang
menyembunyikan beg manisah, tetapi Nana pula yang dimarahi oleh guru
kelas. Inilah yang dikatakan ________________
A lain orang makan nangka, lain orang
kena getah
B air tenang jangan disangka tiada
buaya
C menahan jerat di pergentingan
D malu bertanya sesat jalan
39 Tidak perlu kamu menyesali
perbuatan yang telah lalu kerana ___________
A sambil menyelam minum air
B nasi sudah menjadi bubur
C lain di mulut lain di hati
D musang berbulu ayam
40 Walaupun Ming dan abangnya
bergaduh, namun demikian hubungan mereka _____________________
A seperti air dicincang tidak akan
putus
B seperti kacang lupakan kulit
C seperti batu jatuh ke lubuk
D seperti ular kena palu
Jawapan
1C
2B
3C
4B
5A
6B
7A
8A
9A
10B
11A
12C
13A
14A
15B
16A
17B
18B
19B
20D
21B
22A
23B
24A
25A
26B
27D
28B
29C
30A
31A
32B
33B
34B
35B
36D
37C
38A
39B
40A