Latihan sistem bahasa 24- Soalan-soalan Pepatah dan Bidalan
Pepatah dan Bidalan
Latihan Berformat KBSR
Isi
tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1
Setiap pekerjaan yang dilakukan mestilah amanah ibarat
___________________
A alur
bertempuh, jalan berturut
B di mana semut mati jika tidak di
dalam gula
C alang-alang berminyak biar licin
D air beriak tanda tak dalam
2
Walaupun Datuk Khalid kaya, tetapi beliau tidak sombong kerana
sentiasa ingat akan nasihat ibunya, ______________________
A cubit
paha kanan, paha kiri terasa juga
B baik
bawa resmi padi, jangan membawa resmi lalang
C alang-alang berminyak biar licin
D air beriak tanda tak dalam
3 Ayah
menasihati anak-anaknya supaaya berfikir dahulu sebelum melakukan
sesuatu pekerjaan kerana _______________
A awal
dibuat, akhir diingat
B mengata dulang paku serpih, mengata
orang dia yang lebih
C di mana bumi dipijak di situ langit
dijunjung
D cubit paha kanan, paha kiri terasa
juga
4 Ibu
selalu menasihati anaknya supaya berfikir dengan semasak-masaknya
sebelum melakukan sesuatu ibarat ________________________
A
berhambakan tangan, bersaksikan mata, berhakimkan hati
B sebab pulut santan binasa sebab
mulut badan merana
C rambut sama hitam, hati lain-lain
D lain duduk lain ikannya
5 Rumah
tangga Aina berantakan kerana terlalu percaya kata-kata jiran
mengenai suaminya, ibarat ______________________
A banyak udang banyak garam, banyak
orang banyak ragam
B mengata dulang paku serpih, mengata
orang dia yang lebih
C di mana bumi dipijak di situ langit
dijunjung
D
gar-gar kata gelegar, rasuk juga menahannya.
6 Nur
Amelina sentiasa bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu sehingga
berjaya ibarat ___________________
A
sarang tebuan jangan dijolok
B sebab pulut santan binasa sebab
mulut badan merana
C
genggam bara api, biar sampai jadi arang
D lain duduk lain ikannya
7 Ibu
selalu berpesan kepada abang supaya berhati-hati ketika memandu
kerana _________________
A awal
dibuat, akhir diingat
B geruh
tidak berbunyi, malang tidak berbau
C alah membeli menang memakai
D bertanam tebu di bibir
8 Mak
Piah berasa sangat sedih ibarat ______________________apabila melihat
kehidupan anaknya yang sangat daif itu.
A Baik membawa resmi padi daripada
membawa resmi lalang
B makan
hati berulang jantung
C berdikit-dikit lama-lama jadi bukit
D ayam terlepas tangan bau tahi
9
“Janganlah kau ganggu orang gila itu, ________________________,”
kata Azuan kepada Amiraul.
A
sarang tebuan jangan dijolok
B sebab pulut santan binasa sebab
mulut badan merana
C rambut sama hitam, hati lain-lain
D lain duduk lain ikannya
10 Ming
mula mengumpul duit sedikit demi sedikit untuk membuka perniagaan
umpama______________
A belakang parang sekali pun kalau
diasah akan tajam juga
B yang dikejar tak dapat yang
dikendong berciciran
C tak
dapat berjalan tegak, beringsut-ingsut pun sampai juga
D air beriak tanda tak dalam
11
Disebabkan seorang artis yang berperangai buruk, akhirnya semua artis
dipandang serong oleh masyarakat ibarat _______________________
A
berhambakan tangan, bersaksikan mata, berhakimkan hati
B sebab
nila setitik, rosak susu sebelanga
C di mana bumi dipijak di situ langit
dijunjung
D
cubit paha kanan, paha kiri terasa juga
12 Sikap yang ditunjukkan oleh Zamri
wajar dicontohi. Walaupun sudah berjaya, dia tidak sombong dan lupa
diri.
Bidalan
yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A Baik membawa resmi padi daripada
membawa resmi lalang
B di mana semut mati jika tidak di
dalam gula
C alang-alang berminyak biar licin
D air beriak tanda tak dalam
13 Setelah kemangkatan raja, Negara
Kiambang itu diperintah oleh Sultan yang _________________ dan tidak
pernah memikirkan nasib rakyat.
A beraja di hati bersultan di mata
B kalah sabung menang sorak
C hangat-hangat tahi ayam
D hidup dua mara
14 Walaupun saya bekerja di luar
negar hampir 20 tahun dan hidup mewah ,namun bagi saya,
___________________
A hujan emas di negeri orang, hujan
batu di negeri sendiri, baik lagi negeri sendiri
B alang-alang menyeluk pekasam biar
sampai ke pangkal lengan
C bagaimana rupa begitulah bayangnya
D cubit paha kanan paha kiri terasa
15 Kedatangan wakil rakyat itu ke
rumah kami sangat dilalu-alukan, _____________
A hendak seribu daya, tak hendak
seribu dalih
B genggam bara api biar sampai jadi
arang
C ingat sebelum kena, jimat sebelum
habis
D kecil tapak tangan, nyiru
ditadakan
16 Sofia sering menegur rakannya yang
datang lewat ke sekolah sedangkan dia pun sama, ______________
A banyak udang banyak garam, banyak
orang banyak ragam
B mengata dulang paku serpih, mengata
orang dia yang lebih
C di mana bumi dipijak di situ langit
dijunjung
D cubit paha kanan, paha kiri terasa
juga
17 Jika hendak mencari kawan, carilah
yang setaraf dengan kita. Kata orang biarlah ______________
A genggam bara api biar sampai jadi
arang
B duduk sama rendah, berdiri sama
tinggi
C berdikit-dikit lama-lama jadi bukit
D ayam terlepas tangan bau tahi
18 “Janganlah sesekali kamu
bercerita tentang keburukan ahli keluarga kita kepada orang lain
kerana __________________
A menepuk air di dulang terpercik ke
muka sendiri
B berat sama dipikul ringan sama
dijinjing
C buang yang keruh ambil yang jernih
D menahan jerat di pergentingan
19 Hubungan Samat dengan kakaknya
semakin pulih. Dia sedar berapa kakaknya amat menyayanginya.
Bidalan
yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A carik-carik bulu ayam, lama-lama
bercantum juga
B di mana ada kemahuan di situ ada
jalan
C kalau tiada rotan, akar pun berguna
D cacing hendak menjadi naga
20 Dalam melaksanakan tugas uang
diamanahkan, kita tidak dapat memuaskan hati semua orang. Setiap
orang mempunyai pendapat dan kemahuan yang berbeza, maklumlah
_______________.
A biar putih tulang jangan putih mata
B orang mengantuk disorong bantal
C rambut sama hitam, hati lain-lain
D sambil menyelam minum air
21 Emak sering menasihati kami supaya
berhati-hati semasa bercakap. Mulut hendaklah sentiasa menuturkan
perkara yang baik-baik sahaja kerana ______________
A mengata dulang paku serpih mengata
orang dia yang lebih
B sebab pulut santan binasa sebab
mulut badan merana
C rambut sama hitam, hati lain-lain
D lain duduk lain ikannya
22 Pak Leman
__________________setelah berjemur di tengah panas setelah 20 tahun
mengejarkan sawah padi itu.
A di mana bumi dipijak di situ langit
dijinjing
B orang mengantuk disorangkan bantal
C air digenggam tiada tiris
D alah bisa tegal biasa
23 Walaupun harga perabot yang dibeli
oleh Puan Azura itu mahal tetapi tahan lama. Bak kata
bidalan__________________
A sebab pulut santan binasa sebab
mulut badan merana
B sebab nila setitik, rosak susu
sebelanga
C alah membeli menang memakai
D bertanam tebu di bibir
24 Penduduk di kampung saya masih
mengamalkan _____________dalam menjalankan sesuatu pekerjaan seperti
kenduri kahwin.
A di mana bumi dipijak di situ langit
dijunjung
B seikat bagai sirih, serumpun bagai
serai
C nasi sudah menjadi bubur
D musang berbulu ayam
25 Kesilapan yang lalu itu tidak
perlu difikirkan lagi, usah diulangi kesilapan yang sama kerana
______________
A sesal dahulu pendapatan, sesal
kemudian tidak berguna
B tidak tahu menari, dikatakan lantai
tinggi rendah
C musang berbulu ayam
D susu dibalas tuba
26 Harga kain songket itu mencecah
ribuan tinggit kerana kehalusan buatannya dan corak yang menarik.
Bidalan
yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A ada sampan hendak berenang
B adat juara kalah menang
C ada rupa ada harga
D ada gula ada semut
27 Kamisah dan kawan-kawannya bekerja
sambilan di kilang kasut sementara menunggu keputusan Sijil Pelajaran
Malaysia.
Bidalan
yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A baik berjagung-jagung sementara
padi belum masak
B belakang parang kalau diasah akan
tajam jua
C cacing hendak menjadi naga
D didengar ada dipakai tidak
28 Mak Tijah tidak menduga anaknya
yang lemah dalam pelajaran dahulu kini bergelar siswazah.
Bidalan
yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A belakang parang sekali pun kalau
diasah akan tajam juga
B yang dikejar tak dapat yang
dikendong berciciran
C genggam bara api biar sampai jadi
arang
D biar putih tulang jangan putih mata
29 Cik Xing selalu menyamar menjadi
orang kaya untuk menipu, sedangakan dia hanya seorang suri rumah.
Bidalan
yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A jauhari yang mengenal manikam
B cacing hendak menjadi naga
C alah sabung menang sorak
D air digenggam tiada tiris
30 Saya akan memakai kasut sekolah
yang lama ini sementara menunggu ayah membeli kasut yang baharu.
Tidak mengapalah, ____________________juga.
A ingat sebelum kena, jimat sebelum
habis
B berani kerana benar, takut kerana
salah
C kecil tapak tangan nyiru ditadahkan
D kalau tiada rotan akar pun berguna
31 Ke mana-mana sahaja Encik Johan
pergi, dia dihormati dan disayangi.
Bidalan
yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A kalau asal benih yang baik, jatuh
ke laut menjadi pulau
B malas menggerit, perut perit
C hari tidak selamanya panas
D indah khabar daripada rupa
32 Ban
Seng memang panas baran. Sikapnya itu tidak ubah seperti sikap
bapanya.
Pepatah
yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A
jerata tidak lupa akan penduduk, tetapi pelanduk lupa akan jerat
B
baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang
C
bagaimana acuan begitulah kuihnya
D
kalah jadi abu menang jadi arang
33
Izwan telah menolak tawaran bekerja di Kuala Lumpur kerana menunggu
tawaran daripada sebuah syarikat di Johor.
Pepatah
yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A
gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah
B
harapkan guruh di langit, air tempayan dicurahkan
C
kais pagi makan pagi kais petang makan petang
D
carik-carik b ulu ayam akhirnya bercantum juga
34
Walapun wanita Inggeris itu baru sahaja tinggal di Malaysia, dia
sudah pandai makan sambal belacan.
Pepatah
yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A
hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
B
ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
C
di mana buni dipijak, di situ langit dijunjung
D
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
35
Kami bersusah payah menyiapkan tugasan yang diberikan, tetapi Sazali
yang tidak menyumbang apa-apa pula yang mendapat nama.
Pepatah
yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A
orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa
B
lembu punya susu, sapi dapat nama
C
rambut sama hitam, hati lain-lain
D
ringan tulang berat perut
36
Banyak anak dan duri yang terpaksa kita tempuh sebelum mencapai
kejayaan.
Pepatah
yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A
laut mana yang tidak bergelora, bumi mana yang tidak ditimpa hujan
B
kecil api menjadi kawan, besar menjadi lawan
C
naik seperti semut, turun seperti ribut
D
ke tengah boleh, ke tepi pun boleh
37
Sarimah menulis novel pada waktu malam kerana dia sibuk bekerja di
siang hari.
A
yang dikejar tidak dapaat, yang dikendong berciciran
B
sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain
C
untung sabut timbul, untung batu tenggelam
D
tegak sama tinggi, duduk sama rendah
38
Gunalan tiba-tiba berasa resah dan berpeluh-peluh apabila kami
memperkatakan tentang kehilangan jam tangan Devi.
A
siapa yang makan cili, dialah yang terasa pedasnya
B
terapung sama hanyut, terendam sama basah
C
berdiri sama tinggi, duduk sama rendah
D
sekali air bah sekali pantai berubah
39
Penat lelah Mak Kiah membersarkan anaknya selama ini berbayar kerana
semua anaknya telah berjawatan tinggi.
Pepatah
yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A
berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian,
B
kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya
C
diam-diam ubi berisi, diam besi berkarat
D
bagaimana acuan begitulah kuihnya
40
Puan Rosma menjemput kami makan di rumahnya sebagai mengahargai
pertolongan kami.
Pepatah
yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A
orang berbudi kita bahasa, orang memberi kita merasa
B
lembu punya susu sapi dapat nama
C
pahit dahulu manis kemudian
D ringan tulang berat perut
Jawapan
1A
2B
3A
4A
5D
6C
7B
8B
9A
10C
11B
12A
13A
14A
15D
16B
17B
18A
19A
20C
21B
22D
23C
24B
25A
26C
27A
28A
29B
30D
31A
32C
33B
34C
35B
36A
37B
38A
39A
40A