Latihan Sistem Bahasa 13-Soalan Kata Ganda

Latihan Sistem Bahasa 13-Soalan Kata Ganda

Latihan Berformat UPSR ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman dan kemahiran murid-murid dalam soalan kata ganda berentak.

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Wakil rakyat mendengar segala _______ penduduk tentang masalah bekalan air di kampung itu.
A remeh-temeh C kaya-raya
B keluh-kesah D gerak-geri

2 Suasana ________ di pasar Jalan Tunku Abdul Rahman pada setiap hari Sabtu jelas kedengaran seawal jam 3.00 petang.
A kacau-bilau C kacar-kacir
B hiruk-pikuk D huru-hara

3 Peragawati itu berjalan ________ sambil memperagakan pakaian batik keluaran Butik Pesona.
A lenggak-lenggok C mundar-mandir
B lintang-pukang D liang-liuk

4 Ayah bekerja _________ demi menyara kehidupan kami sekeluarga.
A gotong-royong C gopoh-gapah
B hempas-pulas D kelam-kabut

5 _______ pemuda yang disyaki penjenayah itu dalam perhatian pihak polis.
A Lenggang-lenggok C Gerak-geri
B Degap-degup D Liang-liuk

6 _______ yang mengatakan bahawa harga minyak akan dinaikkan lagi pada tahun ini adalah tidak benar.
A Dentam-dentum C keluh-kesah
B Desas-desus D Corat-coret

7 Mak Cik Rahimah kini hidup _______ kerana semua anaknya telah berjaya dalam kejaya.
Atunggang-langgang C senang-lenang
B umbang-ambing D serba-serbi

8 Ibu menyimpan _______ lauk di dalam peti sejuk supaya tidak basi.
A rempah-ratus C kucar-kacir
B kacau-bilau D saki-baki

9 Pelbagai gajet yang canggih di pasaran menjadi pilihan ______ masa kini.
A senang-lenang C muda-mudi
B hina-dina D ipar-duai

10 Pondok kecil di kebun datuk _______ akibat pukulan angin kencang pada pagi tadi.
A lintang-pukang C punah-ranah
B hancur-lebur D huru-hara

11 Keluarga yang ________ akan mengganggu emosi anak-anak.
A tunggang-langgang C riuh-rendah
B porak-peranda D hiruk-pikuk

12 Pahang merupakan salah satu pengeluar ________ yang terpenting di negara kita.
A gunung-ganang C kayu-kayan
B tanah-tanih D batu-batan

13 Askar itu memakai pakaian seragam _______ ketika bertugas.
A compang-camping C comot-momot
B celorong-celoreng D kusut-masai

14 Tin-tin kosong yang _______ itu akan dihantar ke pusat kitar semula.
A remuk-redam C kemuk-kemik
B hancur-lebur D punah-ranah

15 _________ sepanjang majlis penyampaian anugerah itu disiarkan di dalam akhbar hari ini.
A Lintang-pukang C Corat-coret
B Sorak-sorai D Hiruk-pikuk

16 Perahu yang kami naiki _______ apabila dipukul ombak.
A lintang-pukang C olang-aling
B simpang-siur D haru-hiru

17 Datuk Kamal tidak suka membincangkan hal yang ______ di dalam mesyuarat itu.
A remuk-redam C kacau-bilau
B remeh-temeh D huru-hara

18 Adik suka makan kek _______ yang dibuat oleh ibu.
A tawar-hambar C warna-warni
B serta-merta D selang-seli

19 Mulut adik ________ setelah makan aiskrim yang digemarinya itu.
A comot-momot C sorak-sorai
B riuh-rendah D huru-hara

20 Gambar rajah itu _________ kerana dilukis tanpa menggunakan pembaris.
A lintang-pukang C kacau-bilau
B simpang-siur D herot-berot

21 Dada pelari itu ________ selepas menamatkan lariannya.
A kembang-kempis C remuk-redam
B dentam-dentum D ketak-ketuk

22 Selain buah-buahan, Encik Edward juga menjadi _______ yang segar.
A sayur-mayur C bukit-bukau
B tanah-tanih D batu-batan

23 Setiap kali hari raya, ayah akan memasang lampu _______ di rumah kami untuk memeriahkan suasana.
A dentam-dentum C gelap-gelita
B degap-degup D kelap-kelip

24 Bunyi ______ ayam betina yang hendak bertelur itu sangat bising.
A riuh-rendah C sorak-sorai
B ketuk-ketak D corak-coret

25 Saya kagum melihat _______ penari kanak-kanak yang menari tarian zapin itu.
A bengkang-bengkok C lintang-pukang
B lenggang-lenggok D simpang-siur

26 Adila memberitahu _______ dia tidak hadir semasa latihan bola jaring semalam.
A sebab-musabab C selok-belok
B sedu-sedan D corat-coret

27 Kuih-muih yang dibuat oleh kakak _______ keranan kehabisan gula.
A tawar-hambar C serbah-serbih
B comot-momot D herot-berot

28 Walaupun badan Fendy ________, namun dia kuat berlari.
A bengkang-bengkok C kering-kontang
B gemuk-gedempol D herot-berot

29 Saya dapat melihat keindahan ________ di Pulau Langkawi dari dalam kereta kabel.
A gunung-ganang C tanah-tanih
B rumput-rumpai D. batu-batan

30 Sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini akan diadakan secara ________.
A gilang-gemilang C riuh-rendah
B kenduri-kendara D sorak-sorai

31 Hati ibu ________ apabila terkenang ayah yang telah pergi buat selama-lamanya.
A gundah-gulana C serbah-serbih
B lintang-pukang D liang-liuk

32 Sultan Mansor yang adil itu tidak meminggirkan golongan ________.
A gemuk-gedempol C liang-liuk
B suku-sakat D hina-dina

33 Bunyi _______ jelas kedengaran apabila kakak mengeruk periuk nasi itu.
A dentam-dentuk C kerak-keruk
B riuh-rendah D hiruk-pikuk

34 Rantai tangan yang baru dibeli oleh Puan Melur itu kelihatan_________.
A terang-benderang C kilau-kemilau
B gilang-gemilang D riuh-rendah

35 Lantai rumah saya _______ kerana baru dimop oleh kakak.
A simpang-siur C remuk-redam
B lekak-lekuk D licin-licau

36 Adila ingin mengetahui ________ keturunannya daripada datuk dan nenek.
A saudara-mara C sorak-sorai
B suku-sakat D susur-galur

37 Kami sekeluarga memang kerap _______ kerana ayah sering bertukar tempat kerja.
A pindah-randah C porak-peranda
B gotong-royong D huru-hara

38 _______ murid yang baru kehilangan ibu bapa itu sangat menyentuh perasaan Cikgu Safia.
A Limpah-ruah C Corat-coret
B Sedu-sedan D Selok-belok

39 Jalan yang _______ di bandar itu telah menyebabkan kami tersesat.
A simpang-siur C licin-licau
B lekak-lekuk D haru-biru

40 _______ Iban banyak ditemui di negeri Sabah.
A Keluh-kesah C Suku-sakat
B Muda-mudi D Kaya-raya

Jawapan
1B
2B
3A
4B
5C
6B
7C
8D
9C
10C
11B
12C
13B
14C
15C
16C
17B
18C
19A
20D
21A
22A
23D
24B
25B
26A
27A
28B
29A
30A
31A
32D
33C
34C
35D
36D
37A
38B
39A
40C