Latihan Sistem Bahasa 16-Soalan Kata Ganda Berimbuhan

Latihan Sistem Bahasa 16-Soalan Kata Ganda Berimbuhan

Latihan Berformat UPSR ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman dan kemahiran murid-murid dalam soalan kata ganda berimbuhan.

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Pengantin perempuan itu memakai pakaian yang ______ pada bahagian bawah kainnya.
A berbelang-belang C beropol-ropol
B berbunga-bunga D berlipat-lipat

2 Rancangan drama yang disiarkan di televisyen itu sungguh membosankan kerana jalan ceritanya.
A melimpah-limpah C menjerit-jerit
B meloncat-loncat D meleret-leret

3 Walaupun sudah _______ ditegur, Aiman masih melakukan kesilapan yang sama.
A berkobar-kobar C berpeluh-peluh
B beringat-ingat D berkali-kali

4 Lembu itu ____ apabila hendak ditambat oleh ayah di batang pokok.
A menyembur-nyembur C meronta-ronta
B meraung-raung D menjerit-jerit

5 Jason ____ untuk mengambil kunci rumah yang terletak di atas rak yang tinggi itu.
A terumbang-ambing C terkekeh-kekeh
B terjengket-jengket D terkinja-kinja

6 Wajah Puan Aiman semakin _______ setelah mendapat seorang cahaya mata perempuan.
A bertompok-tompok C berkedut-kedut
B berbalam-balam D berseri-seri

7 Pak Kasim menjual _____ pisang nipah kepada pengusaha kerepek yang berasal dari Johor itu.
A bertandan-tandan C berlapis-lapis
B berbatang-batang D berbilah-bilah

8 Aslam tidak ____ biasiswa yang diberi oleh kerajaan semasa menuntut di luar negara.
A menyumbang-nyumbangkan
B menangguh-nangguhkan
C menakut-nakutkan
D mensia-siakan

9 Bahagian yang _____ pada peta itu menujukkkan kawasan tadahan hujan.
A berconteng-conteng C berlapis-lapis
B berlorek-lorek D berbukit-bukit

10 Kita haruss menghargai jasa para pejuang kemerdekaan yang _______ menentang penjajah.
A berlanggar-langgar C bermati-matian
B berkejar-kejaran D berlari-larian
11 Adila _______ siapakah pemilik kereta mewah yang ada di tempat letak kenderaan itu.
A terangguk-angguk C terbatuk-batuk
B tertanya-tanya D tertidur-tidur

12 Puan Ratna tidak pernah ______ anak-anaknya sama ada mereka berjawatan tinggi atau tidak.
A menggerak-gerakkan C mencerai-ceraikan
B membeza-bezakan D mengharu-birukan

13 Murid-murid itu ______ semasa menari tarian tradisional di dewan sekolah.
A berpanjang-panjangan C berpasuk-pasukan
B berpasang-pasangan D berpecah-pecah

14 “Buat baik biarlah ______ supaya tidak memakan diri sendiri,” nasihat ayah kepada saya.
A berlonggok-longgok C berpada-pada
B berlumba-lumba D berlalai-lalai

15 Irdina marah kerana Jason ______ memberi nombor telefonnya kepada orang yang tidak dikenali.
A memandai-mandai C melaung-laung
B melambai-lambai D meleret-leret

16 Pandangan saya _______ apabila keluar dari gua yang gelap itu.
A berpusing-pusing C berpetak-petak
B berpinar-pinar D berolak-olak

17 Abang cuba emngambil bola adik yang _____ di permukaan air itu.
A tersengguk-sengguk C terapung-apung
B terumbang-ambing D tergolek-golek

18 Suara penyanyi itu ______ ketika menyanyikan sebuah lagu ghazal.
A mendayu-dayu C menjerit-jerit
B membelai-belai D mengilai-ilai

19 Datuk ______ setelah mengangkat sebakul durian dari dusunnya.
A termengah-mengah C terlayang-layang
B terumbang-ambing D terpinga-pinga

20 Tembikar antik itu ______ kerana selalu digilap oleh ibu.
A berganda-ganda C berkelip-kelip
B berkaca-kaca D berkilat-kilat

21 Pujian yang ______ kadangkala boleh membuatkan seseorang mudah lupa diri.
A melampau-lampau C berdekah-dekah
B berdozen-dozen D menderu-deru

22 Mila menyampaikan berita sedih itu dengan suara yang _____.
A tersengguk-sengguk C teresak-esak
B tersekat-sekat D terjerit-jerit

23 Isan sering _____ pertolongan yang pernah dihulurkan kepada rakannya itu.
A mengangguk-angguk C mengungkit-ungkit
B menggeleng-geleng D menggapai-gapai

24 Jason bermain papan luncur sambil _____ di taman rekreasi itu.
A berhenti-henti C bersiul-siul
B berjalan-jalan D berlari-lari

25 Puncak gunung itu keliahtan _____ kerana diselaputi kabus.
A bertingkat-tingkat C berwarna-warni
B berbalam-balam D berlapis-lapis

Jawapan
1C
2D
3D
4C
5B
6D
7A
8D
9B
10C
11B
12B
13B
14C
15A
16B
17C
18A
19A
20D
21A
22B
23C
24C
25B