Latihan Sistem Bahasa 6- Soalan Kata Ganda Penuh
LATIHAN
INI BERTUJUAN UNTUK MENINGKATKAN PENGGUNAAN MURID-MURID DALAM
PENGUNAAN KATA GANDA PENUH
Isi
tempat kosong denga jawapan yang paling
sesuai.
1
Murid perempuan yang membuat persembahan tarian zapin itu
___________.
A
canggih-canggih C kemas-kemas
B
comel-comel D gagah-gagah
2
Kedengaran _____ suara Muaz memanggil nama saya dari atas bukit
itu.
A
jarang-jarang C sedap-sedap
B
sayup-sayup D lazat-lazat
3
Pemuda itu mengalami kerugian beribu ringgit ________ tertipu dengan
skim cepat kaya itu.
A
kadang-kadang C cuba-cuba
B
cerita-cerita D gara-gara
4
Ali bercakap dengan lembut, ________perasaan kawannya akan
tersinggung.
A
jangan-jangan C entah-entah
B
bukan-bukan D takut-takut
5
Usaha yang dilakukannya selama ini tidak _______apabila dia berjaya
memperoleh segulung ijazag dalam bidang perakaunan.
A
payah-payah C ragu-ragu
B
sudah-sudah D sia-sia
6
Duit yang ada pada Encik Idrus _____ untuk membayar sewa rumah pada
bulan ini sahaja.
A
cukup-cukup C jauh-jauh
B
minta-minta D iras-iras
7
Bukan _______ orang yang terpilih untuk menjadi angkawasan negara
itu.
A
calang-calang C main-main
B
gesa-gesa D ikut-ikut
8
Encik Lim lebih suka menggunakan _________berbanding mesin kira
untuk mengira hasil jualannya.
A
dekak-dekak C sepoi-sepoi
B
dekat-dekat D biji-biji
9
Farhana belum _____ lagi walaupun sudah pukul 12:00 malam kernan
mahu menyiapkan kerja sekolahnya.
A
bangun-bangun C tidur-tidur
B
celik-celik D jaga-jaga
10
Suki sering _________ rajin untuk menarik perhatian majikannya.
A
dengar-dengar C malu-malu
B
diam-diam D pura-pura
Jawapan 1B 2B 3D 4D 5D 6A 7A 8A
9C 10D