Latihan Sistem Bahasa 15-Soalan Kata Ganda
Latihan Berformat UPSR ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman dan kemahiran murid-murid dalam soalan kata ganda berimbuhan.
Isi
tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1
Walaupun sudah 10 tahun berlalu namun Yasmin masih _______ akan saat
indah semasa dia menuntut di universiti.
A
terkenang-kenang C terngiang-ngiang
B
terdengar-dengar D terigau-igau
2
“Tidak elok jika anak gadis ketawa _______,” tegar Nenek Halimah
kepada cucu perempuannya.
A
mengongoi-ngongoi C meracau-racu
B
mendayu-dayu D mengilai-ilai
3
Puan Lim menerima _______ bunga semasa hari pembukaan kedainya.
A
berjambak-jambak C berjuntai-juntai
B
berkeping-keping D berketul-ketul
4
Jurulatih program Latihan Khidmat Negara itu memarahi para peserta
yang berjalan _____ menuju ke padang kawad.
A
terjengket-jengket C tergagap-gagap
B
terhegeh-hegeh D terhincut-hincut
5
Kamala ______ helaian kamus untuk mencari makna perkataan yang tidak
difahami.
A
menyentap-nyentap C menyebut-nyebut
B
mengoyak-ngoyak D menyelak-nyelak
6
Cerita seram yang saya tonton sebelum tidur, ______ dalam mimpi.
A
terdengar-dengar C terbawa-bawa
B
terkenang-kenang D teringat-ingat
7
Selepas pulang dari kerja, Encik Adli terus _______ anaknya yang
berusia setahun itu.
A
memegang-megang C mendodoi-dodoi
B
menimang-nimang D menepuk-nepuk
8
Amalan _______ pada hari-hari perayaan dapat mengeratkan hubungan
dan mewujudkan kemesraan.
A
belakang-membelakangi
B
kunjung-mengunjungi
C
dendam-mendendam
D
bunyi-bunyian
9
Kain yang belum sempat dibasuh oleh kakak _______ di dalam bakul.
A
bertimbun-timbun C bersepah-sepah
B
beransur-ansur D berbeza-beza
10
Hati Janet ______ sebelum naik ke pentas untuk menyampaikan
syarahan.
A
berdekah-dekah C berdecit-decit
B
berdebar-debar D berliku-liku
11
Adik _______ apabila kakinya digeletak oleh ibu.
A
terapung-apung C terayun-ayun
B
terkekek-kekek D tercari-cari
12
Cikgu Erni _______ hasil kerja Richard yang kemas dan bermutu.
A
mencurah-curah C menoleh-noleh
B
mencari-cari D memuji-muji
13
Kakak ______ daging kambing itu sebelum memasaknya.
A
mencencang-cencang C memukul-mukul
B
mengoyak-ngoyak D menyiat-nyiat
14
Si Tompok akan ________ badannya pada kaki saya apabila lapar.
A
menggesel-geselkan C mengayun-ayunkan
B
membesar-besarkan D membolak-balikkan
15
Pemuda yang dituduh mencuri itu menjawab semua pertanyaan polis
dengan _______.
A
tergopoh-gapah C terkumat-kumat
B
tergagap-gagap D terliuk-liuk
16
Puan Rozi meletakkan ________ air di atas dulang untuk para
tetamunya.
A
berpinggan-pinggan C berbintik-bintik
B
berdozen-dozen D bergelas-gelas
17
Adik ______ apabila kemahuannya untuk memiliki anak patung itu tidak
dipenuhi oleh ayahnya.
A
meraung-raung C merayap-rayap
B
meracau-racau D emngilai-ngilai
18
Pasangan pengantin yang sama cantik dan sama padan itu berjalan
_______ semasa menuju ke pelamin.
A
bersimpang-siur C berselang-seli
B
beriring-iringan D bertatih-tatih
19
Gaya penampilan artis terkenal itu sering menjadi ________ para
peminatnya.
A
sindir-sindiran C ubat-ubatan
B
ingat-ingatan D ikut-ikutan
20
Majlis perkahwinan anak perempuan sulung Datuk Azim dan Datin Sally
diadakan secara _______.
A
besar-besaran C idam-idaman
B
adap-adapan D anak-anakan
21
Para peserta program motivasi yang datang dari pelbagai sekolah
_______ sebelum sesi ceramah dimulakan.
A
bersebelah-sebelahan C berkenal-kenalan
B
berhabis-habisan D beriring-iringan
22
Chef Farida ______ tepung untuk dibuat roti pandan.
A
melenyek-lenyek C mencubit-cubit
B
menekan-nekan D menguli-uli
23
Diana ______ apabila mengemas almari yang berhabuk itu.
A
tersengguk-sengguk C terduduk-duduk
B
terbatuk-batuk D tersedu-sedu
24
Selepas _______ telefon bimbit di kedai itu, Rajan terus berminat
untuk membelinya.
A
menghitung-hitung C membelek-belek
B
menggodek-godek D mengusik-usik
25
Adila ______ kaki nenknya yang lenguh-lenguh itu.
A
menekan-nekan C menarik-narik
B
memukul-mukul D memicit-micit
26
Alya ______ beg tangan yang sesuai untuk dihadiahkan kepada ibunya.
A
menyelak-nyelak C memilih-milih
B
menanti-nanti D memuji-muji
27
“Saya tidak______ untuk menghukum kamu jika kamu ulangi kesilapan
ini lagi,” kata Cikgu Saif kepada muridnya.
A
terbayang-bayang C tergagap-gagap
B
terdengar-dengar D teragak-agak
28
Guru besar menyampaikan kata ______ sebelum merasmikan majlis itu.
A
berbalas-balas C caci-cacian
B
adap-adapan D alu-aluan
29
Encik Lee gembira kerana syarikat penerbitannya memperoleh
keuntungan ______ pada tahun ini.
A
bertimbun-timbun C berganda-ganda
B
bertingkat-tingkat D bersusun-susun
30
Jason _______ menjaga ayahnya yang sakit di hospital dengan
abangnya.
A
berdenyut-denyut C beralun-alun
B
berpada-pada D bergilir-gilir
31
Rajan hanya ______ kepala tanda faham apabila diberi arahan oleh
majikannya.
A
memandang-mandang C menggeleng-geleng
B
mengangguk-angguk D melenting-lenting
32
Para penyokong sanggup _______ membeli tiket untuk menyaksikan
perlawanan bola sepak.
A
berangan-angan C berasak-asak
B
berbagai-bagai D bertubi-tubi
33
Ibu ______ pulut yang berisi serunding itu sebelum dipanggang.
A
mencencang-cencang C meracik-racik
B
mengepal-ngepal D menguli-nguli
34
tina menghalau dua ekor kucing yang ______ di ruang tamu rumahnya.
A
bercakar-cakaran C bermati-matian
B
berdekat-dekatan D bercaci-cacian
35
Addin marah kerana Badrul _____ keturunannya.
A
menyumbang-nyumbangkan
B
menanguh-nangguhkan
C
memperkotak-katikkan
D
menakut-nakutkan
36
Mata Sofea ______ apabila cahaya lampu kereta itu menghala ke
arahnya.
A
termangu-mangu C terkedip-kedip
B
terkedek-kedek D tertidur-tidur
37
Ayah mengecat semula dinding yang _____ dengan pensel itu.
A
berconteng-conteng C berbalam-balam
B
berbelang-belang D bergaris-garis
38
Saya gembira melihat Nancy dan Anita ______ semula setelah dua bulan
tidak bertegur sapa.
A
berbalah-balah C berbalik-balik
B
berbalas-balas D berbaik-baik
39
Adik masih ______ menaip e-mel kerana dia lebih biasa menulis surat.
A
terumbang-ambing C teraba-raba
B
terkontang-kanting D terkial-kial
40
Yuran pendaftaran untuk melanjutkan pelajaran di universiti dalam
negara ______ RM 1000.00.
A
sekurang-kurangnya C seboleh-bolehnya
B
semahu-mahunya D selewat-lewatnya
Jawapan
1A
2D
3A
4B
5D
6C
7B
8B
9A
10B
11B
12D
13A
14A
15B
16D
17A
18B
19D
20A
21C
22D
23B
24C
25D
26C
27D
28D
29C
30D
31B
32C
33B
34A
35C
36C
37A
38D
39D
40A