Latihan Sistem Bahasa 12-Soalan Kata Ganda
Latihan Berformat UPSR ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman dan kemahiran murid-murid dalam soalan kata ganda berimbuhan.
Isi
tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1
________ penonton datang ke stadium untuk menyaksikan perlawanan
bola sepak antara Malaysia dengan Indonesia.
A
Berduyun-duyun C Bertalu-talu
B
Berbakul-bakul D Bertubi-tubi
2
Puan Salina tidak suka ________ walapun semua anaknya berjaya dalam
kerjaya.
A
bermegah-megah C berbunyi-bunyi
B
bercakap-cakap D beringat-ingat
3
Guru besar tidak ________untuk mengenakan tindakan disipin terhadap
murid yang selalu ponteng sekolah itu.
A
terhegeh-hegeh C teragak-agak
B
terbawa-bawa D tercari-cari
4
Pasar raya itu menjual _______ jenis barangan keperluan dapur dan
juga pakaian.
A
berpinggan-pinggan C berpotong-potong
B
berlonggok-longgok D berbagai-bagai
5
Richard ke sekolah dengan ______ kerana dia terlambat bangun
daripada tidur.
A
tercengang-cengang C tergesa-gesa
B
terhegeh-hegeh D tercari-cari
6
Farid makan ______ nasi kerana terlalu lapar.
A
berpinggan-pinggan C berbulan-bulan
B
berdozen-dozen D beribu-ribu
7
Wahida ______ kucing kesayangannya selepas pulang dari sekolah.
A
mengusap-usap C mencubit-cubit
B
memicit-micit D mengurut-urut
8
Semangat saya untuk berjaya semakin _______ selepas mengikuti kem
motivasi itu.
A
berkobar-kobar C berkilau-kilau
B
berkibar-kibar D berkelip-kelip
9
Puan Salha _________ hendak menambah satu lagi cawangan kedai keknya
di Kuantan.
A
berebut-rebut C berkata-kata
B
berpura-pura D berkira-kira
10
Diana menangis ________ apabila mendapati namanya tidak tersenarai
untuk mewakili sekolah dalam acara bola jaring.
A
tersengguk-sengguk C tergapai-gapai
B
tersenyum-senyum D teresak-esak
11
Dhiya _______ kegirangan apabila memenangi pertandingan reka cipta
di sekolahnya.
A
melompat-lompat C melaung-laung
B
melambai-lambai D meleret-leret
12
Adik ________ apabila ayah tidak membenarkannya mengikuti
perkhemahan di Janda Baik.
A
melompat-lompat C merungut-rungut
B
melayang-layang D menari-nari
13
Jason tidur _______ semasa di dalam domuter kerana terlalu letih.
A
tersengguk-sengguk C terputus-putus
B
tersangkut-sangkut D tersedu-sedu
14
“Jangan suka _______ membuat sesuatu kerja, nanti kamu yang akan
rugi,” nasihat ibu kepada saya.
A
bertangguh-tangguh C berselang-seli
B
bersimpang-siur D bertalu-talu
15
Ibu meminta adik mengemas alat mainannya yang ______ di ruang tamu.
A
bersepah-sepah C berselang-seli
B
bersusun-susun D bertalu-talu
16
Imran sering ________ apabila diminta membayar yuran persatuan.
A
bertanya-tanya C berdolak-dalik
B
bersama-sama D berliku-liku
17
Kumpulan Anggerik ________ menyiapkan model penapis air untuk
merebut gelaran juara pertandingan reka cipta.
A
bertungkus-lumus C berubah-ubah
B
berulang-alik D berlari-lari
18
Puan Azibah sering ________ juadah dengan jirannya terutama sekali
pada bulan puasa.
A
bertingkah-tingkah C bertukar-tukar
B
berselang-seli D berturut-turut
19
Saya dan kakak sering ________ di taman pada waktu petang.
A
bersungguh-sungguh C bersiap-siap
B
berpusing-pusing D bersiar-siar
20
Telefon di atas meja itu _________ tetapi tiada sesiapa pun yang
mengendahkannya.
A
berdentum-dentum C berdering-dering
B
berdesing-desing D berdekah-dekah
21
Nenek menadah air hujan yang ________dari atap rumah yang bocor itu
dengan besen.
A
menyembur-nyembur C mencurah-curah
B
mengulang-ulang D menitik-nitik
22
Janet ________ keletihan selepas berlari tiga pusingan di padang
sekolahnya.
A
tercungap-cungap C tersedu-sedu
B
teresak-esak D terbuai-buai
23
Jalur Gemilang _______ di setiap rumah sempena sambutan Hari
Kemerdekaan.
A
bergerak-gerak C berkibar-kibar
B
berkipas-kipas D berbuai-buai
24
Dahlia ________ sewaktu pertama kali menjejakkan kaki di Kuala
Lumpur.
A
tercengang-cengang C terbawa-bawa
B
terbayang-bayang D tercari-cari
25
Anita ketawa ________ apabila menonton rancnagan komedi
kegemarannya.
A
berdentang-dentang C berdekah-dekah
B
berderai-derai D berdolak-dalik
26
Nasihat yang diberi oleh penceramah motivasi itu masih _________ di
telinga saya.
A
terkenang-kenang C terngiang-ngiang
B
terbayang-bayang D teringat-ingat
27
Felicia _______ bunga yang diletakkan di atas meja itu supaya
kelihatan segar.
A
memercik-mercik C merenjis-renjis
B
mencium-cium D memilih-milih
28
Sudah _______ ayah membeli telefon bimbit itu tetapi masih belum
tahu menggunakannya.
A
bergunung-gunung C berhari-hari
B
bergesa-gesa D beria-ia
29
Muka aida ______ bagai udang dibakar kerana kepanasan.
A
kekuningan-kuningan C kehijau-hijauan
B
kemerah-merahan D kebiru-biruan
30
Emran berjalan _________ kerana kakinya terseliuh semasa bermain
bola sepak.
A
terhuyung-hayang C terkedek-kedek
B
terlompat-lompat D terhincut-hincut
31
Ayam itu _________ tanah untuk mencari makanan.
A
menyapu-nyapu C mengais-ngais
B
mengikis-ngikis D mengait-ngait
32
Abang Hakimi berenang ke arah seorang kanak-kanak yang ______ di
pantai itu.
A
termengah-mengah C tergapai-gapai
B
tergagau-gagau D tersedu-sedu
33
Beg tiruan yang dibeli oleh kakak _______ beg berjenama terkenal.
A
sedalam-dalam C secepat-cepat
B
sedapat-dapat D seakan-akan
34
Puan Ratna ________ dengan tetamu yang datang ke rumahnya.
A
berbeza-beza C berbual-bual
B
berdecit-decit D berbelit-belit
35
Wajah Poh Ru kelihatan _________ walaupun usianya sudah 25 tahun.
A
kemerah-merahan C kegelap-gelapan
B
kebarat-baratan D keanak-anakan
36
Sarung bantal yang ______ itu dijahit oleh ibu saya.
A
berbunga-bunga C bersegi-segi
B
berkepul-kepul D berliku-liku
37
Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat ________ bantuan makanan dan
pakaian kepada mangsa-mangsa banjir itu.
A
membanding-bandingkan
B
membesar-besarkan
C
membeza-bezakan
D
mengagih-agihkan
38
Rumah Puan Dewi yang terletak di Taman Angsana itu _________ dengan
rumah Puan Chong.
A
bersebelah-sebelahan C beriring-iringan
B
bercakar-cakaran D berdua-duaan
39
Adila ________ balasan e-mel daripada abangnya yang sedang menuntut
di luar negara.
A
terpandang-pandang C terhenti-henti
B
terbayang-bayang D ternanti-nanti
40
Adik ________ tangannya yang gatal akibat digigit nyamuk.
A
menggapai-gapai C memukul-mukul
B
menggaru-garu D menarik-narik
Jawapan
1A
2A
3C
4D
5C
6A
7A
8A
9D
10D
11A
12C
13A
14A
15A
16C
17A
18C
19D
20C
21D
22A
23C
24A
25C
26C
27C
28C
29B
30D
31C
32C
33D
34C
35D
36A
37D
38A
39D
40B