Latihan sistem Bahasa 4 -Soalan Kata Ganda Penuh
LATIHAN KATA GANDA PENUH KBSR BERTUJUAN UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID-MURID DALAM PENGUNAAN KATA GANDA PENUH
Isi
tempat kosong denga jawapan yang paling sesuai.
1
_______ Persatuan Sains akan mengadakan lawatan sambil belajar ke
Melaka.
A
Hebat-hebat C Ahli-ahli
B
Adik-adik D Ahih-alih
2
Sejak _________ ini, kesihatan datuk saya tidak begitu baik.
A
siang-siang C akhir-akhir
B
diam-diam D dulu-dulu
3
Angin yang ________ di kawasan sawah padi itu sungguh mendamaikan
hati saya.
A
sepah-sepah C sepoi-sepoi
B
sejuk-sejuk D kuat-kuat
4
Ayah membuang almari lama yang sudah reput dimakan _________ itu.
A
labah-labah C kuda-kuda
B
rama-rama D anai-anai
5
' ________ saya sahaja yang mengemas bilik darjah ini,' kata Liyana
tidak puas hati.
A
Masing-masing C Asyik-asyik
B
Lumba-lumba D Baik-baik
6
Catriona menutup bekas gula itu _______ supaya tidak dimasuki semut.
A
dalam-dalam C halus-halus
B
dekat-dekat D ketat-ketat
7
Pihak sekolah akan mengkaji _________ keruntuhan akhlak dalam
kalangan murid-murid.
A
langkah-langkah C kalau-kalau
B
faktor-faktor D gara-gara
8
Sayur yang dijual di gerai Pak Cik Hasan itu _________.
A
bersih-bersih C segar-segar
B
cantik-cantik D baik-baik
9
Beg itu _______ untuk diisi dengan 12 pasang baju saya.
A
penuh-penuh C ketat-ketat
B
padat-padat D muat-muat
10
________ Lagi dia sudah mendaftar sebagai ahli Kelab Wushu di
sekolahnya.
A
Tinggi-tinggi C Rajin-rajin
B
Awal-awal D Tua-tua
Jawapan
1C
2C 3C 4D 5C 6D 7B 8C 9D 10B